Kesan Pembuangan Sampah Ke Laut, Wanita Ini Dan Rakannya Tekad Membantu Cik Penyu

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Kesan dari pembuangan sampah seperti plastik, botol air, straw dan lain-lain barangan yang berasaskan plastik sememangnya meninggalkan kesan yang buruk kepada kehidupan laut dan penyebab banyak kehidupan laut musnah. Video memamparkan detik-detik bagaimana seorang wanita yang bernama Chris Figgener dan rakannya Nathan Robinson cuba membantu seekor penyu mengeluarkan straw yang tersumbat berukuran 10cm dari lubang hidung (Nostril) penyu terbabit.

Melihat bentuk straw yang telah lama dan buruk, pada awalnya mereka sendiri tidak pasti  apakah yang tersangkut di lubang hidung penyu tersebut membuktikan ia sudah tersekat lama disitu. Dengan melihat bentuk straw yang tersangkut itu juga kita boleh mengangarkan berapa lama cik penyu ini menderita dek kerana sifat yang tidak bertanggungjawab manusia kepada alam ini.

Pesan mereka berdua kepada penduduk muka bumi

“Please say no to all single-use plastic. Every plastic straw, plastic bag, or plastic bottle that ends up in the oceans could mean the difference between life or death for any number of marine animals.”

Tambahan pesanan bagi pihak kami pula, jagalah apa saja kehidupan di laut mahupun di darat. Kerana ia sebuah amanah untuk kita menjaga bersama tanpa menuding jari pada sesiapa.

kesan dari laut tercemar-4

Chris Figgener dan rakannya Nathan Robinson

kesan dari laut tercemar-2

Proses Permulaan Untuk Menarik Straw Yang Tersangkut

kesan dari laut tercemar-1

Berlaku Pendarahan Sewaktu Proses Mengeluarkan


kesan dari laut tercemar-3

Bentuk & Panjang Straw Tersebut

 

 

Video Penuh Detik-detik Beliau & Rakannya Dalam Proses Membantu Cik Penyu
Jomlah Follow Kami Di Instagram

Add Comment