Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Ramai yang tahu sukan Sea adalah sukan asia  tenggara dimana 11 negara berentap dalam acara sukan. Pada pendapat admin sukan ini boleh dikatakan sebagai pengganti perperangan seperti yang dikatakan 11 negara berentap dalam acara sukan bagi membuktikan siapa yang lebih hebat. Tetapi itu bukanlah objektif utama acara sukan di adakan, sebaliknya untuk meyatupadukan keakraban penduduk asia tenggara yang rata-ratanya saling berkait dengan sejarah terdahulu.  Disini admin ingin ceritakan serba sedikit tentang Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.

Sejarah

apa yang perlu anda tahu mengenai sukan sea-1

apa yang perlu anda tahu mengenai sukan sea-2

Sumber gambar: 

Dahulu dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara), acara sulung pertama kali diadakan pada tahun 1959. Negara-negara yang mengambil bahagian adalah Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos dengan hanya 12 sukan yang bersaing. Berdasarkan sistem pusingan yang diperkenalkan baru-baru ini, tuan rumah Sukan SEA yang akan datang pada 2017 sepatutnya di Brunei manakala Malaysia dijadualkan pada tahun 2019. Bagaimanapun, Brunei menyatakan baru-baru ini bahawa mereka tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah untuk beberapa edisi seterusnya. Kemudian Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) membuat tawaran ke Malaysia pada 14 Julai 2012 untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2017 yang disepakati oleh Malaysia. Pada 2019, permainan dwitahunan (dua tahun sekali) akan menuju ke Filipina dan Vietnam pada tahun 2021. Kemboja akan menjadi tuan rumah buat kali pertama pada 2023.

Mempromosikan Malaysia

Sumber gambar:

Setiap negara yang menjadi tuan rumah sesuatu acara pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mempromosikan negara masing-masing. Malaysia mempunyai cara tersendiri bagi mengetengahkan Malaysia. Logo Sukan Sea ini jelas mempromosikan Malaysia dengan menggunakan nama ibu negara yang sudah terkenal iaitu Kuala Lumpur 2017. Sekiranya anda perasan pada baju maskot negara (Harimau)yang mempunyai jalur berwarna-warni ternyata mempunyi maksud tersendiri.  Hijau yang melambangkan sifat hormat. Hormati lawan, pegawai dan peminat. Menegakkan kebaikan Sukan. Merah dengan sifat integriti, kejujuran dalam menghormati kod etika sukan dan nilai-nilai yang mereka saksikan. Biru yang membawa maksud sikap, positiviti, kesukanan dan persahabatan. Bersaing untuk menang tetapi menang dengan penghormatan. Hitam bermaksud uniti iaitu Datang bersama sebagai orang yang meraikan semangat sebenar Permainan. Warna kuning yabg bermaksud bertindak iaitu lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat. Tolak had dan tolak halangan baru

Majlis pembukaan

Apa yang perlu anda tahu mengenai sukan sea-4

Sumber gambar:

Majlis Pembukaan Sukan Sea adalah majlis gilang gemilang dalam mempromosikan Malaysia. Pada saat ini kesatuan yang ditunjukan oleh para perserta dan juga sambutan yang yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia menyemarakkan lagi malam pembukaan. Keharmonian rakyat Malaysia yang terkenal dengan rakyat berbilang kaum  menjadi lambang kebanggaan negara dimana rakyatnya bersatu padu walaupun berbeza agama dan bangsa. “Bangkit Bersama” di guna pakai sebagai tema bagi temasya kali ini.

sukan sea kuala lumpur 2017

Sumber gambar:

Dipetik dari laman rasmi Kuala Lumpur 2017 Tema “Rising Together”, menandakan kedatangan usia untuk Asia Tenggara sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah melangkah jauh di peringkat dunia dan ini adalah masa untuk kita bersama untuk menulis bab seterusnya dalam perjalanan kolektif kita yang damai, kemajuan, dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi tonggak penting di rantau ASEAN kerana ia akan menjadi Sukan SEA pertama dan Sukan Para ASEAN yang akan diadakan selepas pembentukan Komuniti ASEAN pada tahun 2015. Ini akan menjadi bukti selanjutnya bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan Peranan besar dalam membawa semua warga Asia Tenggara bersama-sama dalam meraikan pencapaian dan komitmen kami ke arah kesukanan, tetapi ia juga akan meningkatkan dan menginspirasi seluruh rantau.

Di sini jelaslah bahawa sukan menyatupadukan negara bagi mengeratkan hubungan sesama rantau. Hal ini perlu bukan sahaja memupuk kedamaian malah meningkatkan ekonomi negara serantau. Hubungan diplomatik antara negara membantu dalam perdagangan import dan eksport. Bagi tuan rumah seperti Malaysia ini mampu meningkatkan keuntungan negara  kerana kedatangan warga luar yang melabur wang mereka di Malaysia. Oleh kerana Sukan Sea di adakan dua tahun sekali pusingan negara sebagai tuan rumah untuk sukan asia tengara menjadi membatu setiap negara dari tahun ke tahun. Marilah kita bersama turun memnyokong temsya Sukan Sea  bagi memriahkan lagi sukan terbesar asia tenggara ini ayuh kita Bangkit Bersama.

Maka kami simpulkan di penutup artikel ini bahawa sukan itu bukan saja untuk kesihatan rakyat di sesebuah negara malah ia juga mampu untuk membantu sedikit sebanyak dalam memulihkan kesihatan ekonomi sesebuah negara serta keakraban antara satu negara dengan negara yang lain.

 

Baca Lagi : Fakta Mengenai Askar Gurkha Yang Anda Tak Tahu.

Add Comment