5 Perbezaan Antara Kutub Utara dan Kutub Selatan

beza kutub utara kutub selatan-04

Ada yang keliru dengan Kutub Utara dan Kutub Selatan? Kedua-duanya kelihatan seperti sama kan, tapi hakikatnya ada perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Jom kita lihat perbezaan ringkas antara kedua-dua kutub ini.

#1- NAMA KUTUB

beza kutub utara kutub selatan-07

Sumber gambar/kredit : Prans Lanting via NatGeoTravel Instagram

 

Kutub Utara di panggil kawasan Artik, ia merupakan kawasan paling utara di bumi manakala Kutub Selatan merupakan tempat yang paling selatan di muka bumi, ia di panggil Antartika.

Jadi, secara ringkasnya Artik ialah Kutub Utara manakala Artartika ialah Kutub Selatan.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan.

#2- CUACA

beza kutub utara kutub selatan-07

Sumber gambar/kredit : Patrick Woodhead

Kutub Selatan lebih sejuk daripada Kutub Utara. Kutub Selatan merupakan tempat paling sejuk di dunia. Secara purata, suhu di Kutub Selatan adalah sekitar -49 Darjah Celcius manakala di Kutub Utara sekitar -34 Darjah Celcius. Suhu paling rendah di dunia yang pernah dicatatkan ialah -89.6 darjah Celcius di Vostok Base, Kutub Selatan.

#3- PENEMPATAN

beza kutub utara kutub selatan-08

Suasana di Tromso Norway, bahagian Kutub Utara. Sumber gambar : Fjord Travel Norway

Di Kutub Utara terdapat penempatan manusia manakala di Kutub Selatan tiada penempatan manusia. Diianggarkan terdapat 4 juta penduduk yang tinggal di Kutub Utara,iaitu di sekitar Barrow(Alaska), Tromso(Norway), Murmansk(Rusia) dan Salerkhard (Rusia) manakala Kutub Selatan hanya ada tempat yang disediakan untuk para penyelidik sahaja dan tiada penempatan tetap.

#4- BENTUK MUKABUMI

beza kutub utara kutub selatan-02

Di Kutub Utara hanya ais sahaja yang ada kerana ia merupakan kawasan lautan yang membeku manakala di Kutub Selatan terdapat gunung-ganang, sungai dan lembah. Bahasa mudahnya, Kutub Utara lautan membeku manakala Kutub Selatan daratan yang membeku.

#5- HABITAT HAIWAN BERBEZA

beza kutub utara kutub selatan-01

Beruang kutub hanya boleh didapati di Kutub Utara. Sumber gambar : Google

Di Kutub Utara ada beruang kutub dan di Kutub Selatan pula ada si comel peguin. Mungkin ada yang keliru dan menganggap kedua-dua haiwan ini berada pada kutub yang sama, namun hakikat sebenarnya adalah tidak. Mereka ada wilayah tersendiri dan tidak pernah tinggal di kutub yang sama. Satu dapat dijumpai di Kutub Utara dan satu lagi hanya dapat ditemui di Kutub Selatan.

beza kutub utara kutub selatan-03

Peguin pula tinggal di Kutub Selatan. Sumber gambar : Google

Ini adalah 5 perbezaan antara Kutub Utara dan Kutub Selatan yang unik dan tersendiri kerana berbeza dengan tempat lain yang terdapat di muka bumi.

Baca lagi : Kenali Penempatan Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

Olahan dari sumber asal : Iluminasi

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!