Kenali Negara Terkecil Di Dunia, Vatican City

vatican city-01

Vatican City merupakan sebuah negara merdeka dan berada di bawah pemerintahan Pope. Pope ni boleh dikatakan seperti raja dalam Vatican City ni dan cara untuk pemilihan Pope ini adalah sangat ketat.

Vatican City juga di kenali sebagai Holy See. Jadi jangan keliru kalau orang sebut Holy See, maksudnya merujuk kepada Vatican City juga. Negara ini merupakan negara yang terkecil di dunia. Saiznya hanyalah sekitar 440,000 meter persegi bersamaan 44 hektar saja. Kecil sangat. Walaupun bersaiz kecil negara ini mempunyai beberapa keunikan termasuk dari sudut ekonominya.

vatican city-02

Vatican City diperintah oleh Pope. /Sumber Gambar : Stars Stripes

Vatican City terletak di wilayah Rom, Itali dan mendapat kemerdekaan dari Itali selepas Perjanjian Lateran pada tahun 1929. Sebelum tahun 1929 Vatican City merupakan sebahagian daripada Itali. Sesuai dengan saiznya negara terkecil ini juga mempunyai kadar penduduk yang terendah di dunia. Penduduknya kira-kira dalam sekitar lingkungan 1000 orang saja.

Malaysia memulakan hubungan diplomatik dengan Vatican City sejak tahun 2011. Sebelum tahun 2011 Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara ini. Duta pertama Malaysia yang dilantik ke Vatican City ialah Tan Sri Bernard Dompok iaitu pada tahun 2016.

Baca lagi : Kenali Penempatan Paling Sejuk di Dunia, Oymyakon.

Sebagai sebuah negara berdaulat, Vatican City mempunyai passport sendiri, lagu kebangsaan dan bendera sendiri. Salah satu sumber ekonomi utama negara terkecil di dunia ini ialah sektor pelancongan. Kebanyakan pelancong asing datang ke sini untuk melihat keunikan dan keindahan seni bina empayar silam Rom.

vatican city

St Peter Basicila/Sumber gambar : zicasso

Vatican City juga merupakan pusat Gereja Katolik. Gereja terbesar di dunia ada di sini iaitu St. Peter Basilica. Memang ironi, gereja terbesar di dunia di sebuah negara terkecil di dunia namun ini adalah antara keunikan yang terdapat di Vatican City.

Di dalam St Peter Basilica juga pelancong dapat melihat lukisan-lukisan yang di lukis oleh pelukis terkenal pada zaman Renaissance iaitu Michelangelo.

vatican city-04

Swiss Guard/ Sumber Gambar : wikipedia

Satu lagi keunikan Vatican City ialah pengawal elit Pope yang di kenali sebagai Swiss Guard. Pakaian seragam mereka unik,berwarna terang dan berwana warni iaitu kuning, biru dan merah dan berbelang-belang. Sebenarnya konsep baju ini ialah baju zaman Renaissance.

vatican city-05

Pakaian Swiss Guard yang unik /Sumber gambar : truemanhood.com

Syarat untuk menjadi Swiss Guard ialah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 19-30 tahun, warganegara Swiss yang beragama Katolik dan berketinggian sekurang-kurangnya 174cm. ( rujukan Swiss Guard: Getty via Telegraph)

Baca lagi : Kenali Jurang Mariana, Titik Paling Dalam Di Muka Bumi.

Ini adalah serba sedikit mengenai negara terkecil di dunia. Mungkin Vatican City bukanlah negara idaman ramai untuk pergi melancong, tapi tak salah sekadar tambah pengetahuan am tentang di mana negara terkecil di dunia berada kan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!