Benarkah Mauna Kea Gunung Tertinggi Di Dunia Dan Bukannya Everest? Ini Penjelasannya.

 

Sumber gambar : Discover Hawaii Tours

Mauna Kea merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif yang terletak di Honolulu, Hawaii. Dalam bahasa Hawaii, Mauna Kea bermaksud Gunung Putih. Hal ini demikian kerana puncak Mauna Kea yang bersalji kelihatan sangat menarik dan indah serta sering menarik minat peminat sukan ski. Lokasi gunung ini adalah berdekatan dengan garisan Khatulistiwa dan ini menjadikan Mauna Kea ini sebagai lokasi yang strategik untuk pemerhatian astronomi. Menarik kan? Ok ada lagi yang lebih menarik. Teruskan bacaan.

Tahukah anda sebenarnya Gunung Mauna Kea merupakan gunung tertinggi di dunia dan bukannya Everest? Bagaimana dan kenapa? Sekali lagi, teruskan bacaan kerana artikel kali ini akan menerangkan fakta tentang Mauna Kea termasuk sedikit penerangan kenapa gunung berapi tidak aktif ini dikatakan lebih tinggi daripada Everest.

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Mauna Kea-03

Credit Image : Hawaii Tourism Authority

Sebenarnya, apabila diukur dari puncak ke dasar paling bawah iaitu dibawah paras laut, Mauna Kea adalah lebih tinggi dari Everest. Namun sekiranya diukur dari puncak gunung mengikut aras laut, Everest adalah lebih tinggi daripada Mauna Kea sekaligus memegang status gunung tertinggi di dunia.

Ketinggian Everest adalah setinggi 8,850 meter dari aras laut, dan ia merupakan gunung yang paling tinggi dari ukuran aras laut. Manakala Mauna Kea pula berketinggian 4, 205 meter dari aras laut, namun sekiranya diukur di bawah laut, yakni dasarnya, ketinggian Mauna Kea dari puncak ke dasar ialah 10, 210 meter iaitu lebih tinggi daripada Everest.

Mauna Kea-02

Credit Image : Joe Dellinger

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

Ini adalah penjelasan kenapa Mauna Kea dikatakan gunung tertinggi didunia iaitu sekiranya diambil kira ukurannya dari paras dasar bawah laut. Namun sekiranya melalui perbandingan ukuran dari aras laut ternyata Gunung Everest adalah gunung yang tertinggi di dunia.

Ok, jom kita layan video ringkas tentang perbandingan ketinggian dua gunung ini di bawah termasuk penjelasannya.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!