Reka Bentuk Rumah Tiga Segi Yang Kembali Menambat Hati

Struktur rumah yang berbentuk tiga segi kini semakin menular di social media. Rumah berbentuk tiga segi pada asalnya sudah lama berada di Malaysia tetapi sejak kebelakangan ini struktur binaan tersebut  menjadi viral setelah dikomersialkan oleh sesebuah syarikat penginapan di Melaka iaitu Masbro village yang terletak tidak jauh dari bandaraya Melaka. Mosbro village membuat kelainan dengan mengecat warna rumah dengan warna yang pelabai bagi menarik perhatian pelancong. Bukan shaja bentuk rumah yang unik tetapi landskap yang cantik seakan-akan berada di luar negara juga menambah keterujaan bila berada di sini.

rumah tiga segi

Sumber gambar:

Sedikit sebanyak tentang kelebihan struktur binaan ini ialah jimat di mana bentuk binaan yang kecil dan amat mudah untuk dibina, tidak menelan belanja yang banyak serta mengambil masa yang pendek untuk disiapkan. Reka bentuk tiga segi ini menjadi ikutan oleh perusaha penginapan yang lain sebagai daya tarikan. Pada kebiasaannya harga yang di kenakan kepada pengunjung untuk rumah tiga segi ini tidak lah mahal dan mampu untuk didiami untuk lima ke enam orang pengunjung.

 Baca Lagi : 3 Lokasi Di Putrajaya Yang Akan Menggamitkan Gambar Pre Wedding Anda

reka bentuk rumah tiga segi

Sumber gambar

Di sebabkan reka bentuk ini sangat popular ada yang membina rumah seperti ini di halaman rumah sendiri bagi tujuan tertentu. Ada yang berfungsi sebagai “small bar” untuk minum petang ataupun tempat berkumpul sekiranya rakan-rakan bertandang dirumah. Suasana rumah kecil ini akan menjadi berbeza mengikut kreativiti kita dalam menghias landskap. Ada yang menggunakan “English garden” sebagai tema. Tetapi  laman rumput seakan padang golf pastinya menjadi pilihan kerana akan mewujudkan satu ruang hijau dan lapang.

reka bentuk rumah tiga segi-3

Bagi mereka yang ingin membuat “mini garden” amat sesuai memilih struktur binaan tiga segi ini untuk dijadikan sebahagian daripada taman. Bukan sahaja murah, tetapi menjajikan kelainan daripada suasana dalam rumah. Seisi keluarga juga boleh bersantai  sekiranya mempunyai waktu yang terhad dek kerana kesibukan kerja. Ini kerana masa bersama keluarga adalah waktu yang amat penting bagi mengeratkan silaturrahim .

Baca Lagi : Nak Travel Secara Percuma? Ini Kami Kongsikan 4 Cara Paling Mudah.

reka bentuk rumah tiga segi-4

Sumber gambar: 

 

Suka Dengan artikel ini? Kongsikan ke wall anda agar kenalan facebook anda tahu berkenaan ini.

Add Comment