Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Datang Lagi Tahun Ini! Jom Bawa Famili Ke Sini

my ballon fiesta putrajaya 2019-01

Sumber :lipstiq.com

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang merupakan acara tahunan Putrajaya bakal menemui pengunjung bermula pada 28 Mac sehingga 31 Mac 2019. Lokasi acara ini di Presint 2, Putrajaya. Tahun ini merupakan tahun ke 10 penganjuran pesta belon udara panas ini di Putrajaya.

Baca lagi : 19 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa kali ini. Antaranya ialah  Iglu Belon yang diperbuat daripada belon kitar semula, Zon Korporat bagi pameran produk dan Zon Makan dan Minum.

my ballon fiesta putrajaya 2019-02

Night Glow yang merupakan acara kemuncak dalam Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya. Sumber : lipstiq.com

Acara yang paling dinantikan sudah tentu ‘Night Glow” iaitu acara kemuncak dalam fiesta ini. Pada malam Night Glow ini cahaya lampu dari belon udara panas akan memancarkan cahaya mengikut rentak muzik.

Dijangkakan terdapat 20 penyertaan belon udara panas dalam pelbagai warna dan bentuk tahun ini. Antara negara yang menyertai My Ballon Fiesta ialah Taiwan, Thailand, Sepanyol, Belgium, United Kingdom dan sudah tentu dari negara kita Malaysia.

my ballon fiesta putrajaya 2019-03

Sumber :We Are From Latvia

Jadi kepada anda yang berhasrat untuk melawat Putrajaya mungkin boleh memilih tarikh berkenaan untuk membawa keluarga ke sini. Malah penganjurannya pada akhir bulan mac yang juga merupakan musim cuti sekolah, memberi peluang ibu bapa membawa anak-anak dan keluarga untuk melihat sendiri fiesta belon yang terkenal ini.

Baca lagi : 11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya 2019 ini, boleh klik di sini, 10th My Ballon Fiesta Putrajaya 2019.

Sumber : MakanLena.com

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!