5 Pulau Menarik Di Terengganu. Yang Last Tu Tak Popular Tapi Banyak Hidupan Marin Unik

Terengganu merupakan negeri yang kaya dengan keindahan semulajadi terutama pantai dan pulaunya yang cantik dan bersih. Destinasi pulau di negeri Darul Iman ini merupakan destinasi percutian yang menarik yang sering dikunjungi bukan sahaja pelancong tempatan tetapi juga pelancong antarabangsa. Negeri ini juga terkenal dengan kawasan penyu bertelur.

Jom kita lihat 5 buah pulau di Terengganu yang menarik dan lengkap dengan kemudahan untuk para pelawat.

#1- PULAU REDANG

pulau menarik kat terengganu-01

Sumber gambar : Clover Holidays

Ok kita mulakan dengan pulau yang boleh dikatakan antara paling popular di Terengganu. Pulau Redang merupakan antara lokasi pulau yang sering menjadi tumpuan ramai untuk bercuti sama ada dengan keluarga atau rakan-rakan. Pulau ini mempunyai fasiliti yang lengkap dengan kemudahan pelbagai penginapan yang menarik.

Lokasinya terletak tidak jauh dari persisiran pantai Kuala Terengganu. Pulau Redang juga merupakan pulau yang terbesar dalam senarai pulau yang terdapat di Laut China Selatana dan perairan Terengganu.

Untuk memasuki pulau, pelawat boleh menggunakan khidmat bot di Jeti Shah Bandar atau Jeti merang/Penarik. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antaranya snorkeling,mandi manda di Pantai Pasir Panjang dan sebagainya.

Baca lagi : 5 Perkara Menarik Tentang Pulau Kapas

#2- PULAU KAPAS

pulau menarik kat terengganu-02

Sumber gambar : Percutian Bajet

Sesuai dengan namanya, pulau ini mempunyai pasir yang begitu halus memutih bak kapas. Pulau ini tidak sebesar Pulau Redang namun tetap mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Lokasinya terletak berhampiran bandar Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini anda perlu mengambil bot dari jeti Marang. Jangan keliru dengan Jeti Merang dan Jeti Marang kerana ia merupakan jeti yang berbeza.

Aktiviti yang sesuai dilakukan di sini ialah snorkeling untuk melihat ikan-ikan dan terumbu karang yang cantik. Pulau Kapas lebih sesuai kepada mereka yang ingin bersantai dalam keadaan yang tidak begitu sesak.

#3- PULAU PERHENTIAN

pulau menarik kat terengganu-03

Sumber gambar : wallpaper.ae

Satu lagi pulau yang begitu terkenal di Terengganu. Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Pulau Perhentian kaya dengan keindahan bawah lautnya terutamanya keindahan batu karangnya yang berwarna warni. Oleh itu pulau ini juga dikategorikan sebagai syurga bagi penyelam.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah aktiviti menyelam bagi yang mempunyai lesen, snorkeling, jungle trekking dan bersiar-siar di sekitar pantai.

#4- PULAU GEMIA

pulau menarik kat terengganu-04

Sumber gambar : Pelancongan Terengganu

Untuk mereka yang inginkan privasi atau berbulan madu, Pulau Gemia merupakan antara lokasi yang sesuai dengan anda. Pulau ini agak terpencil dan hanya terdapat satu sahaja resort di sini.

Walaupun terpencil Pulau Gemia ini tetap mempunyai tarikan keindahan alam semulajadinya yang tersendiri. Pulau ini sesuai untuk mereka yang gemar kepada suasana yang sunyi, tenang dan santai.

#5- PULAU TENGGOL

pulau menarik kat terengganu-05

Sumber gambar : Viking Scuba

Pulau ini mungkin tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Namanya juga mungkin tidak pernah didengari oleh sesetengah orang namun pulau ini merupakan pulau yang begitu kaya dengan kehidupan marin yang pelbagai malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa kehidupan marin yang terdapat di bawahnya bertaraf dunia.

Antara hidupan marin unik dan menarik yang terdapat di sini ialah whale sharks, leopard sharks, bat fishes dan banyak lagi. Untuk penyelam, ini lokasi yang sangat sesuai untuk anda.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah junggle trekking dan mendaki bukit yang terdapat di tengah Pulau Tenggol ini. Beberapa resort dan hotel ada disediakan sebagai penginapan di Pulau Tenggol ini.

Baca lagi : 19 Tempat Percutian Menarik Di Terengganu

Ini adalah antara 5 pulau yang terdapat di negeri Terengganu. Semoga membantu anda yang sedang mencari lokasi pulau yang menarik yang terdapat di negeri ini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!