Pulau Komodo Di Tutup Selama Setahun Akibat Kekurangan Populasi

Kredit/sumber gambar : Richard-Susan/Shutterstock

Kepada mereka yang merancang untuk melihat secara depan mata haiwan purba yang bernama Biawak Komodo ini nampaknya terpaksa menangguhkan hasrat apabila pemerintah Nusa Tenggara Timur (NTT) bercadang untuk menutup lokasi Taman Nasional Komodo selama setahun.

Baca lagi : Kenali Pulau Komodo, Habitat Biawak Gergasi Terbesar Di Dunia

Langkah ini diambil kerana populasi komodo yang semakin menurun. Oleh itu penutupan sementara ini dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan kembali populasi Komodo dan juga rusa yang menjadi makanan utama reptilia unik berkenaan.

Menurut Gabenor NTT, Viktor Bungtilu Laiskodat, beliau berkata bahawa Taman Nasional Komodo akan ditutup selama setahun.

Tambah beliau, saiz tubuh komodo tidak sebesar dahulu lantaran populasi rusa yang menjadi makanan utamanya juga menurun. Oleh itu timbul kebimbangan sekiranya komodo akan menyerang sesama sendiri sekiranya kekurangan sumber makanan utama.

Baca lagi : Ketahui 5 Pantai Pasirnya Berwarna Merah Jambu

Oleh sebab itu, ini menjadi sebab utama pemerintah mahu menutupnya sementara selama setahun daripada kunjungan pelancong.

Sumber : Astro Awani

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!