Pantai Murni Waterfront, Yan Kedah. Lokasi Menarik Untuk Riadah dan Percutian Santai

Pantai Murni Yan Kedah-01

Pantai Murni Waterfront selepas dinaiktaraf. Dirasmikan pada tahun 2017 iaitu pada tahun lepas. Sumber gambar : Pak Tarm via Twitter

Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai pada hujung minggu. Pantai ini baru dinaik taraf menjadi Pantai Murni Waterfront dengan pembinaan jambatan yang menarik di atas laut. Pantai ini terletak di daerah Yan, Kedah Darul Aman.

Lokasinya lebih kurang 500 meter dari Pekan Yan. Sangat sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk beriadah atau melakukan percutian singkat bersama keluarga. Kawasan disini tenang dan damai. Hembusan bayu laut yang nyaman dan dilengkapi dengan kemudahan insfrastruktur, pasti memberi kepuasan kepada pengunjung dan dapat membuatkan sesetengah pengunjung berhasrat untuk datang lagi selepas kunjungan yang pertama.

#1- KEMUDAHAN

Bersantai di sini sambil ditemani angin bayu petang memang mengasyikkan. Sumber gambar : Percutian Bajet

 

Baca lagi :Kenali Pulau Rawa

Terdapat pelbagai kemudahan di Pantai Murni. Antaranya ialah gerai makanan. Terdapat banyak gerai makanan dengan harga yang berpatutan disini. Makanan yang enak seperti rojak, laksa, air kepala dan sebagainya sesuai untuk di makan sambil-sambil bersantai melihat laut dan mengambil angin petang. Selain itu, terdapat juga medan selera yang menjual lebih banyak pilihan makanan seperti mee udang, ais kacang dan sebagainya.

Parking yang disediakan juga luas. Ini memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan tanpa perlu menunggu lama untuk mengambil giliran di kawasan parkir. Selain itu, kemudahan seperti surau, tandas, tempat permainan kanak-kanak juga disediakan.

#2- AKTIVITI

Pantai Murni Yan Kedah -02

Pemandangan waktu senja yang sangat cantik di sekitar Pantai Murni. Sumber gambar : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah

Dari segi aktiviti yang boleh dilakukan pula, banyak sebenarnya tapi lebih kepada aktiviti riadah santai. Anda boleh bersantai di sini sambil menjamu selera bersama keluarga di medan selera atau gerai berhampiran. Tapi kalau tak nak makan kat sini, anda boleh berjalan-jalan bersama keluarga sekitar pantai sambil menikmati keindahan laut dan pemandangan indah Gunung Jerai.

Di kala waktu hampir senja, anda boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam. Ramai sebenarnya pengunjung yang datang pada waktu petang untuk menyaksikan matahari terbenam di sini. Memang cantik pemandangan dan suasananya. Jangan lupa untuk merakamkan kenangan melihat matahari terbenam di pantai ini menerusi lensa telefon pintar atau kamera anda.

Selain itu, yang datang bersama keluarga dan ada anak-anak kecil bolehlah bawa mereka bermain di taman permainan yang disediakan. Ada juga permainan lain yang dijual seperti layang-layang, belon dan pelbagai lagi yang sesuai di main sekitar pantai.

#3- PENGINAPAN

Bagi yang datang dari jauh jangan risau kerana terdapat beberapa penginapan yang berdekatan dengan Pantai Murni. Antaranya ialah resort dan chalet yang terletak di kawasan peranginan TIti Hayun yang tidak begitu jauh dari sini. Pengunjung boleh memilih berdasarkan pakej yang ditawarkan. Selain itu, terdapat juga homestay di sekitar kampung yang berhampiran dengan Pantai Murni dengan harga yang berpatutan.

Ok sebelum tu jom kita layan dulu video Pantai Murni Waterfront kat bawah. Kredit kepada Dji Phantom3 Standard/TaqiSkyView.

Best ke best sangat? Jadi, untuk anda yang berdekatan yang sedang mencari lokasi untuk bersantai dengan keluarga pada hari minggu terutamanya, pantai ini merupakan antara lokasi yang sesuai. Yang datang dari jauh pula, terdapat beberapa homestay, chalet dan resort yang berdekatan yang boleh dijadikan penginapan. Apa-apa pun, sesekali ambillah masa untuk bercuti dengan ahli keluarga, tidak kira sama ada lokasi berkenaan jauh atau dekat, yang penting dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Baca lagi :  Pulau Mataking, Pulau Menarik Di Sabah

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!