Menyingkap Keindahan Dasar Laut Pulau Sipadan, Antara Tempat Selaman Skuba Terbaik Di Dunia

pulau sipadan-01

Sumber gambar :Baws

Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau yang terletak di Sabah. Pulau ini berhampiran dengan bandar Semporna, iaitu sebuah bandar yang terletak di bahagian pantai timur Sabah.

Menariknya, Pulau Sipadan ini merupakan satu-satunya pulau daripada batu kapur yang terdapat di Malaysia. Selain keunikan berkenaan, Pulau Sipadan juga merupakan antara tempat selaman skuba yang terkenal di dunia. Hal ini demikian kerana keindahan bawah lautnya sangat menakjubkan.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa

Antara penginapan yang terdapat di sini. Sumber gambar : Asia Adventure & Holidays

Di bawah dasar laut Pulau Sipadan, terdapat pelbagai spesies ikan seperti barracuda, penyu juga terumbu karang yang sangat indah serta pelbagai lagi hidupan marin lain. Pulau ini juga terkenal sebagai tempat untuk penyu dari spesies sisik dan belimbing untuk datang bertelur.

Antara port selaman yang terkenal di sini ialah Barracuda Point, Coral Gardens, West Ridge, Hanging Gardens, Mid Reef, Turtle Cavern, Turtle Patch, Lobster Lair dan banyak lagi.

Baca lagi : Kenali Pulau Mataking

pulau sipadan-03

Ikan Barracuda yang membentuk kelompok besar. Sumber gambar : JomDiving

Jadi bagi peminat selam skuba, jangan lepaskan peluang untuk datang ke pulau Sipadan yang penuh dengan keindahan pada dasar lautnya. Pasti memberikan anda pelbagai pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Jom kita lihat bawah dasar laut Pulau Sipadan menerusi video di bawah. Subhanallah cantik sungguh. Sumber video adalah dari Youtube.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!