#9 Tempat Ni Macam Kat Oversea, Tapi Sebenarnya Kat Malaysia Je. Jom Tengok.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pemandangan yang cantik serta binaan yang menarik. Kadang-kadang bercuti dalam negara pun dapat memberi seribu satu kepuasan . Dan tahukah korang kat Malaysia ni jugak terdapat beberapa tempat yang boleh buatkan kita rasa seolah-olah kita berada kat oversea. Untuk artikel kali ni , kita akan tengok beberapa tempat yang menarik yang berada kat negara kita ni, tapi feeling nya tu macam kita ada kat luar negara. Ok jom kita tengok satu persatu.

#1- DESA CATTLE DAIRY FARM

 

seperti berada di oversea-01

Sumber gambar : Sabah2u

seperti berada di oversea-02

Sumber gambar : Sabah2u

Desa Cattle Dairy Farm ni terletak di Kundasang Sabah. Terletak di kaki Gunung Kinabalu. Pemandangannya, fuh..tersangat cantik.. Terasa macam berada nun jauh di New Zealand sana. Pemandangan cantik, cuaca pun sejuk dan berkabus pada waktu pagi terutamanya. Lembu-lembu yang di bela kat sini pun lembu jenis baka luar negara. Memang terasa seolah-olah macam New Zealand.

Tangkap gambar tu wajib ok. Insta-worthy sangat bak kata orang zaman sekarang. Lagi satu kalau datang sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan makanan berasaskan susu lembu, macam aiskrim, yogurt, waffle dan susu segar. Memang nyummms sangat.

Baca lagi : 10 Aktiviti Adventure Popular di Malaysia

#2- COLMAR TROPICALE

seperti berada di oversea-03

Sumber gambar : The Star Online

Terletak di Bukit Tinggi.  Dikenali sebagai perkampungan Perancis atau France Village. Binaannya diinpirasikan daripada bandar Colmar Timur Laut Alsace dan reka bentuknya diilhamkan daripada kampung-kampung yang berdekatan. Menarik kan? Macam dok kat kampong Perancis rasanya padahal kat Pahang je ni. Suhu pun sejuk macam kat oversea. Memang ngam sangat lah. Jangan lupa snap banyak-banyak gambar bila datang sini ok.

#3- ASTAKA MOROCCO

seperti berada di oversea-04

Sumber gambar : Illashanahila.blogspot

Binaan unik bercirikan Timur Tengah. Astaka Morocco terletak kat Taman Botani, Putrajaya dan binaannya buatkan kita terasa macam berada di Morocco. Sangat sesuai bagi pencinta seni bina. Kalau korang dalam kategori ni memang sesuai sangat korang melawat Astaka Morocco ni. Senibina nya cantik dan halus. Kalau datang Putrajaya singgahlah sini sebentar. Kalau nak bergambar untuk konvo atau gambar perkahwinan pun sesuai sangat. Namun ada bayaran dikenakan kalau untuk bergambar di dalamnya.

#4- JAPANESE VILLAGE

seperti berada di oversea-05

Sumber gambar : chillout-soulout&freakout.blogspot

Japanese Village terletak di Bukit Tinggi Pahang.  Taman ni diilhamkan oleh seorang arkitek Jepun bernama Kaio Ariizumi. Kat sini juga ada Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia wujud dalam hutan tropika. Kat rumah teh ni korang boleh menggayakan baju kimono, iaitu pakaian tradisi orang Jepun dengan kadar bayaran tertentu.

Kat Japanese ni jugak ada kolam-kolam berbatu, kolam ikan koi dan taman bunga. Eh..memang macam Jepun sebijiklah feelingnya hehe. Kawasan pun sejuk je mata memandang, penuh kehijauan dalam hutan tropika ni. Best kan.

#5- MASBRO VILLAGE, MELAKA

seperti berada di oversea-05

Kalau kat Australia ada Brighton Beach kat Malaysia pula kita ada Masbro Village. Persamaan kedua-duanya ialah sangat berwarna warni. Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka. Chalet ni boleh memuatkan sehingga 6 orang dalam satu-satu masa.

Ada ruang tamu dan dapur dengan kemudahan sofa, meja makan , tv, microwave pun ada. Jaraknya Cuma 7km dari pusat bandar dan untuk membeli barangan keperluan atau makanan, ada Tesco Cheng sekitarnya. Dekat aje kemudahan nak beli barang tu. So, yang datang Melaka tu apa  kata singgah disini untuk menikmati pengalaman berbeza.

#6- KELLIE’S CASTLE

seperti berada di oversea-07

Istana Kellie terletak di Batu Gajah Perak. Istana lama ini di bina oleh seorang warga Scotland iaitu William Kellie Smith pada tahun 1909. Willliam membina istana ini sebagai lambang cinta terhadap isterinya, Agnes.

Bangunan ini merangkumi dua tingkat dan sepatutnya menjadi bangunan yang mempunyai lift pertama di negara kita, namun atas sebab-sebab tertentu lift tidak sempat dipasang. Binaan ini tergendala pada tahun 1926 apabila William Smith meninggal semasa beliau kembali ke Eropah dalam usaha membawa peralatan lift untuk dipasang di istana itu.

Senibinanya mempunyai konsep dan elemen Greco, Roman, Moorish, dan India. Kini, Kellie Castle telah dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak. Ciri-ciri binaannya buatkan kita terasa berada di negara lain pada satu zaman lampau.

#7- PANTAI SASARAN

seperti berada di oversea-08

Sumber gambar : Ruggedmom.com

Pernah dengar tak tentang Sasaran Sky Mirror? Pernah jadi viral dalam media sosial satu masa dulu. Pantai ini terletak di Kuala Selangor. Terasa seolah-olah berada di Bolivia. Pantai Sasaran ini juga dikenali sebagai Salar De Uyuni Malaysia.

Bayangkan satu kawasan lapang yang luas dan dilitupi dengan air yang cetek namun yang uniknya di sekelilingnya adalah laut.  Siap ada kapal besar berlabuh tak jauh dari situ. Seolah-olah korang berdiri kat tengah-tengah laut. Kat sini juga jadi port orang untuk menangkap gambar dan jangan terkejut kalau ada yang datang memang semata-mata nak bergambar dan nak letak kat instagram je.

Sebab memang sangat insta-worthty. Namun, untuk hasilkan gambar yang cantik dan nampak jelas pantulannya tu, ada cara tertentu. Salah satunya cari kawasan yang agak lapang jauh dari orang lain dan jangan berada di kawasan yang terlalu berpasir tanpa air.

#8- PANTAI SENOK, KELANTAN

seperti berada di oversea-09

Sumber gambar : flick.com

Sapa peminat drama Korea kat sini? Pasti korang akan teringat babak dalam drama Winter Sonata kat Pulau Nami pastu ada deretan pokok-pokok kat situ kan? Kat Malaysia pun ada tempat ala-ala Korea tau. Taman Pokok Rhu kat Pantai Senok, Kelantan. Ada deretan pokok-pokok Rhu yang cantik macam kat Pulau Nami jugak. Cuba tengok gambar, cantik kan. Sapa yang datang Kelantan untuk bercuti bolehlah datang ke sini kalau berkesempatan.

Baca lagi : Antara Zoo Besar Yang Terdapat Di Malaysia

#9- PULAU PERHENTIAN

seperti berada di oversea-10

Sumber gambar : Palinn

Pulau Perhentian merupakan antara Pulau tercantik Di Malaysia. Ada yang menggelarnya sebagai Maldives Malaysia malah mungkin lebih cantik daripada Maldives tu sendiri. Air pulaunya jernih kebiruan. Korang yang teringin ke Maldives tapi kewangan belum mengizinkan apa kata pergi saja ke Pulau Perhentian terlebih dahulu.

Pulau Perhentian terletak di Terengganu. Pulau Perhentian terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Banyak tempat-tempat menarik sekitar Pulau Perhentian ni, antaranya Kincir angin D’Lagoon, perkampungan nelayan di sekitarnya, melihat habitat penyu di Turtle Bay. Yang pastinya korang pasti terpegun tengok airnya yang jernih dan kebiru-biruan tu. Bolehlah fefeling macam ada kat Maldives kan, hehe. Bagi peminat percutian pulau, mungkin ini boleh bagi idea percutian untuk korang.

Ternyata Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan cantik. Tak salah bercuti di luar negara, itu pun memang sangat bagus, sebab berjalanlah selagi mampu kerana itu akan meluaskan lagi pemandangan dan ilmu pengetahuan kita tentang kehidupan. Minda pun jadi lebih terbuka. Namun bagi yang masih belum berkemampuan, korang ada alternatif lain di negara kita yang turut menawarkan pemandangan yang indah dan tidak kalah dengan apa yang terdapat di luar. Berbanggalah bila bercuti dalam Malaysia, sebab negara kita memang cantik. Sebab orang luar pun jauh-jauh datang sebab nak tengok keindahan negara kita jugak kan? 🙂

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMAIL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!