Kenali Apa Itu Pasport Berkumpulan. Boleh Guna Untuk Memasuki Semua Negara ASEAN Kecuali Dua Negara Ini

passport berkumpulan

Credit Image : ima95.blogspot.com

Selain menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa yang berwarna merah tu untuk ke negara-negara ASEAN kita juga sebenarnya mempunyai pilihan untuk menggunakan pasport berkumpulan sekiranya ingin ke negara ASEAN secara beramai-ramai kecuali Indonesia dan Filipina. Memang sesuai sangat untuk mereka yang bercadang bercuti beramai-ramai tapi ada dalam kalangan anda yang tiada Passport Malaysia Antarabangsa. Boleh kongsi ramai-ramai buat pasport berkumpulan ni. Sebelum tu jom kita berkenalan sikit tentang pasport berkumpulan ni.

Baca lagi : Harga Terkini Pasport Malaysia 2018 dan Cara Permohonan Kali Pertama

Sebenarnya pasport berkumpulan bukanlah pasport tapi nama sebenarnya ialah Dokumen Perjalanan Kumpulan. Menurut Jabatan Imigresen Malaysia Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport ini merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan ke negara-negara ASEAN sahaja, kecuali Filipina dan Indonesia.

Maksudnya ia boleh digunakan sebagai pengganti pasport untuk memasuki ke semua negara ASEAN kecuali negara Indonesia dan Filipina. Minimum 5 orang dan maksimum 20 orang diperlukan dalam satu kumpulan untuk membuat Dokumen Perjalanan Berkumpulan ini.

Dari segi sahlaku, dokumen ini sah digunakan dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh yang dikeluarkan dan untuk kegunaan sekali perjalanan sahaja. Maksudnya sekali guna, lepas tu dah tak boleh guna lagi.

Bayarannya ialah RM 200 untuk satu dokumen. Contohnya kalau ada 5 orang , maksudnya RM 40 seorang. Kalau 20 orang, seorang hanya bayar RM 10 sahaja. Lagi satu kalau nak mohon, kena mohon awal. Sebab tempoh untuk dokumen ini siap ialah 5 hari daripada tarikh memohon. Tak dapat on the spot. Jadi pastikan mohon awal-awal tau. Jangan 2 hari nak pergi baru nak mohon, boleh nangis nanti tak dapat.

Ok lagi satu, Dokumen Perjalanan Kumpulan ni kena ada seorang ketua. Ketua ni sangat penting. Dia wajib sertai trip, sebab kalau ketua tidak dapat join trip, ahli lain di bawahnya tidak akan dapat memasuki dalam sesebuah negara berkenaan. Jadi kalau nak pilih ketua pastikan yang betul-betul akan join trip untuk mengelakkan trip terkandas.

Warna Dokumen Perjalanan Kumpulan ni warna hijau gelap. Bentuk bukunya macam pasport. Boleh rujuk gambar di atas.

Untuk mengetahui syarat-syarat am, syarat permohonan dan senarai pejabat imigresen yang mengeluarkan Dokumen Perjalanan Kumpulan sila klik di sini, Jabatan Imigresen Malaysia.

Baca lagi : Beza Buku Biru Dengan Buku Merah

Semoga artikel ini membantu anda yang merancang untuk melakukan Dokumen Perjalanan Berkumpulan ini ya. Selamat bercuti.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!