5 Pulau Misteri dan Menyeramkan. Lihat Nombor 3 dan 5.

Sumber Gambar : traveldream.co.id

Pulau merupakan tanah yang di kelilingi air. Gugusan pulau-pulau pula disebut kepulauan. Sebut saja pasal pulau, pasti ada yang terbayangkan airnya yang jernih, sejuk, dan angin pulau yang menyamankan. Bersantai pula sambil minum-minum tepi pantai. Berjalan-jalan menikmati keindahan alam, melihat matahari terbenam di pantai, aduh, sangat menenangkan.

Tapi tunggu sekejap..pernah tak terfikirkan tentang satu pulau yang suasananya kelihatan malap, suram, ada patung pelik-pelik yang bergantungan dan kelihatan sungguh menyeramkan, binatang berbisa di sana sini, tumbuhan yang unik seolah-olah kita sedang berada dalam dunia fantasi dan pulau yang kosong tiada berpenghuni. Dan bayangkan pulak kita terperangkap kat situ sorang-sorang…

Hah, macamna nak buat? Hehe. Ok saja nak bagi mood seram sikit sebab kali ni penulis nak ceritakan tentang antara 5 pulau yang misteri dan menyeramkan yang wujud dalam dunia ni. Nak tahu pulau apa? Teruskan membaca ye, sampai habis.

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

#1- PULAU SOCOTRA

5 pulau misteri-01

Pulau Socotra ni terletak di Yaman. Pulau Socotra merupakan antara pulau yang terpencil di dunia tau dan merupakan pulau utama yang memiliki tiga pulau di dalamnya iaitu Pulau Samhah, Pulau Al Kuri dan Pulau Darsa. Luas pulau ini ialah sekitar 3796 kilometer dan mempunyai penduduk seramai lebih kurang 40,000 orang.

5 pulau misteri-03

Sumber gambar : Vonvon

Pulau Socotra ini mempunyai flora dan fauna yang tersendiri. Malah boleh dikatakan terdapat tumbuhan yang ada di sini, tiada di tempat lain. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitar pulau ini juga kelihatan unik. Antara spesies haiwan yang wujud di pulau ini ialah dari spesies burung yang pelbagai. Di katakan kelawar satu-satunya spesies mamalia asal yang wujud di Pulau Socotra ini.

Pada Julai 2008, UNESCO telah mengiktiraf pulau ini sebagai salah satu warisan dunia. Menarik bukan?

#2- PULAU EASTER

5 pulau misteri-04

Lokasi Pulau Easter terletak di Tenggara Lautan Pasifik dan juga merupakan salah satu pulau yang terpencil di dunia. Penduduk asal pulau ini dipercayai daripada bangsa Polynesia. Bangsa Polynesia dipercayai hadir di pulau ini dan mula melakukan penempatan awal.

Pulau Easter ni terkenal dengan misteri 887 patung yang berbentuk manusia yang dipanggil Moai.

Patung-patung tu disusun menghadap laut, mungkin disebabkan kepercayaan masyarakat purba yang membuat patung ni dulu, kononnya patung tersebut dapat melindungi pulau mereka tu. Sampai sekarang masih menjadi misteri termasuklah dalam kalangan saintis dan ahli arkeologi, tentang teknologi apa yang digunakan untuk mengukir patung moai yang besar dan banyak-banyak macam tu.

Pulau ini di temui pada tahun 1722, iaitu pada Hari Easter oleh kelasi -kelasi kapal berbangsa Belanda. Pada waktu pulau ni ditemui, pulau ni tiada berpenghuni, jadi lagilah menjadi misteri siapa pula sebenarnya yang bina patung-patung kat pulau berkenaan?

#3- PULAU ULAR (QUIEMADA GRANDE)

5 pulau misteri-06

Sumber Gambar : Google

Pulau Ular atau nama sebenarnya Quiemada Grande terletak di Brazil. Luas pulau ini adalah sekitar 43 hektar. Di Pulau ini terdapat terlalu banyak ular sehinggakan kerajaan Brazil melarang sesiapa untuk melawatnya di sana kecuali orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Terdapat ular-ular di sini dikategorikan sebagai antara yang terbisa di dunia. Bayangkan masuk di sebuah pulau yang sana sini ular. Sana ular sini ular. Mana mau lari? Seram kan.

5 pulau misteri-07

Ular Golden Lanchehead Viper

Antara ular yang wujud kat sini ialah ular dari spesies Golden Lanchehead Viper. Ular ni sangat berbisa dan berbahaya. Kalau manusia di gigit ular ini, dikatakan bisanya mampu membunuh kurang dari satu jam. Semoga dijauhkan.

Menurut seorang ahli biologi yang bernama Marcelo Duarte yang dah mengunjungi lebih kurang 20 kali ke sini mengatakan setiap 1 meter, ada antara seekor sehingga 5 ekor ular. Maksudnya setiap semeter kita berjalan, ada seekor sehingga 5 ekor ular yang menghadang jalan kita. Bayangkan…ouchh.

#4- PULAU PALMYRA ATOLL

5 pulau misteri-08

Sumber Gambar : Pinterest

Lokasi Pulau Palmyra Atoll ini terletak di arah Selatan pulau Hawaii dan merupakan sebuah pulau milik Amerika Syarikat. Ketika Perang Dunia meletus, pulau ini digunakan sebagai kubu pertahanan namun yang peliknya, askar-askar yang bertugas di situ dikatakan sering mengalami serangan panik tanpa diketahui sebab yang sebenar, malah ada dalam kalangan mereka dikatakan membunuh diri.

Selain itu, pulau ini juga kelihatan agak menyeramkan kerana terdapat banyak bangkai kapal di bahagian persisiran pantainya. Selain bangkai kapal, pulau ini juga dikaitkan dengan misteri kehilangan kapal.

Pada tahun 1885, dilaporkan terdapat sebuah kapal yang telah bertembung dengan terumbu karang, namun apabila pasukan penyelamat tiba di sana untuk menyelamatkan kapal berkenaan, mereka tidak dapat menemui kapal tersebut dan anak-anak kapal juga tiada. Ke mana agaknya mereka ye?

#4- PULAU POVEGLIA

5 pulau misteri-09

Sumber Gambar : Google

Pulau Poveglia merupakan sebuah pulau yang bersaiz kecil yang terletak di antara Venice dan Lido,  Itali. Ada terusan kecil yang membahagikan pulau ini kepada dua bahagian. Ketika  Black Plague (Wabak Hitam) menular, pulau ini dijadikan tempat perlindungan terakhir utuk kira-kira 160,000 pesakit. Malah dikatakan 50% tanah di pulau ini juga merupakan abu mayat-mayat dibakar.

Kerajaan Itali seterusnya membuka sebuah hospital untuk pesakit di jiwa di sini sekitar tahun 1920an. Pesakit sering mengadu selalu rasa sakit kepala malah ada dikhabarkan seorang doktor membunuh diri melalui cara terjun dari menara jam loceng yang terdapat di situ. Tak dapat dipastikan kenapa doktor berkenaan bertindak sedemikian namun selepas itu hospital berkenaan ditutup. Dan pada hari ini pulau ini tidak lagi berpenghuni. Sunyi sepi tanpa ada sesiapa di sana….

#5- PULAU ANAK PATUNG

5 pulau misteri-10

Pulau Anak Patung ini terletak di selatan bandar Mexico iaitu di antara terusan Xochimico. Pulau ini terletak dalam satu kawasan berpaya dan dipenuhi dengan ratusan anak patung yang kelihatan tergantung di sana sini di pokok dan di wayar karat.

Ratusan anak patung yang terdedah dengan hujan panas menyebabkannya ia kelihatan lebih menyeramkan. Ada anak patung yang yang sudah tertanggal kepala dan badan, cuma tinggal kepala je. Pendek kata, macam-macam rupa anak patung yang terdapat di sini.

5 pulau misteri-11

Penduduk daerah itu percaya pulau itu mula menjadi pulau berhantu selepas satu peristiwa yang berlaku kira-kira 50 tahun yang lepas. Seorang mayat kanak-kanak perempuan dikatakan dijumpai oleh seorang lelaki yang bernama Julian Santana Barrera yang tinggal seorang diri di pulau berkenaan.

Barrera mendakwa mayat kanak-kanak perempuan itu dijumpai bersama anak patung dan mayatnya itu hanyut di terusan. sejak kejadian tersebut dia dikatakan sering diganggu oleh bayangan kanak-kanak berkenaan. Adakalanya terdengar seperti jeritan di dalam hutan.

Akibat tidak tahan dengan gangguan berkenaan, Barerra pun menggantung anak patung milik mangsa dan kemudiannya menambah lagi bilangan anak patung sehingga menjadi ratusan jumlahnya. Pada tahun 2011, mayat Barerra telah ditemui di teerusan yang sama dengan mayat kanak-kanak berkenaan. Segalanya kekal tinggal misteri.

Ada yang nak datang sini tak?

Baca lagi :  10 Lokasi Menarik Di Turki

Ini adalah antara pulau misteri dan menyeramkan yang wujud di muka bumi ini. Sejarah yang ada pada pulau-pulau berkenaan ada yang diketahui dan ada yang masih kekal menjadi misteri sehingga kini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!