Pantai Paling Berisiko Dan Bahaya Di Dunia

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Mempunyai pantai yang cantik, air kebiruan jernih dan pasir halus yang putih tetapi dikategorikan sebagai antara pantai paling bahaya di dunia. Pantai Maho (Maho Beach) di Caribbean, terletak di Sint Maarten iaitu sebahagian daripada negara Belanda. Bersebelahan dengan pantai ini adalah lapangan terbang Pricess Juliana. Ia adalah lapangan terbang yang unik kerana panjang landasan yang pendek hanya 2180 meter atau 7150 kaki.

pantai paling bahaya di dunia-2

Air Panta Maho Yang Jernih

Oleh itu setiap pesawat yang hendak mendarat haruslah turun serendah paling minimum di atas pantai Maho ini. Ini kerana sekiranya juru terbang tidak berbuat demikian maka pesawat tidak mempunyai jarak yang mencukupi untuk menghentikan pesawat itu dengan selamat.

Pantai Maho betul-betul terletak di seberang jalan dari awal landasan lapangan terbang. Populariti pantai ini melonjak bukan kerana kencantikannya saja tetapi  faktor lainnya adalah pengalaman merasai sendiri serta bergambar bersama kapal terbang yang nampak seakan-akan diatas kepala. Dekatnya kapal terbang tersebut seolah-olah pengunjung akan terasa seperti boleh mencapai roda pesawat dengan hanya melonjak ke atas.

Apa yang dimaksudkan bahaya adalah bagi mereka yang berdiri di pantai untuk melihat pesawat terbang di atas mereka. Mereka berisiko tinggi ditiup angin kuat terus ke dalam laut atau cedera disebakan sebarang benda yang berkemungkinan terpelanting kea rah mereka.

pantai paling bahaya di dunia-3

Situasi sewaktu kapal terbang melalui atas kepala

pantai paling bahaya di dunia-5

 

Walaupun papan tanda amaran telah ada tapi pengunjung tetap mengambil risiko

pantai paling bahaya di dunia-6

 

Pemandangan dari bawah kapal terbang dari pantai Maho

pantai paling bahaya di dunia-1

Risiko benda asing yang hinggap ke kepala yang sangat tinggi

Lihat kumpulan video pengunjung yang berjaya dikumpulkan

:

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Jomlah Baca Lagi : 7 Gunung Tertinggi Dari 7 Benua Di Dunia

 

 

 

Sumber foto : JanOliver1Matt HaddawayRudy ChiarelloJohn FeisterJim

Add Comment