Ketahui Panduan Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara

Melancong merupakan satu aktiviti yang boleh memberikan keseronokan kepada penggemarnya. Ada yang suka melancong dalam negara, ada yang suka melancong ke luar negara, ada yang suka kedua-duanya. Walau di mana pun kita melancong, perancangan rapi perlu ada untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. Untuk artikel kali ni, kita akan menumpukan terhadap panduan sebelum melancong ke luar negara. Banyak perkara penting ditekankan dalam artikel kali ni dan berharap korang akan baca tanpa skip sebab semua point adalah penting. Jom kita baca satu persatu.

#1- TENTUKAN TEMPAT PERCUTIAN

panduan melancong keluar negara-02

Pertama sekali, korang kena tentukan tempat mana korang nak pergi dan baca sedikit info tentang negara berkenaan. Kepentingan nya ialah, korang lebih bersedia dengan sedikit sebanyak info tentang negara berkenaan. Sekurang-kurangnya korang tak terkejut bila tiba di sana korang terlihat sesuatu di luar jangkaan korang.

Tentang cuacanya, budayanya, orangnya dan juga tempat-tempat menarik di sekitarnya. Kalau korang pergi bercuti dengan agensi pelancongan mungkin tak perlu risau sangat bab tempat menarik ni, dorang memang dah plan awal-awal untuk korang, tapi bagi yang pergi sendiri atau backpacker ke, korang kena lebih bersedia dengan info-info tempat yang menarik ni.

#2- SEMAK PASPORT

Panduan Penting sebelum melancong Ke Luar Negara

Sumber Gambar : The Star Online

Mungkin tak perlu hafal tarikh tamat tempoh pasport, cuma korang kena rajin semak sama ada pasport masih sah atau tak awal-awal. Tapi kalau nak hafal atau ingat pun tak salah sebenarnya, lagi bagus. Lagi satu, pasport tu pastikan korang simpan kat tempat yang selamat dan yang senang korang cari ye. Senang nanti nak capai.

Cuba bayangkan kalau terlupa simpan kat mana, boleh kelam kabut kan. Pasport sah dalam tempoh 6 bulan selepas memasuki negara asing. Jika tarikh tamat tempoh pasport sudah hampir, iaitu dalam tempoh enam bulan atau ke bawah, korang kena perbaharui semula. Tentang isu pasport ni korang boleh semak dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

#3- VISA

Memohon visa merupakan satu proses yang agak mahal dan memakan masa. Oleh itu dinasihatkan korang yang ingin melawat mana-mana negara yang memerlukan visa agar memohon secepat yang mungkin. Berita baik untuk rakyat Malaysia, pasport Malaysia menduduki tangga ke-4 terbaik Asia dan ke -12 pasport terbaik di dunia. Rakyat Malaysia bebas untuk mengunungi 166 negara tanpa visa ( thestar.online.com, 10 Januari 2018).

Namun, untuk pergi ke negara yang memerlukan visa seeloknya memohon dalam kadar yang segera agar semua proses berlancar lancar. Ada negara yang menawarkan multiyear visa iaitu visa yang membolehkan korang keluar masuk negara dorang secara berulang-ulang. Contohnya seperti China.

Hal ini pasti lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga. Untuk hal berkenaan visa korang boleh rujuk di Jabatan Imigresen Malaysia seperti link di atas. Boleh kemukakan pertanyaan tentang keperluan permohonan visa pelancong dan tempoh masa yang dibenarkan untuk negara yang bakal korang kunjungi.

#3- SEDIAKAN WANG SECUKUPNYA

panduan melancong keluar negara-03

Sumber Gambar : Majalah Labur

Sediakan wang secukupnya, seeloknya tukar sebelum sampai ke negara yang bakal korang kunjungi kerana kita tidak tahu bagaimana situasi pertukaran disana. Untuk mengelakkan risiko ditipu atau sebagainya, tukar siap-siap matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas.

Elakkan juga menukar wang di bank dan lapangan terbang kerana berkemungkinan jumlah yang korang dapat akan dapat adalah lebih rendah. Jadi, tukar dulu sebelum berlepas ye, itu lebih baik.

#4- DATANG AWAL KE LAPANGAN TERBANG

Datang awal ke lapangan terbang selewat-lewatnya satu jam sebelum berlepas. Lagi awal lagi bagus. Bila datang awal dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku. Rancang pengangkutan ke lapangan terbang sebaiknya agar perjalanan ke lapangan terbang menjadi lancar.

#5- PAKAIAN

Pakaian pun sangat penting tau. Cuba bayangkan pergi negara bersalji tapi bawak baju nipis-nipis. Boleh hilang mood sebab tenggelem dalam kesejukan yang melampau. Jadi penting bagi korang kena peka dengan musim atau cuaca semasa untuk negara yang korang nak lawat. Buat sedikit study tentang negara berkenaan.

Contohnya, kalau korang bercadang untuk melawat negara yang sedang mengalami musim sejuk atau bersalji , dinasihatkan agar korang menyediakan sepasang baju thermal, sehelai muffler, baju sejuk, winter coat dan juga stokin tebal. Untuk kasut pula, pakai jenis boot atau kasut yang mempunyai tapak berbunga untuk mengelakkan terjatuh ketika salji.

Oleh sebab tak semua orang tahan kesejukan, jadi lebih baik sediakan semuanya awal-awal. Sekurang-kurangnya tak perlu bersusah payah beli kat sana, harga pun boleh jadi mahal dan mood untuk menikmati percutian menjadi lebih baik. Pentingnya persediaan tentang pakaian.

#6- VAKSINASI

panduan melancong keluar negara-04

Sesetengah negara memerlukan korang untuk mendapatkan vaksin, bergantung kepada negara yang bakal korang lawati. Sebabnya ialah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya negara yang korang nak lawat ada penyakit tempatan yang tertentu. Jadi untuk mengelakkan korang dijangkiti antara ikhtiarnya ialah vaksin. Boleh semak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dapatkan maklumat cadangan vaksinasi dan perubatan.

#7- SALINAN DOKUMEN

Sediakan salinan dokumen perjalanan sekurang-kurangnya satu salinan berwarna ID pasport korang, salinan visa, tiket pengangkutan dan rekod tempahan hotel. semua ni perlu disimpan berasingan dengan dokumen asal. Dalam era digital sememangnya ramai yang gemar simpan perkara-perkara penting dalam smartphone, namun untuk lebih selamat sertakan sekali salinan dalam bentuk hard copy. Dapat membantu disaat-saat yang tidak terduga atau kecemasan.

#8- ADAPTOR DAN INTERNATIONAL PLUG

panduan melancong keluar negara-05

Tak semua negara sama plug seperti negara kita. Ada yang bentuknya lain-lain. jadi jangan lupa bawa adaptor dan plug antarabangsa untuk mengecas semua peralatan elektronik korang terutamanya smartphone. Bayangkan smartphone korang jenis cepat habis bateri, korang pulak memang menggunakan smartphone untuk bergambar, jadi adalah sangat menghampakan datang jauh-jauh tapi tak dapat rakam banyak-banyak gambar. Jadi, pastikan adaptor dan international plug dibawa sekali ye.

#9- INSURAN KESIHATAN DAN PERJALANAN

Jangan ambil mudah tentang insurans perjalananan dan kesihatan sebelum memulakan perjalanan korang keluar ke negara. Sebelum merancang untuk melancong ke luar negara apa kata korang semak dulu dengan agensi insurans sedia ada yang korang ambil, untuk melihat sama ada insurans yang korang ambik itu meliputi sehingga ke negara luar (meliputi antarabangsa). Satu lagi langkah bijak untuk melindungi perjalanan korang ialah dengan membeli insurans perjalanan.  Hal ini dapat membantu korang sekiranya perjalanan ditunda, dibatalkan atau apa saja kemungkinan yang berlaku. Namun polisi setiap insurans adalah berbeza jadi penting untuk korang semak dulu dengan polisi yang korang ambik,ok?

#10- NOMBOR TELEFON KEDUTAAN

Semak dan ambil nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang bakal kita kunjungi. Simpan di dalam satu nota kecil selain dalam smatrphone sendiri. Hal ini sebagai persediaan, sekiranya sesuatu perkara yang tidak terjangka berlaku dan kita memerlukan pertolongan dari kedutaan.

#11- BEKALAN MAKANAN

Ada sesetengah dari kita sukar menerima makanan luar. Atau berkemungkinan negara yang bakal dilawati sangat sukar mendapat makanan halal. Langkah selamat ialah bawa bekalan makanan yang tahan lama dari rumah seperti sambal ikan bilis kering, serunding, mee segera dan sebagainya. Hal ini dapat membantu mengalas perut di kala kelaparan atau di waktu sukar bertemu makanan yang halal dan boleh diterima tekak.

#12- SIMCARD

Ada dua cara untuk kita mendapatkan talian komunikasi atau internet di luar negara selain daripada mendapatkannya secara percuma di hotel penginapan iaitu melalui cara roaming data dan satu lagi beli simkad dari negara berkenaan. Dinasihatkan agar lebih baik korang beli saja simkad tempatan berbanding roaming data kerana kos roaming data adalah sangat mahal berbanding beli simkad. Boleh gunakan kemudahan whatssap untuk membuat panggilan secara percuma kerana itu lebih menjimatkan berbanding korang menggunakan kaedah panggilan biasa melalui telefon.

#13- KAD KREDIT DAN KAD DEBIT

Bawa kad kredit atau debit sebagai salah satu persediaan atau back up sekiranya cash tidak mencukupi untuk berbelanja. Jangan gunakan kredit atau debit sebagai perbelanjaan utama, tapi cuma jadikan ia sebagai alternatif untuk satu keadaan yang sangat memerlukan saja. Hal ini dapat mengelakkan korang terlebih belanja sekiranya korang ada hadkan bajet tertentu. Sekiranya tidak ada bajet tertentu, terpulang kepada kemampuan masing-masing. Namun jangan lupa call bank untuk aktifkan terlebih dahulu kad debit dan kredit anda sebelum bercuti.

Semoga panduan yang diberikan ini memberi manfaat kepada korang yang merancang untuk melancong ke luar negara. Semoga perjalanan korang lancar dan tidak berdepan dengan dengan sebarang perkara yang tidak diingini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!