Ini Adalah 11 Lokasi Menarik Di Pulau Pangkor Yang Boleh Anda Kunjungi

tempat menarik di pulau pangkor

Cantiknya matahari terbenam di sebuah pantai di Pulau Pangkor. Sumber gambar : islandgetaways.com

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pulau-pulau yang indah, menarik dan bersejarah. Salah satunya ialah Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak. Pulau Pangkor terkenal sebagai salah satu pulau yang popular di negara kita. Alam semulajadinya sangat cantik dan masih terpelihara dengan baik.

Pulau ini merupakan salah satu pulau yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi. Keindahan alam semulajadinya sering menggamit kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Jom kita lihat 11 lokasi menarik yang terdapat di pulau indah ini.

Baca lagi : 13 Tempat Menarik Di Cameron Highland

#1- LUMUT WATERFRONT

tempat menarik di pulau pangkor-lumut waterfront

Sumber gambar : Lumuda Hotel

Kita mulakan dengan Lumut Waterfront. Inilah tempat yang pengunjung bakal jejaki dahulu sebelum memasuki pulau kerana di di jeti ini kita akan mengambil feri ke Pulau Pangkor.

Sebelum ke pulau atau selepas balik dari pulau, luangkan seketika masa di sini sebab banyak gerai dan restoran yang menjual hasil laut, cenderahati pun ada. Pemandangannya juga cantik dengan pelbagai landskap dan sesuai untuk bergambar.

#2- MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR

tempat menarik di pulau pangkor-masjid terapung pulau pangkor

Sumber gambar : Orang Perak

Masjid Terapung Pulau Pangkor dikenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid ini terletak di Teluk Gadong, Pulau Pangkor. Di masjid ini terdapat kaligrafi 1000 selawat dan ia di bina di atas air, oleh sebab itu ia dipanggil sebagai masjid terapung.

Masjid ini dibina pada 2014, dan di buka untuk orang ramai pada sekitar Oktober 2016. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017. Jangan lepaskan peluang untuk melawat dan bersolat di sini sekiranya anda berada di sekitar Pulau Pangkor.

#3- PANTAI TELUK NIPAH

tempat menarik di pulau pangkor- pantai teluk nipah

Sumber gambar : coralsandnoceanicservice.weebly.com

Tempat menarik seterusnya, Pantai Nipah. Banyak aktiviti yang ada di pantai ini dan sekiranya anda seorang peminat aktiviti air memang sesuai datang ke sini. Untuk sekadar berjalan ambil angin laut pun best juga. Bab makan jangan risau sebab ada gerai yang menjual makanan di sekitar pantai.

#4- KOTA BELANDA (DUTCH FORT)

tempat menarik di pulau pangkor- kota belanda

Sumber gambar : Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia

Kota Belanda atau Dutch Fort ini terletak di Teluk Gadung dan merupakan kota tua yang sudah berusia kira-kira 300 tahun. Pulau Pangkor sebenarnya mempunyai sejarah dengan pihak Belanda. Pada sekitar tahun 1670 pihak Belanda telah datang ke pulau ini untuk membina kubu dengan tujuan untuk menyimpan hasil bijih timah.

Selain itu juga, difahamkan bahawa kubu ini juga dibina atas tujuan untuk menghalang pihak Bristish daripada merampas pulau ini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ia di bina untuk menahan serangan lanun dan masyarakat Melayu tempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kota Belanda ini, klik di sini Arkib Negara Malaysia.

#5- PULAU GIAM

tempat menarik di pulau pangkor- pulau giam

Sumber gambar : Tourism Manjung

Pulau Giam ni pulau kecil yang lokasinya hanya lebih kurang 10 minit saja dari Pulau Pangkor. Yang bestnya kat sini, airnya jernih jadi sangat sesuai kalau nak bersnorkeling. Landskap pulau ni memang cantik. Pantainya tak lah sebesar mana tapi yang seronoknya pasirnya jenis halus putih.

Ada batu-batu besar terhampar kat sekeliling pulau ni jadi bila bergambar ambil sudut yang betul dan sesuai, memang cantik sangat. Lokasi pulau ni berhadapan dengan Teluk Nipah, bersebelahan dengan Pulau Mentagor. Jadi kalau nak datang sini boleh ambil kayak atau menaiki bot dari Teluk Nipah.

#6- PANTAI PASIR BOGAK

tempat menarik di pulau pangkor- pantai pasir bogak

Sumber gambar : Pulau Pangkor.info

Pantai menarik yang terdapat pelbagai aktiviti air yang boleh dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan. Pantai Pasir Bogak juga sangat cantik pada waktu senja dan ini menjadikan pantai ini sebagai antara lokasi terbaik di Pulau Pangkor ini untuk melihat keindahan senja dan pemandangan indah matahari terbenam.

#7- PULAU MENTAGOR

Pulau Mentagor merupakan satu lagi pulau yang sesuai untuk melakukan aktiviti snorkeling. Kat sini ada terumbu karang yang cantik-cantik. Cara untuk datang ke Pulau Mentagor ini anda boleh datang dengan menaiki bot dari Teluk Nipah.

#8- PANTAI TELUK NIPAH

tempat menarik di pulau pangkor- pantai teluk nipah

Sumber gambar : TripAdvisor

Pantai Teluk Nipah dikatakan pantai yang paling cantik daripada pantai-pantai lain yang terdapat di Pulau Pangkor ini. Keindahan alam semulajadi di Pantai Teluk Nipah ini memberikan aura ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung di sini.

#9- TORTOISE HILL

tempat menarik di pulau pangkor- tortoise hill

Sumber gambar : Pinterest/kredit kepada owner

Sesuai untuk peminat alam semulajadi dan aktiviti luar seperti jungle trekking. Tortoise Hill merupakan antara kawasan yang kaya dengan keindahan semulajadi yang masih terpelihara dengan baik. Kat sini anda berpeluang melihat pelbagai jenis bunga orkid yang jarang ditemui dan juga pelbagai spesies burung.

#10- PEKAN PANGKOR

tempat menarik di pulau pangkor- pekan pangkor

Sumber/Kredit gambar : Kembara Sang Petai

Pekan ini merupakan antara tempat para pengunjung boleh mendapatkan barangan hasil laut kering atau basah. Selain itu sekiranya anda ingin mengeluarkan duit daripada ATM anda boleh mengeluarkannya di pekan ini kerana terdapat kemudahan mesin ATM disini. Lokasinya terletak 200 meter dari Jeti Pangkor. Boleh datang sini dengan menggunakan perkhidmatan van pink yang popular di sini.

#11- KILANG HASIL LAUT PAK SU

Anda boleh memborong produk hasil laut di sini. Bagi pelancong muslim terutamanya, anda mempunyai pilihan untuk membeli hasil laut yang halal dan toyyiban di Kilang Hasil laut Pak Su untuk di bawa balik atau sebagai buah tangan kepada keluarga atau sahabat.

Baca lagi : 15 Tempat Menarik di Melaka

Bagi yang berhasrat untuk mengunjungi Pulau Pangkor semoga artikel ini membantu anda untuk mencari lokasi menarik sekitar pulau ini. Selamat bercuti.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!