Ketahui 5 Perkara Menarik Tentang Pulau Kapas

Malaysia terkenal dengan keindahan alamnya termasuk pulau-pulau yang cantik dan indah. Salah satunya ialah Pulau Kapas. Pulau Kapas terletak dalam daerah Marang, Terengganu Darul Iman. Pulau Kapas sememangnya sebuah pulau yang indah, malah ia dipanggil Pulau Kapas oleh masyarakat tempatan kerana pasir pantainya yang putih bak kapas. Ok tanpa membuang masa, jom kita berkenalan dengan lebih lanjut dengan Pulau Kapas ni. Ini adalah 5 perkara menarik tentang Pulau Kapas.

Baca lagi : 11 Lokasi Menarik Di Pulau Pangkor

#1- DAYA TARIKAN UTAMA PULAU KAPAS

pulau kapas-01

Kredit/sumber gambar : Jones Around The World

Pulau Kapas mempunyai pasir yang halus memutih. Selain itu pulau ini juga mempunyai keindahan laut yang sangat cantik dan sangat sesuai untuk para penyelam scuba melakukan selaman untuk melihat keindahan dasar laut. Keindahan Pulau Kapas termasuk di dasar lautnya merupakan antara tarikan utama untuk para pengunjung untuk datang ke sini.

#2- AKTIVITI DI PULAU KAPAS

pulau kapas-02

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Pulau Kapas. Kredit/sumber gambar : Malaysia Tourism

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini. Antaranya ialah scuba driving bagi yang mempunyai lesen, snorkeling, berkayak, memancing dan sebagainya. Kalau tak nak buat semua aktiviti ini dan hanya sekadar ingin bersantai di pantai sambil melihat keindahan suasana matahari terbenam pun ok juga, memang cantik dan dramatik.

#3- TERUMBU KARANG BERWARNA WARNI

pulau kapas-03

Kredit/sumber gambar : Jones Around The World

Bagi peminat snorkeling, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti ini di Pulau Kapas. Pulau Kapas merupakan antara pulau yang terkenal dengan keindahan terumbu karangnya yang berwarna warni.

Jadi untuk menikmati keindahan terumbu karangnya dan melihat ikan-ikan comel berenang di sekitar terumbu karang, jangan lupa untuk bersnorkeling ya, tapi yang paling penting jangan sampai terpijak terumbu karang sebab terumbu karang ni sangatlah sensitif. Kalau tersentuh atau terpijak boleh berisiko untuk mati nanti.

#4- RESORT DI PULAU KAPAS

pulau kapas-04

Kredit/sumber gambar : HotelsLike

Terdapat pelbagai pilihan penginapan di Pulau Kapas. ANtaranya ialah Kapas Resort & Spa, Kapas Island Resort, Pak Ya Chalet,Kapas Turtle Valley, Duta Puri Island Resort dan banyak lagi. Pelbagai pakej boleh di dapati termasuklah pakej bulan madu. Klik di sini untuk pertanyaan pakej termasuk penginapan di Pulau Kapas, Pakej Pulau Kapas.

#5- JUNGLE TREKKING DAN HIKING PUN BEST!

pulau kapas-05

Kredit/sumber gambar : Nisa Hanisah via Flickr

Bagi peminat aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh melakukan aktiviti mendaki dan juga jungle trekking di sini. Bukit Singa dan Batu Berakit pasti memberikan anda pengalaman yang mengujakan apatah lagi apabila sampai di puncak bukit dan dapat menikmati keindahan sekitar pulau.

Baca lagi : 5 Tips Percutian Di Pulau

Pulau kapas memang antara pulau yang indah dan menarik yang terdapat di negara kita. Sangat sesuai untuk percutian bulan madu, percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!