Kenali Pulau Rawa Yang di Gelar Maldives Malaysia

 

Pulau Rawa-02

Airnya jernih kebiruan. Pasirnya putih halus. Sangat cantik. Kredit gambar : Wikipedia

Pulau Rawa mungkin tidak terlalu terkenal seperti pulau-pulau popular lain seperti Tioman, Perhentian atau Langkawi namun Pulau Rawa tetap mempunyai keindahan dan tarikannya yang tersendiri. Pulau kecil ini ibarat mutiara yang tersimpan rapi kerana masih ramai yang belum tahu akan keindahannya.

Namun akhir-akhir ini nampaknya semakin ramai yang tahu akan kewujudan pulau menarik ini. Pulau Rawa terletak di Mersing, Johor dan merupakan sebuah pulau yang mempunyai keindahan semulajadi yang masih terjaga.

Baca lagi : 5 Aktiviti di Pulau Redang.

Satu-satunya cara untuk ke pulau ini ialah melalui Jeti Mersing. Dari jeti berkenaan ke Pulau Rawa jaraknya ialah 16 kilometer. Difahamkan, dahulu pulau ini adalah pulau persendirian (private island), namun kini telah dibuka untuk orang ramai.

Air lautnya bersih kebiruan dan pasirnya putih. Pemandangan sekitar pulau dihiasi dengan keindahan alam yang memukau pandangan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pulau ini persis pulau yang terdapat di Kepulauan Maldives.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah hiking. Untuk mereka yang suka mendaki anda boleh naik ke puncak bukit Pulau Rawa. Anda boleh melihat keindahan matahari terbit di sini.

Pulau Rawa-01

Sumber gambar : sg2jb.com. Slide yang ada di Pulau Rawa.

Selain itu, anda juga boleh mandi manda sekitar pantai yang ada di sini. Airnya jernih dan disamping mandi-manda anda juga boleh melihat batu karang dan anak-anak ikan yang berenang di persisir pantai. Ada slide yang boleh anda naik dan terus ke air laut tau. Sungguh mengujakan.

 

Pulau Rawa-03

Kredit gambar : travelandfood.blogspot

Minat snorkeling? Ya anda juga boleh lakukan aktiviti snorkeling disini. Boleh tengok ikan-ikan yang berenang di persisir pantai. Macam aktiviti mandi manda tadi jugak. Cuma kalau snorkeling ni kena pakai peralatan lengkap barulah boleh dipanggil snorkeling kan.

Baca lagi : Menarik Tentang Maldives.

Dan banyak lagi sebenarnya yang boleh anda lakukan di sini. Kayak, scuba driving, island hoping, dan banyak lagi. Sesiapa yang nak berbulan madu pun sesuai sangat datang pulau ni. Boleh dikatakan privacy masih terjaga sebab pulau ni masih kategori tidak ramai pengunjung seperti pulau-pulau lain yang ada dalam negara kita.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!