Panduan Memperbaharui Passport Melalui Online. Lebih Mudah dan Pantas.

panduan memperbaharui pasport secara online-01

Credit Image : Road Trippers Asia

Tahukah anda sebenarnya kita boleh memperbaharui passport melalui atas talian? Lebih mudah, pantas dan sangat menjimatkan masa. Sebenarnya perkhidmatan ni dah disediakan sejak 1 September 2016 lagi tapi masih ramai yang belum tahu.

Namun sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa permohonan atas talian ini hanya tertakluk dengan tujuan memperbaharui sahaja, bukan memohon passport baru.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, selain permohonan secara walk in, orang ramai boleh memperbaharui melalui Permohonan Pembaharuan Passport (MyOnline Passport) di laman web imigresen. (MyMetro, 7November 2018)

Baca lagi : Beza Buku Biru Dan Buku Merah

Antara kelebihan permohonan atas talian ialah, kita boleh mendapatkan passport dalam tempoh kurang daripada 15 minit berbanding menunggu agak lama sekiranya memohon di kaunter.

Cara memohonnya ialah melalui portal imigresen. Muat naik gambar dan kemudian melakukan pembayaran sebanyak RM 200 untuk tempoh lima tahun. Selepas itu, pemohon boleh datang sendiri ke imigresen dan passport akan diserahkan dalam 10 sehingga 15 minit ( MyMetro, 7 November 2018). Klik di sini untuk berita asal, Lebih Cepat Perbaharui Passport Online.

CARA-CARA MEMPERBAHARUI PASSPORT SECARA ONLINE

Memperbaharui passport secara atas talian boleh dilakukan di MyOnline Pasport. Bayaran permohonan pembaharuan passport menerusi online pula boleh dilakukan menerusi kad kredit atau kad debit secara talian sebelum mengambil passport yang sudah siap secara fizikal di kaunter imigresen.

Permohonan secara online ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuklah menerusi telefon bimbit, laptop dan sebagainya. Asalkan ada kemudahan internet. Berikut ialah cara-cara memohon pembaharuan passport secara online menggunakan “MyOnline Pasport”

1. Layari MyOnline Passport.

2. Baca Terma dan syarat permohonan

3. Sila Klik SETUJU jika bersetuju dengan terma dan syarat

4. Isikan Jenis Permohonan : Pemohon lebih 18 tahun atau kurang 18 tahun

5. Isikan nombor passport, nombor kad pengenalan, jenis passport, kategori kad pengenalan dan tempat untuk mengambil passport nanti.

6. Pemohon mesti memuatnaik gambar/ foto bersaiz passport yang terbaru

WAKTU SERAHAN PASSPORT

Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PEMBAHARUAN PASSPORT

Untuk menyemak status permohonan anda, boleh klik di sini, Semakan Permohonan Pasport.

Cara permohonan, waktu serahan pasport dan semakan status permohonan adalah melalui rujukan dan olahan dari sumber asal, klik di sini untuk artikel asal Permohonan Pembaharuan Pasport Online.

panduan memperbaharui pasport secara online-02

Sumber gambar : Save.More.Tips.com

HARGA PASSPORT TERKINI

Ini pula adalah harga terkini pasport, rujukan dari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia- Passport Malaysia Antarabangsa.

1. Pemohon biasa (13 tahun sehingga 59 tahun) : RM200

2. Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 100

3. Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100

4. Pelajar mengikuti program ijazah luar negara ( 21 tahun dan ke bawah ) : RM100

5. Jemaah Haji (surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100

6. Orang Kelainan Upaya : Gratis(Percuma)

Baca lagi : Jenis-jenis Passport Yang Terdapat Di Malaysia.

Best kan. Lebih mudah dan cepat. Jadi manfaatkan kemudahan ini sebaiknya. Share artikel ini agar lebih ramai yang tahu dan memperoleh manfaatnya.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!