10 Tips Untuk Mereka Yang Nak Cuba Aktiviti Water Rafting

 

water-rafting-gopeng-2

 

Aktiviti mencabar ini dah lama popolar di seluruh dunia namun di Malaysia ia baru saja boleh diterima oleh kebanyakan orang. Jika 10 tahun dulu kita sebut nak cuba aktiviti water rafting mahu kita boleh dikategorikan sebagai orang kurang akal kerana pada waktu itu aktiviti lasak sebegini ini kerap kali dimomokan oleh kita yang kononnya sangat bahaya dan hanya orang gila saja yang main. Namun sebaliknya tidak. Aktiviti ini bukan seperti yang dimomokan. Ia salah satu permainan  alam yang selamat untuk di cuba oleh semua golongan dewasa.

Untuk tips kali ini kami kongsikan tips penting bagaimana anda boleh mencuba aktiviti ini dengan selamat.

#1- Sentiasa Pakai Jacket Keselamatan

Untuk aktiviti water rafting. Ini adalah alat keselamatan paling diutamakan. Sehebat mana pun anda boleh berenang jangan sesekali confident lebih untuk
tanggalkan jacket keselematan ini. Bermain dengan alam kita never expecting apa yang berlaku. Jadi cara terbaik adalah pakai sentiasa baju keselamatan.

Baca Lagi : China Cipta Rekod Bina Jambatan Gantung Kaca Terpanjang Di Dunia

#2- Pakai Baju Yang Sesuai

Kalau pergi rumah majlis kahwin saudara pun kita cuba kenakan pada baju yang sesuai maka sama juga waktu mahu sertai aktiviti seperti water rafting. Baju yang ringan, cepat kering, tidak cepat serap air dan tidak terlalu longgar amat membantu pergerakan anda sepanjang aktiviti ini.

#3- Pakai Helmet Keselamatan

Mungkin yakin dengan kepala anda yang keras. Tapi Batu 10x lebih yakin bahawa ia lebih keras dari kepala anda. Usah cari pasal. Pakai helmet. Helmet pecah boleh beli dekat kedai. Kepala pecah mana mahu cari ganti. hehe

#4-Tahu Teknik Pegang Paddle

Mengikut kajian 90% orang pertama kali bermain water rafting tidak tahu cara pegang paddle dengan betul. Ini menyebabkan diri sendiri tercedera selain rakan-
rakan dalam boat anda juga boleh tercedera. Jadi sebelum bermula anda perlu tahu cara pegang paddle dengan betul.

#5- Selesa Dengan Kedudukan

Kalau kedudukan anda dalam boat rasa cam nak terbalik, nak tergolek, nak tersungkur, nak terjatuh maka kedudukan itu belum selesa buat anda. Cari posisi
yang selesa. Jika anda kidal maka minta rakan se-boat untuk tukar kedudukan dengan kawan anda. Pastikan kedudukan mesti selesa.

#6-Sentiasa Duduk Dalam Boat

Kalau kawan anda tercampak keluar. Anda perlu stay terus dalam boat. Jangan acah-acah nak jadi hero ketika detik-detik cemas ini berlaku. Duduk dan cuba bantu melalui atas boat saja. Usah terpengaruh sangat dengan drama Melayu, sinatron mahupun drama tamil yang mana menggunakan prinsip hidup “You Jump.. I Jump.”

#7-Tahu Teknik Apungan Yang Betul

Teknik apungan di arus deras sungai tidak sama seperti teknik apungan di air tenang seperti kolam. Teknik ini memerlukan anda bergerak mengikut arus sambil terus apungkan diri. Kaki pula bukan di bawah tapi di depan anda. Dengar macam pelik tapi inilah teknik apungan yang betul di arus deras.

#8- Berikan Perhatian Arahan Dari ketua boat

Ketua boat selalunya pengemudi kapal. Kedudukan mereka anda di belakang sekali. Mereka akan berika arahan-arahan tertentu untuk terus mengekalkan kedudkan boat dalam apa jua situasi agar boat terus boleh bergerak dan tidak terbaik. Selain tenaga telinga anda juga kena peka mendegar setiap arahan yang dilontarkan.

Baca Lagi : 7 Filem Travel Yang Amat Menginspirasikan

#9- Dengar & Fahamkan sewaktu sesi bimbingan keselamatan

Semua peringatan, teknik aktiviti diatas sebenarnya akan diterangkan dulu dalam sesi ringkas selama 30 minit. Anda diberi peluang bertanya sekiranya ada
bahagian-bahagian yang tidak anda fahami. Ini penting agar mengurangkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku. Jangan tunjuk hero.

#10- Jangan Panic

Dah tahu semua benda sepatutnya anda dah boleh relax dan enjoy the moment. Jangan panic, jangan jadi hero, jangan buat hal-hal tak masuk akal. Ini first time. Dah third time nanti  atau dah faham flow itu ok. Kalau nak buat hal pelik2 pun tak apa.. hehe

 

17 December 2016 ini kami nak pergi main Water Rafting Di Gopeng. Syok woo.. Korang nak join tak? Jomlah Join.. Kalau nak tahu detail boleh klik link butang di bawah.

 

Jom Sertai Kami Main Water Rafting. KLIK SINI

 

 

Adakah Tips ini berguna? Kongsikan kepada rakan-rakan anda. Biar semua tahu bagaimana menjaga keselematan sewaktu menjalankan aktiviti ini.

Add Comment