Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini di Pulau Pinang, Bakal Di Buka Pada Disember 2018

Salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan khususnya pada waktu cuti sekolah ialah meluangkan masa bermain air dan permainan menarik di taman tema air. Berita baik untuk peminat aktiviti taman tema air, anda kini ada satu lagi pilihan menarik.

luncur air terpanjang di dunia-01

Sumber gambar : Youtube

Sebuah taman tema iaitu Taman Tema Escape Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang telah membina sebuah luncur air melalui pembinaan fasa kedua taman tema air berkenaan. Bukan luncur air biasa-biasa tau, tapi menurut Channel News Asia ianya bakal menjadi luncur air terpanjang di dunia.

Baca lagi : 9 Taman Tema Menarik di Malaysia.

Dilaporkan luncur air berkenaan dibina sepanjang 1 kilometer. Wow panjang tu. Selain itu juga, luncur air ini dikhabarkan dibina dengan ketinggian yang sangat-sangat tinggi.

Pengunjung yang ingin menaiki luncur ini perlu diangkat terlebih dahulu pada ketinggian 420 meter ke puncak bukit, iaitu tempat untuk memulakan aktiviti meluncur ni. Sesiapa yang ada fobia dengan ketinggian atau mudah gayat tu mungkin perlu fikir berpuluh-puluh kali untuk cuba. Tapi kalau berani nak cabar diri, boleh saja kan.

luncur air terpanjang di dunia-02

Sumber gambar : TripAdvisor

Selain luncur air tersebut, taman tema ini juga menyediakan banyak lagi pilihan mainan yang best-best. Tempat mainan ini terletak di atas bukit, dan semua mainan kat sini dikenali sebagai Gravityplay.

Luncur air terpanjang di dunia ini dijangka siap pada bulan Disember 2018 ni. Dah tak lama dah kan. Hujung tahun ni kiranya.

Baca lagi : Ini 7 Idea Lokasi Mengikut Kategori Poket Anda.

Jadi kepada ibu bapa yang sedang mencari tempat menarik sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti, boleh lah cuba datang ke sini dan anak-anak pasti gembira menikmati permainan yang menarik sepanjang di sini. Jom layan video di bawah dulu. Video ni adalah video yang masih dalam tempoh binaan, setahun yang lepas. Kredit video, Neerush Rasdi melalui Youtube.

Olahan daripada sumber asal/rujukan : Lobak Merah, Hijab & Heels

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!