7 Muzium Menarik Di Malaysia. Muzium Padi Dan Muzium Terowong Masa Pun Ada.

Malaysia sememangnya kaya dengan tempat pelancongan yang menarik. Kita ada pulau-pulau yang indah, makanan enak yang pelbagai, bangunan-bangunan yang unik dan cantik, keindahan alam dan pelbagai lagi perkara menarik lain yang sering menarik perhatian para pengunjung dalam dan luar negara untuk berkunjung ke negara kita.

Selain itu, Malaysia juga merupakansebuah negara yang kaya dengan sejarah dan juga keunikan budaya, hasil tanaman, dan adat istiadatnya yang tersendiri. Semua ini dirangkumkan dalam sebuah galeri atau muzium yang menyimpan pelbagai khazanah bernilai negara. Muzium bukan tempat yang membosankan bagi pencintanya, namun merupakan satu tempat yang menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara.

Tahukah anda, banyak muzium yang menarik kat negara kita ni? Muzium yang unik, tersendiri malah rekaan bentuk binaannya juga menggunakan ciri-ciri yang unik, contohnya, Muzium Padi di Alor Setar. Cantik binaannya. Nanti penulis akan terangkan lebih lanjut di bawah. Teruskan bacaan dan jom kita saksikan 7 muzium menarik yang wujud di Malaysia.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

#1- MUZIUM NEGARA

7 muzium menarik di Malaysia-01

Kredit gambar : Jabatan Muzium Malaysia

Pada tahun 1959 iaitu selepas dua tahun kemerdekaan negara, kerajaan melantik seorang arkitek bernama Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang ingin dibina atas runtuhan tapak Muzium Selangor. Binaan bermula pada tahun 1962 dan siap dibina pada 31 Ogos 1963. Reka bentuknya adalah bercirikan ukiran Istana Melayu Tradisional.

Kini, terdapat 4 galeri utama yang boleh dilawati di sini iaitu Galeri A : Sejarah Awal, Galeri B : Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri C : Era Kolonial dan Galeri D : Malaysia Kini. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui tentang sejarah negara bermula daripada zaman sejarah awal sehinggalah zaman Malaysia sekarang.

Ada yang minat dengan sejarah negara? Bagus sebenarnya tahu tentang sejarah negara ni, kita dapat kukuhkan nilai jati diri kita. Sewajarnya kita ambil tahu. Boleh datang sini ye. Untuk lawatan sambil belajar pun tersangatlah sesuai.

#2- MUZIUM KESENIAN ISLAM

7 muzium menarik di Malaysia-02

Kredit Gambar : Ihsan Muzium Kesenian Islam

Seterusnya, Muzium Kesenian Islam. Muzium yang bangunannya seluas 30, 000 meter persegi ni terletak dalam kawasan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Menariknya dalam Muzium Kesenian Islam ini terdapat lebih daripada tujuh (7) ribu artifak dan juga sebuah perpustakaan khas untuk buku seni Islam. Muzium ini dibina sebagai tujuan untuk membentuk satu koleksi yang bercirikan dunia Islam sebenar.

Dari kepingan barang emas terkecil sehinggalah model Masjid Al-Haram di Mekah juga ada dipamerkan disini.  Bukan sahaja seni Islam dari negara Parsi dan Timur Tengah sahaja, kesenian Islam dari negara lain seperti China dan dari negara-negara Asia Tenggara juga ada dipamerkan disini. Untuk yang ingin menyelami tentang dunia kesenian Islam yang menawan, disini ialah tempatnya.

#3- MUZIUM TEROWONG MASA

7 muzium menarik di Malaysia-03

Kredit gambar : kakinakl.com

Mahu merasai seolah-olah berada pada zaman lain? Ok jom kita ke Muzium Terowong masa. Muzium menarik ini letaknya di Brinchang iaitu berhampiran dengan Ladang Strawberi Kok Lim dan berada di tingkat bawah tanah. Muzium ini sebenarnya menghimpunkan koleksi barangan lama yang merupakan koleksi peribadi Encik See Kok San yang dibeli daripada individu untuk disimpan.

7 muzium menarik di Malaysia-04

Kredit gambar : Kaki Sini/ Liani Aziz

Barangan disini bernilai vintaj dan maklumat tentang pemilik asal barangan tersebut juga dipamerkan untuk pengetahuan pengunjung. Antara barangan yang boleh dilihat ialah baranagan kegunaan harian seperti minyak rambut, jam dinding, pelbagai botol jenama minuman, mainan, peralatan elektrik dan lain-lain.

Barangan lama disini pasti akan membuatkan pengunjung berasa seolah-olah berada pada zaman 1950an. Selain barangan antik, muzium ini juga turut mempamerkan gambar-gambar lama sekitar Cameron Highland khususnya. Menarik bukan. Jadi kalau sesiapa yang datang Cameron Highland tu bolehlah singgah disini ya.

#4- MUZIUM SENIBINA MALAYSIA MELAKA

7 muzium menarik di Malaysia-05

Kredit gambar : Jabatan Muzium Malaysia

Muzium ini terletak di Banda Hilir Melaka. Muzium Senibina Malaysia bertempat di sebuah bangunan 2 tingkat berwarna merah. Pada abad ke 18 dahulu, disini merupakan lokasi pentadbiran pihak Belanda dan kini dijadikan sebuah muzium yang unik. Pada tingkat satu muzium ini terdapat 3 bahagian galeri utama berkenaan sejarah dan perkembangan senibina di Malaysia.

Di tingkat atas pula menempatkan ruangan galeri yang mempamerkan pelbagai replika bangunan yang dianggap ikonik di Malaysia seperi Menara Condong Teluk Intan, Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga jenis bahan binaan yang digunakan sejak zaman penjajahan Portugis turut dipamerkan iaitu sejenis batu yang diberi nama batu laterit atau batu lada.

Batu lada ini digunakan dalam pembinaan bangunan semasa penjajahan Portugis ke atas Melaka, seperti Kota A Famosa yang masih lagi teguh sehingga sekarang walalupun sudah lebih 500 tahun berlalu. Muzium ini sangat sesuai untuk lawatan sambil belajar atau bagi sesiapa yang meminati bidang rekabentuk binaan. Datang Melaka jangan lupa singgah ye.

#5- MUZIUM PADI

7 muzium menarik di Malaysia-07

Sumber gambar : My Rokan

Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar Kedah ini merupakan satu-satunya muzium seumpamanya yang pernah dibina di Malaysia dan merupakan yang keempat dibina di dunia selepas negara Jepun, Jerman dan Filipina.

Keunikan seni binanya yang bercirikan gemai padi, bermotifkan padi yang diulangi pada setiap binaan termasuklah di pelepar tangga, pagar dan pintu pagar muzium menambahkan keunikan muzium ini.

Seperti namanya, muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia termasuk sejarahnya, alatan yang digunakan sejak zaman dahulu dan juga hasil makanan yang menggunakan beras. Jenis-jenis beras yang wujud juga ada dipamerkan disini. Pendek kata segala ilmu tentang beras ada di sini.

Satu lagi yang menarik ialah, di tingkat atas terdapat lukisan mural yang sangat cantik dan seolah-olah hidup. Lukisan berkenaan menunjukkan keindahan pemandangan sawah padi di sekitar Gunung Keriang. Lukisan ini dilukis oleh 60 pelukis dari Korea.

Muzium ini mengangkat martabat kepentingan penanaman padi di Kedah, sejarah penanaman padi serta budayanya dan juga sebagai memperingati penat lelah golongan pesawah di negara ini yang sentiasa berusaha keras untuk memastikan bekalan beras yang merupakan makanan ruji di negara ini mencukupi.

Kepada anda yang datang ke Alor setar, jangan lupa singgah di sini. Keindahan sekitar muzium juga sangat memukau pandang kerana muzium ini turut dikelilingi sawah padi dan pemandangan gunung. Cantik dan mendamaikan.

#6- MUZIUM ADAT, JELEBU

7 muzium menarik di Malaysia-08

Kredit gambar : Jabatan Muzium Malaysia

Satu lagi muzium menarik yang terdapat di Malaysia ialah Muzium Adat yang terletak di Jelebu Negeri Sembilan. Muzium ini diletakkan dibawah Jabatan Muzium Malaysia dan merupakan muzium adat yang pertama di Malaysia. Muzium ini memberi tumpuan kepada pengenalan dan konsep adat yang terdapat di Malaysia.

Ia meliputi sejarah adat terbesar yang wujud di alam Melayu dahulu iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Ia ditonjolkan melalui replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak, peralatan dan juga pakaian adat termasuk adat dari kaum lain yang ada di Malaysia.

Selain itu juga, muzium ini turut memaparkan pelbagai adat lain seperti adat perkahwinan, adat kelahiran, kematian dan sebagainya yang merupakan kitaran hidup seorang manusia. Kiranya, muzium ini banyak memberikan ilmu tentang adat istiadat kaun Melayu dan juga kaum lain di negara ini. Jangan lepaskan peluang berkunjung disini sekiranya anda di Negeri Sembilan ya?

#7- MUZIUM SAMUDERA

7 muzium menarik di Malaysia-09

Kredit gambar : Raffi Bachik/ Astro Awani

Muzium samudera terletak di Jalan Quayside berdekatan dengan muara Sungai Melaka. Muzium ini merupakan replika Kapal Flo de La Mar dan dibina pada tahun 1990. Muzium ini kemudiannya dirasmikan oleh Perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1994.

Menariknya, kita akan bearasakan seolah-olah masuk dalam sebuah kapal besar. Muzium ini memaparkan tentang perjalanan tentang proses perkembangan perdagangan sejak Zaman Kesultanan Melayu melaka sehinggalah kepada zaman era penjajahan era kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan termasuklah zaman era Jepun.

Selain itu, muzium ini juga menfokuskan tentang sejarah laut Melaka dan zaman kegemilangan Melaka. Di sini juga kita dapat be;lajar bahawa apabila sesuatu bangsa itu hilang kuasa politik, maka akan hilanglah segala-galanya. Satu pengajaran yang perlu diambil perhatian.

Baca lagi : 11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam

Ternyata Malaysia mempunyai banyak muzium yang menarik dan unik. Ini cuma sebahagian daripadanya. Sekiranya anda tiada idea untuk membawa anak-anak ke mana pada cuti sekolah, apa kata bawa anak-anak ke sini. Ia dapat mendidik anak-anak agar lebih menghargai sejarah dan warisan yang kita ada disampaing dapat mengukuhkan nilai jati diri anak-anak. Untuk mengetahui muzium-muzium menarik lain yang ada di negara kita klik di sini, Jabatan Muzium Malaysia.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!