Ini Kami Kongsikan 10 Tempat Menarik Di Perak Yang Boleh Anda Lawati

1. Movie Animations Park Studios (MAPS) 

  

10 Tempat Menarik Di Perak Yang Boleh Anda Kunjungi-1

Taman tema movie animasi kini berada di Ipoh, Malaysia. Anda dah tak perlu lagi nak pergi luar negara seperti ke Universal Studio Singapore ataupun Disneyland Hong Kong. Kini semuanya dah ada di Malaysia. Movie Animations Park Studios ini telah dibuka dan dirasmikan pada 26 Jun 2017. Di dalamnya terdapat 23 interactive attraction , 15 thrilling ride dan 6 theme zone. Antara tarikan mengikut zon yang terdapat disini antaranya ialah

  • Animation Square
  • Blast Off Zone
  • Dream Zone
  • Fantasy Forest Zone
  • Lakeside Zone
  • Live Action Zone

Selain itu, terdapat juga tarikan lainnya seperti

  • Thrill Rides
  • Kids Fun
  • Family Entertainment
  • Show & Entertainment
  • MAPS snaps

Banyak kan ???? Tarikan yang sangat menarik. Memang rugi lah kalau anda tak cuba pergi sini. Satu-satunya taman tema movie animasi yang pertama di Malaysia. Macam-macam anda boleh buat kat sini. Anda boleh cuba bawa ahli keluarga dan anak-anak korang datang sini. MAPS ni bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan terdapat juga permainan dan aktiviti yang sesuai dilakukan oleh ibubapa. Jangan tunggu-tunggu lagi !! Siapa yang rancang nak bawak anak-anak pergi bercuti tu boleh bawa pergi Movie Animations Park Studios (MAPS) ni okay !!

 

2. Pulau Pangkor

10 Tempat Menarik Di Perak Yang Boleh Anda Kunjungi-Pulau Pangkor-2

 

Pulau Pangkor merupakan salah satu daripada pulau yang menjadi tarikan pelancong dari luar negara untuk melancong di Malaysia. Pulau Pangkor ini menjadi terikan pelancong asing kerana kecantikan pantai, air laut yang jernih, pantai yang berpasir halus, dasar laut yang kaya dengan coral dan hidupan laut yang cantik dan mengagumkan.

Dapatkan Pakej Pangkor Budget. Klik Sini!

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka dan berada di dalam daerah Manjung, Perak. Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor perlu menaiki feri dari jeti Lumut dan seterusnya menaiki van pelancongan atau teksi dari Pulau Pangkor untuk ke chalet atau resort.

Pada zaman dahulu, Pulau Pangkor pernah menjadi kubu Belanda dan telah membuatkan Pulau Pangkor ini menjadi pulau yang bersejarah di Malaysia. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah

  • Kota Belanda, Teluk Gedung
  • Batu Bersurat, Teluk Gedung
  • Perkuburan Belanda, Sungai Pinang

Antara pantai yang menarik di Pulau Pangkor yang boleh dilawati oleh pelancong ialah

  • Pantai Teluk Nipah
  • Pantai Pasir Bogak
  • Pantai Puteri Dewi
  • Teluk Dalam
  • Teluk Cempedak
  • Teluk Segadas
  • Teluk Gedung
  • Coral Bay
  • Turtle Bay

Selain daripada tempat bersejarah dan pantai, terdapat juga tempat menarik yang lainnya seperti

  • Kilang Sate Ikan
  • Kilang Ikan Bilis
  • Tukang Bot
  • Pekan Pangkor
  • Taman Fu Lin Kung

Bagi pelancong yang mungkin ingin melawat ke tempat bersejarah ataupun bersiar-siar di sekitar Pulau Pangkor, anda boleh menyewa basikal, motosikal atau kereta yang disediakan. Selain bersiar-siar di Pulau Pangkor, pelancong juga boleh bersantai di tepi pantai, mandi air laut, snorkeling, scuba diving, bermain jet ski, banana bot, bola tampar pantai, berkayak, jungle trekking, island hoping dan juga melihat matahari terbenam. Banyak aktiviti yang anda boleh dilakukan disini. Jadi bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Perak tu bolehlah cuba bercuti di Pulau Pangkor ni.

 

3. Zoo Taiping

Zoo Taiping merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Perak. Zoo Taiping juga merupakan satu-satunya zoo yang terdapat di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Zoo Taiping ini terletak berdekatan dengan Bukit Larut (Maxwell Hill).

Keindahan alam semulajadi disini telah menarik perhatian pelancong untuk melancong ke Zoo Taiping. Luas kawasan Zoo Taiping ini sekitar 36 ekar dan telah memuatkan pelbagai jenis spesies haiwan yang terdapat di Malaysia. Zoo Taiping juga mengamalkan konsep terbuka dalam memperkenalkan dan mempamerkan haiwan-haiwan yang terdapat disini.

Secara tidak langsung, Zoo Taiping ini dijadikan sebagai habitat kepada 1200 ekor haiwan yang terdiri daripada 140 spesies di dunia ini. Jadi bagi sesiapa yang belum pernah ke Zoo Taiping, anda boleh cuba datang ke sini membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk mengenali jenis dan spesies haiwan yang terdapat di Malaysia.

 

4. Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun terletak di Ipoh, Perak. Bagi sesiapa yang mungkin nak bawa anak-anak bercuti sambil bermandi-manda tu boleh datang sini. Pelbagai permainan air disediakan disini, terdapat juga hotspring, spa serta hotel disediakan untuk pelancong yang mungkin ingin menginap di Lost World Of Tambun. Selain daripada permainan air, terdapat juga Amusement Park dan Petting Zoo.

Di Petting Zoo ini pelancong diberi kebenaran untuk memberi makan haiwan mengikut waktu yang ditetapkan.  Terdapat juga beberapa pertunjukan yang ditayangkan seperti pertunjukan orang api, pertunjukan harimau dan pelbagai lagi. Jadi kepada anda yang datang ke Perak untuk bercuti tu, Lost World Of Tambun boleh menjadi salah satu destinasi percutian anda sekeluarga.

 Baca Lagi : Antara Daerah Tercantik Di China Pada Musim Bunga

5. Sungai Klah Hotspring

Sungai Klah Hot Spring atau Felda Residence Hot Spring terletak berdekatan dengan Pekan Sungkai, Perak. Terdapat juga beberapa kolam air panas semulajadi yang dikhaskan kepada pelancong mahupun pengunjung yang datang.

Selain itu, disini juga terdapat kolam air panas yang hampir mencecah 100 darjah celsius. Disini juga ada menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti tandas, surau, cafe dan juga villa untuk disewa kepada pelancong yang datang dan ingin menginap disana. Kawasan kolam air panas ini sangat cantik, bersih dan airnya juga jernih kerana dijaga dengan rapi. Sesuai kepada pelancong yang mungkin ingin berendam di dalam air panas sambil tenangkan fikiran.

Jadi bagi sesiapa yang belum pernah datang ke sini, anda boleh datang sekiranya anda ke Perak untuk bercuti atau tenangkan fikiran mahupun bersantai.

 

6. Bukit Merah Laketown

10 Tempat Menarik Di Perak Yang Boleh Anda Kunjungi- Bukit Merahr-2

 

Bukit Merah Laketown merupakan antara destinasi percutian taman tema air yang boleh dikunjungi oleh pelancong. Terdapat pelbagai permainan air yang ada di sini. Sesuai untuk bawa anak-anak bermandi manda sambil bersantai di sini. Bagi anda yang tengah mencari tempat bersantai bersama keluarga tersayang bolehlah cuba ke sini.

7. Pulau Orang Utan

10 Tempat Menarik Di Perak Yang Boleh Anda Kunjungi-pulau orang utan

Pulau Orang Utan, Bukit Merah, Perak. Selain di kepulauan borneo Sepilok di Sabah dan zoo, di Bukit Merah ini juga merupakan salah satu kawasan peliharaan orang utan. Pulau orang utan ini terletak tidak jauh dari Bukit Merah Laketown. Bagi sesiapa yang ingin melihat orang utan tetapi tidak mahu masuk ke dalam zoo serta pegi ke kepulauan Sabah, anda boleh ke sini untuk melihat orang utan. Tempat ini memang hanya tertumpu kepada peliharaan dan penjagaan orang utan sahaja. Anda boleh bawa anak-anak anda ke sini untuk melihat bagaimana kelakuan orang utan dan karena mahupun tabiat mereka disini.

 

8. Bukit Larut (Maxwell Hill)

10 Tempat Menarik Di Perak Yang Boleh Anda Kunjungi-Bukit Larut

Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill terletak 10km daripada Taiping, Perak. Merupakan sebuah resort yang tertua di Malaysia. Dibangunkan pada tahun 1884 oleh Willian Edward Maxwell iaitu warga British yang menetap di Bukit Larut. Suasana disini seakan kita sedang berada di puncak Genting Highland dengan suhu sekelilingnya yang dingin, sejuk dan berangin kerana Bukit Larut ini berada 1250 m dari aras laut. Bagi sesiapa yang ingin bercuti di Perak dengan suhu yang sejuk dan berangin boleh cuba datang bercuti ke Bukit Larut. Suasana ketika berada di atas Bukit Larut ini juga sangat cantik dengan pemandangannya yang begitu indah. Sesuai bagi mereka yang mahukan ketenangan.

 

Suka dengan artikel ini? Kongsikan kepada rakan anda. Subscribe untuk dapatkan lebih banyak tips percutian, destinasi menarik dan tawaran pakej percutian yang ‘super murah’.

 

Add Comment