10 Fakta Menarik Tentang Piala AFF Suzuki

piala suzuki-02

Piala yang menjadi rebutan. Kredit gambar : AFF

Sekarang kita sedang hangat dengan perlawanan bola sepak Piala Suzuki 2018. Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan bertemu dengan Vietnam.

Semalam telah berlangsung aksi final yang pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berakhir dengan keputusan seri 2-2. Kita akan bertemu kembali Vietnam pada aksi timbal balik iaitu aksi final kedua yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi.

Rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu terhadap skuad kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe apabila tiket final mendapat sambutan begitu luar biasa.

piala suzuki-01

Sumber : suzukicup.com

Sempena kehangatan Piala AFF Suzuki ini, jom kita lihat 10 fakta dan perkara menarik tentang Piala AFF Suzuki ini, dari sejarahnya yang terdahulu sehinggalah pada masa sekarang.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

#1- DUA TAHUN SEKALI

Penganjuran Piala AFF Suzuki ialah berselang dua tahun sekali.

#2- PASUKAN YANG BERTANDING

Pasukan bola sepak yang bertanding dalam kejohanan Piala Suzuki ini ialah dari kalangan negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Laos, Brunei, Filipina, Timor Leste, Singapura dan Kemboja.

#3- TAHUN BERMULA

Kejohanan ini bermula pada tahun 1996 di Singapura. Pada waktu itu ia dikenali sebagai Piala Tiger sempena nama syarikat minuman keras yang menaja kejohanan ini sekitar tahun 1996 sehingga 2006.

Namun ia diubah kepada Piala AFF Suzuki pada tahun 2008 bersempena nama penaja baru. Nama Piala AFF Suzuki kekal sehingga ke hari ini.

#4- MALAYSIA DAN FINAL

Malaysia layak ke final dalam kejohanan ini sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1996,2010, 2014 dan pada tahun ini iaitu 2018.

#5- KEMENANGAN MALAYSIA

Malaysia pernah muncul juara pada tahun 2010. Pada ketika itu Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 untuk meraih gelaran juara. Malah lebih manis lagi pada waktu itu pemain negara Mohd Safee Mohd Sali telah dibonatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan iaitu sebanyak lima gol.

#6- NEGARA YANG PERNAH MENANG

Hanya empat negara sahaja yang pernah memenangi kejohanan ini iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

#7- NEGARA YANG PALING BANYAK MENANG

Thailand mencatatkan jumlah kejuaraan tertinggi iaitu sebanyak 5 kali menjadikan negara Gajah Putih ini sebagai negara yang paling banyak memenangi kejohanan ini.

#8- FORMAT 2018

Untuk edisi 2018, kejohanan ini menggunakan format bermain di dua tempat iaitu away dan home. Ada penilaian kelebihan untuk jaringan ditempat lawan.

#9- GOL TERBANYAK DALAM SEJARAH

Jumlah jaringan gol paling banyak dalam perlawanan disandang oleh Indonesia iaitu mendapat 13 jaringan berbalas 1 ketika Indonesia bertemu dengan Filipina pada tahun 2002.

#10- ULTRAS MALAYA YANG LUAR BIASA

Ultras Malaya merupakan kumpulan penyokong yang sering menangkap tumpuan ramai dan dikenali bukan sahaja di Malaysia malah oleh peminat bola sepak negara ASEAN lain kerana aksi mereka yang begitu bersemangat dan luar biasa ketika memberi sokongan padu terhadap pasukan Harimau Malaya termasuk ketika Piala AFF Suzuki.

Ultras Malaya juga terkenal dengan jolokan pemain ke 12 dan ekor Harimau Malaya.

Terbaik Ultras Malaya.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik di Shah Alam

Semoga Malaysia beroleh kejayaan dalam perlawanan akhir kedua di Hanoi nanti. Sama-samalah kita berdoa yang terbaik dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Harimau Malaya. Semoga berjaya Malaysia.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang kecantikan? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!