Pulau Tioman, Pernah Di Nobatkan Sebagai Pulau Yang Tercantik di Dunia

Sumber gambar : Tempat Menarik

Malaysia sememangnya mempunyai banyak pulau yang menarik, yang bukan sahaja menggamit kehadiran pelancong tempatan tetapi juga luar negara. Antara pulau yang menarik dan terkenal di Malaysia dan peringkat antarabangsa ialah Pulau Tioman. Pulau Tioman mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Pada tahun 1970an, pulau ini telah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh Time Magazine. Pada tahun 1959 pula, Pulau Tioman telah dipilih menjadi lokasi filem Hollywood bertajuk South Pacific. Ini menunjukkan Pulau Tioman telah lama terkenal di peringkat dunia.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa

Selain itu, pulau ini juga mempunyai sejarah lain dan peristiwa yang pernah berlaku ke atasnya. Antaranya ialah suatu ketika dahulu sebenarnya pulau ini merupakan milik kerajaan Johor. Namun pada tahun 1868, Pulau Tioman bersama beberapa buah pulau lain telah diserahkan kepada Temenggong Abu Bakar yang berada di bawah pemerintahan Wan Ahmad. Perjanjian ini disaksikan oleh gabenor ketika itu Sir Harry Ord.

Ini adalah sedikit sebanyak sejarah Pulau Tioman. Ok sekarang jom kita kembali ke masa kini dan lihat kenapa Tioman menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung di sini.

Pulau Tioman-02

Airnya jernih kebiruan bak kristal. sangat mempesonakan. Sumber gambar : Percutian Bajet

Pulau Tioman terkenal dengan keindahan semulajadinya. Airnya jernih kebiruan, pantai berpasir halus dan bersih dan panorama semulajadinya sangat indah. Pulau menarik ini terletak di Negeri Pahang dan berada di antara sempadan negeri Pahang dan Johor. Kedudukan pulau ini ialah di Laut China Selatan iaitu kira-kira 56 kilometer di luar pesisir pantai Pahang. Ukurannya 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar.

Pulau ini boleh dimasuki dengan dua jeti iaitu Jeti Mersing, Johor dan satu lagi Jeti Tanjung Gemok, Pahang. Pengangkutan yang disediakan di jeti ialah bot dan feri.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialai aktiviti skuba driving, snorkeling, rock climbing dan mengelilingi pulau. Kalau anda nak membeli belah pun sesuai sangat sebab ada kedai bebas cukai di sini.

Credit Image :tioman.org

Kalau yang sukakan aktiviti snorkeling, tempat yang terbaik untuk snorkeling di Tioman ini ialah Pulau Rengis, Monkey bay, Taman Laut dan Pulau Tulai. Pasti anda teruja kalau snorkeling kat sini sebab airnya jernih dan boleh nampak hidupan laut dengan jelas.

Dari segi penginapan pula, banyak yang anda boleh pilih di sini. Antaranya ialah Paya Beach Resort, Juara Mutiara Resort, Salang Sayang Resort dan Tunamaya Beach dan banyak lagi.

Banyak sebenarnya penginapan di sini. Ada resort, ada hotel jadi boleh pilih mengikut bajet dan keselesaan anda. Untuk tahu tentang pakej Pulau Tioman berserta pilihan penginapan, boleh klik disini.

Baca lagi : Pulau Mataking, Sabah

Percutian di Tioman sesuai untuk percutian santai bersama keluarga, rakan-rakan dan juga bulan madu. Sesekali terasa penat dengan kerja harian, apa kata luangkan masa bercuti di pulau. Pasti ada kenangan manis yang terpahat di sini selepas percutian di sini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!