#7 Tempat Wajib Pergi Ke Singapore

Lama betul krew jomlahcuti tidak menulis sebarang artikel. Jadi dikesempatan awal tahun ini kami krew jomlahcuti nak berkongsi info dengan anda diantara tempat yang menarik yang terdapat di Singapore. Sebenarnya banyak tempat menarik di Singapore tapi kami cuma pilih #07 tempat saja yang mana diambil secara rawak.

01- Merlion

trip ke singapore

Merlion adalah tempat wajib singgah untuk mereka yang berkunjung ke Singapore. Disini terdapat sebuah Patung Singa (seperti didalam gambar). Sampainya anda disini dan bergambar berlatar belakangkan patung tersebut membuktikan yang anda benar-benar telah jejak ke Singapore. Disini juga anda boleh lihat bangunan paling popular di Sinagpore seperti Esplanade dan Marina Bay Sand Building(bangunan yang seolah-olah ada kapal diatasnya)

02-Bugis Street

trip ke singapore 02

Bagi mereka yang nak cari souvenir yang dari Singapore maka disini adalah tempat tebaik. Selain mempunyai harga yang berpatutan disini juga mempunyai pelbagai pilihan souvenir. 

03-Pulau Sentosa (Sentosa Island)

trip ke singapore 03

Disini terdapat pelbagai tarikan yang menarik. Ia menjadi tempat orang tempatan merehat-rehatkan diri di hujung minggu. Untuk ke sini anda boleh rasai sendiri menaiki kereta cable dengan pemandangan yang cukup mempersona. Anda juga boleh cuba banyak permainan yang di sediakan di sekitar pulau sentosa ini.

04-Universal Studio Singapore

trip ke singapore 04

Ini adalah tarikan utama dan kemungkinan besar pada hari ini adalah faktor utama sesetengah pengunjung datang ke pulau sentosa. Jika ditanya How many universal studios are there in the world? Jawabnya hanya ada empat sahaja iaitu di Hollywod,Orlando, Japan & Singapore Sahaja. Jadi beruntung kita tidak perlu keluar banyak duit untuk tempahan tiket penerbangan hanya mahu bermain di taman tema terhebat di dunia. Kunjung saja ke Singapore 🙂

05- Taman Burung Jurong (Jurong Bird Park)

trip ke singapore 06

 Nak tengok lebih banyak burung yang pelik,unik dan menarik. Maka disinilah tempatnya. Terdapat mini train disini yang akan membawa anda sekitar taman burung ini. Burung yang terdapat di Jurong Bird Park terdapat 129 spesis dari seluruh dunia. Jadi disini juga adalah diantara tempat menarik bila anda pergi trip ke singapore

06- Orchard Road

trip ke singapore 05

Disini adalah tempat bagi mereka yang ingin cari barang branded. Terdapat pelbagai jenis barang branded dari seluruh dunia sepeti Coach, LV, Giorgio Armani, ZARA,Gucci dan pelbagai lagi. Ada setengah pihak mengatakan barangan jenama disini adalah jauh lebih murah yang terdapat di Malaysia 🙂

07-China Town

trip ke singapore 07

Di China Town juga adalah tempat untuk beli-belah pelbagai barangan dengan harga mampu beli. Persekitaran dengan bangunan yang terdapat disini saja dikekalkan agar nampak akan tradisi china di kawasan ini. Terdapat pelbagai makanan & resturant di kawasan ini tapi sayangnya tidak ada disediakan untuk makanan halal.

Jadi ini lah diantara tempat yang menarik yang terdapat di Singapore. Kami di jomlahcuti.com ada menyediakan trip ke singapore dengan harga mampu pergi untuk anda. Jika anda berminat untuk join trip bersama dan mahukan maklumat lebih lanjut boleh dapatkanya dengan klik disini.

Add Comment