Kenali Pulau Mataking, Antara Pulau Yang Menarik Di Sabah

Pulau Mataking-01

Sumber gambar : Google

Pulau Mataking mungkin tidak sepopular pulau-pulau lain yang berada di Sabah namun pulau ini tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Pulau Mataking terletak di daerah Semporna, Sabah. Pulau Mataking terdiri daripada dua, iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Matang King Kecil. Keistimewaan pulau ini antaranya adalah mempunyai pantai berpasir putih yang halus gebu, airnya jernih kebiruan seperti kristal, dan pemandangan yang indah sekitarnya. Paling best dapat melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Suasananya romantis dan sangat sesuai sekiranya anda dan pasangan datang untuk berbulan madu disini. Resort yang terdapat di sini juga dalam kategori mewah dan sangat selesa.

Pulau Mataking-02

Sumber gambar : naturalis

Baca lagi : Pulau Rawa Yang di Gelar Maldives Malaysia

Lokasinya terletak kira-kira 40 minit dari Semporna. Kalau dari Pulau Sipadan pulak kira-kira 45 minit perjalanan dari sana. Luas pulau ini adalah kira-kira 40 ekar. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini antaranya ialah seperti snorkeling, berkayak, berenang, spa dan jungle trekking.

Pulau ini juga kaya dengan pelbagai hidupan laut, seperti terumbu karang, ikan yu paus, ikan tuna, pari, baraccuda dan macam-macam lagi. Antara lokasi menyelam yang popular di sini ialah Alice Wall, Mantis Reef dan Magic Rick serta banyak lagi.

Pulau Mataking-03

Sumber gambar : The Reef Dive Resort

Pokok-pokok yang tumbuh di pulau ini juga merupakan habitat bagi jenis burung dan rama-rama. Ini menunjukkan pulau ini mempunyai keindahan dan keunikan ekosistemnya yang tersendiri.  Sekiranya bernasib baik, di antara bulan Mei sehingga Ogos, kita dapat melihat penyu dari spesies Penyu Hijau (Green Turtles) dan Penyu Karah (Hawksbill) datang bertelur di pantai sini.

Pulau Mataking-04

Airnya jernih kebiruan seperti kristal. Sumber gambar : divezone.net

Bagi anda yang berminat untuk datang ke sini, anda boleh datang ke Semporna dan seterusnya ke jeti untuk menempah bot yang seterusnya akan membawa ke Pulau Mataking ini. Pastikan buat tempahan lebih awal dengan pemandu bot agar perjalanan lebih lancar.

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

Nak datang dengan famili pun sesuai, nak datang enjoy dengan kawan-kawan pun best, nak datang bulan madu sini pun sesuai sangat. Atau sekadar nak datang untuk lepaskan lelah penat bekerja pun sangatlah sesuai. Pendek kata selagi namanya ingin bercuti semua sesuai, kan. Bagi sesiapa yang sedang mencari lokasi percutian pulau yang menarik tu, mungkin boleh jadikan Pulau Mataking sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!