Ketahui 5 Pantai ‘Rare’, Pasirnya Berwarna Merah Jambu. Wow, Cantiknya!

5 pasir pantai merah jambu-00

Sumber gambar : pedomanwisata.com

Pernah terfikirkan pasir pantai yang berwarna merah jambu? Sudah pasti ini bukan cerita tentang alam fantasi anak patung Barbie yang dunianya serba pink, tapi cerita tentang dunia realiti, kejadian semulajadi alam. Selalunya pasir pantai berwarna putih halus, atau berwarna coklat lembut kan, tapi tahukah anda, terdapat pantai yang pasirnya berwarna merah jambu?

Pantai ini dikenali sebagai pink beach dan dalam dunia ni hanya terdapat beberapa sahaja pantai yang mempunyai keunikan seperti ini. Pasir pantainya berwarna merah jambu yang apabila dikombinasi dengan biru air laut, pemandangannya amat cantik sekali. Merupakan salah satu kejadian alam ciptaan ALLAH yang sangat-sangat mengagumkan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sebab terjadinya pasir pantai merah jambu ini adalah hasil daripada terumbu karang yang diberi nama homotrema rubrum yang cangkerangnya berwarna pink. Apabila terumbu karang berkenaan mati, mereka akan bertebaran di pinggir pantai dan mula menyatu bersama spesies lain seperti plakton dan menyebabkan pasir di persisir berkenaan menjadi warna merah jambu. Apa-apa pun teorinya yang pastinya pantai pasir merah jambu ini memang unik sekali.

Mari kita saksikan senarai 5 pantai yang mempunyai pasir berwarna merah jambu ini.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

#1- HORSESHOE BAY BEACH

5 pasir pantai merah jambu-01

Sumber gambar : www.bookmoda.com

Pantai ini merupakan antara pantai yang paling terkenal di Bermuda. Lokasinya terletak di bahagian barat pulau, atau lebih tepat lagi di Souththampton.  Antara pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong walaupun kosnya agak mahal. Keunikannya ialah air lautnya jernih seperti kristal, pasir pantainya berwarna pink dan ombaknya dikategorikan sebagai ombak yang tenang.

Terletak di selatan Shoe Park, pantai bentuknya yang melengkung seperti horseshoe (tapak kuda). Mungkin dari situ Pantai Hersheshoe ini mendapat namanya. Menarik juga kan.

#2- ELAFONISSI BEACH, CRETE

5 pasir pantai merah jambu-02

Pantai yang mempunyai pasir berwarna merah jambu yang kedua ialah Pantai Elafonissi terletak di Pulau Elafonissi, Crete, Greece. Lokasinya terletak kira-kira 70 kilometer daripada bandar Chania. Pasir merah jambunya yang memukau menjadi antara daya tarikan utama pelancong di pantai ini. Pantainya memang sesuai untuk percutian famili. Memang sangat cantik dan menenangkan. Diktiraf oleh TripAdvisor sebagai antara 10 pantai terbaik di dunia. Kalau dapat lepak kat pantainya best jugak ni..

#3- GREAT SANTA CRUZ ISLAND

5 pasir pantai merah jambu-03

Credit Image : Manila Buletin

Pantai yang ketiga dalam senarai pasir warna lembut ni ialah, Pulau Great Santa Cruz iaitu sebuah pulau terletak di Zamboaga, iaitu di bahagian selatan Filipina. Pulau ini merupakan pulau yang sangat cantik dengan airnya yang jernih membiru dan warna pasirnya yang unik. Pantai pulau ini hanya dibuka daripada pukul 7 pagi sehingga 2 petang sahaja dan hanya terhad kepada 400 pengunjung sehari yang dibenarkan masuk.

Tiada sebarang penginapan  dibenarkan disini. Tiada hotel tiada resort kerana memang konsepnya tidak membenarkan sesiapa untuk bermalam disini. Jadinya, pantai ini boleh dikatakan agak terjaga, tidak seperti pantai-pantai lain. Bagus juga syaratnya macam tu sebabnya tak adalah tercemar sangat kan. Kiranya dorang jaga betul-betul pantai ni.

Hmm menarik tu. Ok kita teruskan kisah pantai pink atau Pink Beach yang seterusnya. Pantai seterusnya ni dalam sebuah pulau yang ada “naga” dalamnya. Apa tu? Jom, kita tengok pulau apa ye.

#4- PULAU KOMODO

5 pasir pantai merah jambu-04

Sumber gambar : allindonesiatourism.com

 

Nama pulau yang seterusnya yang mempunyai pasir pantainya yang berwarna pink ialah Pulau Komodo. Dalam Pulau Komodo ni terdapat satu pantai yang pasirnya kelihatan berwarna merah jambu. Pantai ini terletak dalam kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Selain daripada pantainya yang unik dan indah, kehidupan di dalam laut pantai ini juga menyimpan keindahannya yang tersendiri.

Pelbagai jenis spesies ikan, terumbu karang dan hidupan lautnya yang pelbagai pasti menarik peminat scuba driving dan aktiviti snorkeling untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti sebegini di sini. Kat sini juga merupakan habitat biawak Komodo iaitu biawak terbesar di dunia. Dia punya besar sampai ada orang panggil biawak ni naga. Nak tahu tentang biawak komodo boleh klik link di bawah ni ye.

Baca lagi : Kenali Pulau Komodo, Habitat Biawak Gergasi

#5- TANGSI PINK BEACH OF LOMBOK

5 pasir pantai merah jambu-05

Sumber gambar : The Finder

Yang kelima, ialah Pantai Tangsi. Pantai Tangsi yang berpasir merah jambu ini terletak di Lombok Timur. Selain warna pasirnya yang unik, keindahan yang menarik di sekitarnya juga menjadi antara daya tarikan utama di sini. Pemandangan bukitnya dengan padang yang luas menghijau pasti menenangkan fikiran setiap yang berada di pantai ini. Cantik sungguh pemandangan pantai Lombok ni. Ada yang nak berbulan madu kat sini?

Ini adalah antara 5 pantai yang mempunyai pasir yang berwarna merah jambu. Pantai merah jambu ini adalah kategori rare sebab hanya ada beberapa sahaja pantai dalam dunia ni yang mempunyai warna unik macam ni. Menarik kan? Indah sungguh ciptaan Illahi. MasyaALLAH.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!