Restorant Makanan Halal Di Tokyo- Ippin Asakusa

Bila bercuti pastinya makanan halal adalah keutamaan bagi pelancong muslim. Selain bawa bekalan sendiri sebagai alternatif. Kita juga ingin merasai makanan-makanan halal yang ada di tempat kita berkunjung. Kerana setiap makanan tempat yang kita kunjungi pasti mempunyai makanan yang berbeza dan keunikan tersendiri. Jadi sekiranya anda berpeluang untuk merasai makanan halal dimana tempat anda berkunjung maka nikmatilah dan jangan lepaskan. Ia sebuah pengalaman unik yang wajib dirasai oleh pengunjung sendiri dan cerita yang akan dibawa untuk dikongsikan bersama insan tersayang sewaktu balik di tanah air nanti.

Jika anda berkunjung Di Tokyo contohnya jangan lupa untuk merasai sendiri makanan di Restoran Ippin Asakusa yang menyediakan makanan halal untuk tetamu mereka. Ia adalah sebuah restoran kerjasama dengan salah satu syarikat yang terkenal Malaysia iaitu Upin Ipin.

Rata-rata pengunjung yang datang makan disini adalah warga tempatan muslim dan pengungjung luar (terutamanya Malaysia). Kedai ini menyajikan pelbagai menu makanan yang menarik untuk tetamu dan harga juga sangat berbaloi. Jika ingin cuba remen halal juga boleh diperolehi disini.

Lokasi restoran ini berdekatan denan Sensoji Temple iaitu kedai shopping ‘souvenir’ terkenal di Tokyo namun perlu melalui beberapa lorong sebelum boleh jumpa restoran Ippin Asakusa ini. Berikut adalah maklumat lengkap restorant tersebut :

IPPIN ASAKUSA RESTAURANT

3-16-11, Nishiasakusa, taito-ku Tokyo
Tel +81-(0)3-5246-4660
Waktu operasi 11.30 am – 10.30 pm

restoran halal di tokyo ippin asakusa-1

 

restoran halal di tokyo ippin asakusa-2

 

restoran halal di tokyo ippin asakusa-3

 

restoran halal di tokyo ippin asakusa-4

 

restoran halal di tokyo ippin asakusa-5

 

restoran halal di tokyo ippin asakusa-6

 

kredit imej : Hanim Karim

 

Add Comment