Ini 10 Mata Wang Tertinggi Di Dunia Untuk Tahun 2018. Yang Pertama Tertinggi Bukan Pound Sterling Atau USD.

Kalau anda merasakan US Dollar atau British Pound merupakan mata wang termahal, mungkin anda boleh berfikir semula. Memang betul British Pound dan US Dollar wata wang yang mahal tapi bukanlah yang paling mahal sebenarnya.

Ada mata wang yang mengatasi kedua-dua mata wang tersebut. Jom kita sama-sama lihat 10 mata wang termahal dunia.

Bagaimanapun, diingatkan bahawa mata wang sentiasa berubah. Mungkin ada perubahan mata wang terkini yang tidak selari dengan artikel ini ketika ia ditulis. Untuk semakan nilai mata wang terkini anda boleh klik link ini, XE Corporation.

#1- DINAR KUWAIT

Mata wang tertinggi di dunia-01

Credit image/sumber gambar : Leftover Currency

Dinar Kuwait merupakan mata wang paling tinggi di dunia. Kuwait merupakan sebuah negara kecil yang kaya dengan minyak.

Mata wangnya begitu kukuh dan kuat disebabkan oleh ekonominya yang sangat stabil.

#2- DINAR BAHRAIN

Mata wang tertinggi di dunia-02

Credit image/sumber gambar : Letfover Currency

Tempat kedua mata wang paling tinggi di dunia ialah Dinar Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing dan ini menguatkan lagi mata wang Bahrain.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa

#3- RIAL OMAN

Mata wang tertinggi di dunia-03

Credit Image/sumber gambar : Money of the world

Mata wang Oman juga adalah antara yang tertinggi di dunia. Rial Oman merupakan mata wang ketiga tertinggi di dunia. Oman merupakan antara negara pengeluar minyak dunia.

#4- DINAR JORDAN

Mata wang tertinggi di dunia-04

Credit image/ sumber gambar : Leftover Currency

Berada pada kedudukan keempat mata wang tertinggi di dunia ialah Dinar Jordan.Kadar pertukaran Dinar Jordan yang paling popular adalah JOD kepada EUR.

#5- BRITISH POUND (POUND STERLING)

Mata wang tertinggi di dunia-05

Credit image/sumber gambar : Leftover Currency

Pound Sterling adalah antara wang yang paling popular selepas USD. Ia merupakan mata wang untuk negara United Kingdom, Wilayah Artik British, Tristan da Cunha, Guernsey, Kepulauan Sandwich Selatan, Jersey dan Isle of Man.

Ramai yang menganggap Pound Sterling merupakan mata wang tertinggi di dunia namun ia hanya terletak di tempat kelima. Walaubagaimana pun ia masih dalam kategori mata wang yang termahal di dunia.

#6- EUROPEAN EURO

Mata wang tertinggi di dunia-06

Credit image /sumber gambar : brdja/pixabay

European Euro merupakan mata wang rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Mata wang ini berada pada tempat kelapan mata wang termahal dunia.

#7- CAYMAN ISLANDS DOLLAR

Mata wang tertinggi di dunia-07

Credit image/sumber gambar : Answer Africa

Tempat ketujuh ialah Cayman Islands Dollar. Cayman Islands atau Kepulauan Cayman merupakan pulau di wilayah Luar Negara British.

#8- US DOLLAR

Mata wang tertinggi di dunia-08

Credit image/sumber gambar : Google

Walaupun Amerika sering dikatakan pemegang ekonomi dunia namun US Dollar hanya berada pada kedudukan kelapan tertinggi di dunia. Bagaimanapun USD merupakan mata wang yang paling banyak diniagakan.

#9- SWISS FRANC

Mata Wang Tertinggi Di Dunia-09

Credit image/sumber gambar : Leftover Currency

Switzerland bukan sahaja merupakan antara negara terkaya di dunia namun juga merupakan antara negara yang stabil dari segala aspek termasuk mata wang.

Switzerland merupakan antara negara yang mempunyai perbankan paling selamat di dunia. Mata wang Swiss Franc merupakan mata wang kesembilan tertinggi di dunia.

#10- AUSTRALIAN DOLLAR

Mata Wang Tertinggi Di Dunia-10

Credit image/sumber gambar : Leftover Currency

Tempat kesepuluh merupakan mata wang dari negara Australia, Australian Dollar.

Baca lagi : 5 Beg Yang Sesuai Untuk Travel

Ini adalah 10 mata wang tertinggi di dunia. Terjemahan dan rujukan dari artikel asal. Untuk artikel asal klik di sini dan sini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!