Kemusnahan Bangunan Bersejarah Nepal Sewaktu Kejadian Gempa Bumi

Gegaran gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda Bumi Nepal tempoh hari telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tinggi. Begitu juga dengan kerosakan dan ada bangunan yang musnah terus akibat dari kejadian tersebut. Diantara bangunan tersebut adalah mercu dan tarikan utama pelancongan di negara Nepal.

Dharahara Tower

Kemusnahan Bangunan Bersejarah Nepal Sewaktu Kejadian Gempa Bumi-1

Gambar Pada July 2014 (Sebelum Kejadian)

Kemusnahan Bangunan Bersejarah Nepal Sewaktu Kejadian Gempa Bumi-2

Gambar Pada 25 April 2015 (Selepas Kejadian)

Bangunan ini adalah diantara bangunan yang tertua di Nepal yang mana di bina pada sekitar tahun 1832. Struktur bangunan lama ini mempunyai sembilan tingkat yang mana ia diperbuat dari batu bata setebal satu kaki setengah. Sebelum ini pelawat dibenarkan untuk naik tangga likaran bangunan tersebut untuk ke Platform bagi melihat 200 kaki dari di atas Bandar.

Maju Deval

Satu lagi bangunan tertua yang musnah akibat gempa bumi yang berlaku adalah bangunan yang di beri nama Maju Deval.Ini adalah sebuah kuil lama yang musnah dalam kejadian gempa bumi tersebut. Bangunan ini tersenarai sebagai UNESCO World Heritage.Di bina sekitar tahun 1690 dan telah musnah sepenuhnya sewaktu kejadian gempa bumi terbabit.

Kemusnahan Bangunan Bersejarah Nepal Sewaktu Kejadian Gempa Bumi-3

Gambar Pada Julai 2014 (Sebelum Kejadian)

Kemusnahan Bangunan Bersejarah Nepal Sewaktu Kejadian Gempa Bumi-4

Gambar pada 25 april 2015 (Selepas Kejadian)

 

 

 

 

 

sumber : nytimes.com

Add Comment