10 Gua Yang Popular Yang Boleh Anda Terokai- Bahagian II

Ini Sambungan Dari Artikel Sebelum ini berkenaan 10 Gua Popular Yang Boleh Anda Terokai. Baca semula bahagian pertama.

Baca Bahagian Pertama : 10 Gua Yang Popular Di Malaysia Boleh Anda Terokai

#6-GUA KELAM, PERLIS

Gua Kelam merupakan gua salah satu gua paling menarik di Malaysia. Terletak di Kangar Perlis dan mempunyai keluasan 370 meter panjang yang terletak dengan pekan kecil kaki bukit. Gua kelam mendapat namanya daripada kedudukannya di kaki bukit dan sentiasa diselubungi suasana kelam di sekeliling gua. Untuk merentasi gua ini, disediakan tangga tali gantung bagi kemudahan pengunjung. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti meneroka gua , mungkin Gua Kelam boleh dijadikan sebagai permulaan.

senarai gua dalam malaysia- gua kelam

#7-GUA NIAH, SARAWAK

Gua Niah juga merupakan gua terbesar di Malaysia yang terletak di Miri Sarawak. Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir miocene sebelum pergerakan bumi mengangkatnya dan terhakis membentuk sebuah gua. Fofil manusia yang berusia 40,000 tahun telah dijumpai di dalam gua ini menjadikan Gua Niah sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Gua Niah terdapat lima bukaan lain dan dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

senarai gua dalam malaysia- gua niah

#8-GUA TEMPURUNG, PERAK

Gua tempurung adalah gua batu kapur semulajadi terbesar di semenanjung Malaysia yang terletak di Gopeng Perak. Terdiri daripada lima bentuk kubah besar seperti kepala tempurung kelapa membolehkan gua ini mendapat namanya. Setiap satu kubah mempunyai pelbagai stalagmit dan stalagtit yang berbeza, malahan setiap kubah mengandungi paras air, suhu, kandungan batu kapur dan marmar yang juga berbeza-beza. Gua ini sudah terkenal dikalangan penduduk tempatan dan luar Negara dan sentiasa didatangi pengunjung.

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar!

senarai gua dalam malaysia- gua tempurung

#9-GUA KOTA GELANGGI, PAHANG

Gua ini terletak kira-kira 25km dari Bandar jerantut, Pahang. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi  sering dikaitkan dengan Orang Bunian dan Sang Kelembai kerana di dalam gua ini terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding ular, singa dan sebagainya. Mengikut kajian muzium Negara 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.

senarai gua dalam malaysia- gua gelangi

#10-GUA CERITA, KEDAH

Gua Cerita terletak di Langkawi Kedah. Gua Cerita mendapat namanya kerana kepelbagaian cerita yang terdapat di dalam gua ini. Menarik tentang Gua Cerita adalah anda perlu menyeberang dan menyusuri keindahan laut untuk sampai ke gua ini melalui satu jambatan panjangnya beratus meter yang dibina khas dan ianya memenatkan tetapi sangat berbaloi.  Di dalam gua ini terdapat tinggalan tulisan Arab dan ayat Al-Quran di ukir di dinding-dinding gua yang berusia ribuan tahun dahulu.

senarai gua dalam malaysia- gua cerita

Malaysia terkenal dengan kepelbagai tarikan alam semulajadi terbesar Asia. Selain hutan tropika yang memukau. Keindahan gunung ganang dan gua batu kapur yang unik juga mampu menarik pelbagai pelancong dari serata Negara untuk datang meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini. Malahan tempat-tempat ini lebih terkenal dikalangan pelancong di seluruh dunia berbanding penduduk tempatan. Maka, dengan sedikit penerangan tentang keunikan gua-gua yang terdapat di Malaysia ini akan membuka minda anda untuk turut sama meneroka pengalaman baru yang tidak tenilai.

 

Jomlah Follow Kami Di Instagram

Baca Semula Bahagian Pertama : 10 Gua Yang Popular Di Malaysia Boleh Anda Terokai

 

Sertai White Water Rafting Challenge Sungai Kampar!

 

 

Sumber Foto : wan salmi whBen Beiskeanthony san pedro

Add Comment