Pulau Sapi Antara Pulau Indah Di Sabah

pulau sapi-01

Sumber gambar : jomjalan.com

Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat pelancongan menarik termasuklah pulau-pulaunya yang indah dan bertaraf antarabangsa. Keindahan pulau-pulau di Sabah sememangnya tidak dapat dinafikan.

 

pulau sapi-02.

Sumber gambar: viator.com

Baca lagi : Menyingkap Keindahan Dasar Laut Pulau Sipadan

Salah satu pulau menarik di Sabah ialah Pulau Sapi. Pulau Sapi mungkin tidak terkenal seperti pulau lain seperti Pulau Sipadan dan Manukan tetapi pulau ini turut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Pulau Sapi terletak di Taman Tunku Abdul Rahman iaitu taman laut yang dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pulau ini merupakan antara lima buah pulau yang berada di taman laut Tunku Abdul Rahman. Pulau lain yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman ini ialah Pulau Manukan, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Taman Laut ini terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu.

Pulau Sapi merupakan pulau kecil yang berada berdekatan dengan daratan oleh itu jarak dari darat ke pulaunya tidak mengambil masa yang lama, sekitar 15 minit perjalanan sahaja.

Pulau ini adalah pulau kedua terkecil dalam kalangan 5 pulau yang terdapat dalam Taman  Tunku Abdul Rahman ini. Anda boleh membeli tiket bot melalui Jeti Jesselton Point. Pulau ini dibuka pada pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang.

Antara keindahan Pulau Sapi ialah terletak pada airnya yang jernih kebiruan. Satu lagi yang menarik tentang pulau ini ialah air lautnya tidak berombak tinggi dan kelihatan tenang.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Pulau Sapi. Antaranya ialah snorkeling. Snorkeling merupakan antara aktiviti yang paling banyak dilakukan oleh pelancong yang berkunjung ke sini. Airnya yang jernih jadi sangat sesuai untuk melakukan aktiviti ini.

Selain itu, aktiviti hiking juga sesuai untuk dijalankan di sini. Pemandangan bukit di Pulau Sapi memang sangat cantik. Jadi sekiranya datang ke sini jangan lupa untuk mendaki ye. Berbaloi.

Untuk yang meminati aktiviti selam atau yang ada lesen scuba diving, jangan lepaskan peluang menyelam di Pulau Sapi ni. Boleh lihat keindahan dasar laut Pulau Sapi yang mengujakan.

pulau sapi-03

Sumber gambar : Sabah Booking

Parasailing pun ada tau di Pulau Sapi ni. Untuk anda yang menggemari aktiviti adventure memang sesuai sangat. Sesiapa yang dah datang Pulau Sapi ni kalau terasa nak terbang tinggi apa kata cuba aktiviti parasailing ni.

Aktiviti parasailing yang mendebarkan boleh dicuba di Pulau Sapi. Kredit gambar : Mohd Salim Yunus via my.geoview.info

Yang tidak berminat dengan aktiviti pulau dan pantai dan hanya datang ke sini untuk bersantai mengambil angin pulau boleh bersantai-santai di sekitar pantai sambil melakukan aktiviti fotografi. Pemandangan indah dan cantik, sesuai untuk mengambil gambar banyak-banyak sebagai kenangan.

Baca lagi : Kenali Pulau Mataking

Jadi untuk yang berhasrat ke Sabah terutama yang sedang mencari pulau menarik yang berdekatan dengan Kota Kinabalu, boleh lah pertimbangkan untuk singgah ke Pulau Sapi ini. Jom kita lihat dulu video tentang Pulau Sapi. Kredit video Izuddin Helmi Vids melalui Youtube.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!