Virus Ini Semakin Berleluasa! Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Virus Kencing Tikus.

 

Jangkitan Virus Kencing Tikus Di Malaysia

Credit Image : Menara.my

 

Penyakit kencing tikus atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai Leptospirosis merupakan satu penyakit berbahaya yang sekiranya tidak di rawat segera boleh membawa kepada kematian. Pernah menjadi isu suatu ketika dahulu, tempat-tempat reakreasi seperti hutan lipur atau kawasan air terjun ditutup sementara oleh sebab ada beberapa kes kencing tikus sedang berleluasa. Artikel kali ini kami akan menekankan tentang punca dan pencegahan penyakit kencing tikus, diharapkan kita semua mengambil tindakan untuk mencegahnya dan sekaligus terhindar dari penyakit berbahaya ini.

Baca lagi : Tips Elak Anak Terkena Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

#1- PUNCA

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis ini berpunca daripada bakteria bernama Leptospira yang berasal daripada haiwan iaitu tikus. Namun ada juga haiwan lain yang menjadi perumah sama ada haiwan terbiar atau haiwan yang dibela. Secara umumnya bakteria Leptospira ini boleh menjangkiti anjing dan tikus dan juga haiwan-haiwan lain yang berkaitan.

#2- TANDA-TANDA

Antara tanda-tanda awalnya ialah demam, batuk tidak berkahak, menggigil, sakit anggota badan dan sakit kepala. Selain itu beri perhatian juga sekiranya gejala-gejala tadi di teruskan dengan rasa loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tekak, sakit perut dan radang mata. Pesakit juga mungkin akan mengalami sakit otot, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu dan pembesaran limpa atau hati.

#3- RAWATAN

pencegahan ieptospirosis-02

Kredit Imej : Dr. Ahmad Hanis Ahmad Shushami

Ubat-ubatan seperti antibiotik Doxycycline, Chepalosporim, Penicillins, Chloramphenicol dan Erythromycin akan diberikan untuk proses rawatan. Penjagaan sokongan dan lebih teliti akan diberikan untuk kes-kes yang lebih bermasalah. Rujuk doktor untuk info lebih lanjut.

#4- FAKTOR RISIKO

Antara faktor risiko nya ialah melakukan aktiviti reakreasi di dalam air seperti sungai, kawasan air terjun hutan lipur atau aktiviti berkayak dalam air yang telah dicemari oleh bakteria Leptospira ini.

Selain itu, air banjir juga membuka kepada risiko air yang tercemar dengan bakteria Leptospira ini. Tempat yang luka pada anggota badan meninggikan lagi risiko terkena jangkita bakteria ini. Oleh itu,pastikan semasa banjir anak-anak tidak bermain air banjir.

Kawasan-kawasan longkang dan berdekatan dengan rumah atau kedai makanan juga perlu diperlu diberi perhatian serius untuk mengelakkan penyakit ini tersebar melalui pemakanan dan alatan.

#5- PENCEGAHAN

DInasihatkan agar anda sentiasa berhati-hati sekiranya berhajat untuk beriadah di kawasan sungai atau air terjun hutan lipur. Sebaiknya semak dahulu situasi dan keadaan air melalui maklumat yang di dapati melalui internet atau orang-orang sekitarnya. Hal ini dapat membantu anda mengelakkan diri untuk mandi manda sekiranya ada sejarah penyakit kencing tikus pernah tersebar sekitar kawasan berkenaan.

Apabila banjir melanda elakkan daripada bermain secara bebas dan pantau anak-anak agar tidak bersuka ria bermandi manda dengan air banjir.

Jaga kebersihan longkang sekitar taman perumahan, sekitar rumah dan juga premis agar tiada haiwan seperti tikus dapat memasuki restoran dan juga rumah. Kebersihan sekeliling juga perlu dijaga sebaiknya, tempat pembuangan sampah perlu ditutup rapat, bersihkan kawasan air yang bertakung, pastikan tiada tikus di kawasan rumah korang dan membuat semburan disinfeksi ( boleh rujuk artikel daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia  ini untuk pengetahuan lebih lanjut tentang apa itu semburan disinfeksi)  di kawasan tempat yang telah tercemar.

Sebelum makan juga anda perlu pastikan tangan dicuci bersih dengan sabun. Hal ini sangat penting kerana banyak penyakit muncul melalui tangan yang kotor. Simpan makanan dalam tempat dan bekas tertutup bagi mengelakkan ia dicemari.

Selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun, bersawah, beriadah di luar, pastikan korang balik mandi dan bersihkan diri terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti lain seperti makan, contohnya.

Baca lagi : Tips Elak Anak Di Jangkiti Penyakit Tangan Mulut

Semoga artikel ini memberi manfaat dan pengetahuan kepada anda tentang bahayanya penyakit Leptospirosis ini dan bersama-samalah kita mencegahnya. jangan ambil mudah dan semoga kita semua terhindar daripada penyakit yang berbahaya ini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE SEKARANG. Mahu dapatkan pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar sekarang secara PERCUMA dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL dan sahkan. Apa tunggu lagi.

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!