9 Lokasi Menarik Di Hatyai dan Songkhla. Selain Makanan, Tempatnya Juga Menarik

Hatyai merupakan antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong Malaysia. Selain lokasinya yang berada tidak jauh dari sempadan Malaysia, Hatyai juga merupakan antara tempat yang selalu dikategorikan sebagai syurga makanan oleh kebanyakan pelancong dan untuk mereka yang berjiwa food hunter. Selain makanan, Hatyai juga menawarkan pelbagai destinasi menarik. Jom kita lihat 17 lokasi menarik yang terdapat di Hatyai dan Songkhla.

Baca lagi : Kenali Pulau Rawa

#1- SAMILA BEACH

Lokasi menarik di Hatyai dan Songkhla- Samila Beach

Credit image/sumber gambar : Ultima Travel

Kalau anda berada di Hatyai dan nak datang ke Pantai Samila ni, boleh juga kalau nak memandu untuk datang ke sini. Lebih kurang 45 minit perjalanan dari Hatyai.

Kalau anda selalu melihat kawan-kawan bergambar dengan tugu berbentuk duyung bila datang Thailand, kat sinilah tempatnya.

Sekitar pantai ni jugak banyak gerai yang menjual cenderamata dengan harga yang berpatutan. Bolehlah beli untuk kenang-kenangan.

#2- PASAR TERAPUNG HATYAI KLONG HAE

Lokasi menarik di Hatyai dan Songkhla- Floating Market

Credit image/sumber gambar : Bangkok Post

Terasa tak lengkap kalau dah datang sini tapi tak melawat pasar terapung.

Pasar Terapung Hatyai Klong Hae merupakan pasar yang begitu menarik dengan deretan sampan yang dijadikan seperti gerai yang menjual pelbagai makanan.

Memang banyak pilihan makanan sedap-sedap kat sini. Kalau perut tengah berkeroncong tu memang sesuai isi kat sini. Antara makanan best yang terdapat disini ialah samosa, ayam goreng, roti dan banyak lagi.

#3- KIM YONG MARKET

Lokasi menarik di Hatyai dan Songkhla- Kim Yong Market 1

Credit image/sumber gambar : Trip Advisor

Kim Yong Market merupakan antara tempat yang menawarkan makanan yang boleh dikatakan murah berbanding tempat lain disekitarnya.

Lokasi menarik di Hatyai dan Songkhla- Kim Yong Market 2

Credit image/sumber gambar : Trip Advisor

Selain makanan terdapat juga barangan lain seperti pakaian, beg, kasut dan banyak lagi. Untuk kaki shopping dan yang suka makan, lokasi ini sesuai untuk anda.

#4- STEEL PAGODA

Lokasi menarik di Hatyai dan Songkhla- Steel Pagoda

Credit image/sumber gambar : HL Wang/flickr.com

Steel Pagoda atau Pagoda Besi ni antara tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong.Rekaannya unik kerana diperbuat dari besi.

Boleh datang ke sini untuk bergambar dan menikmati pemandangan sekitarnya.

#5- CHANG PUAK CHAMP

Lokasi menarik di Hatyai dan Songkhla- Puak Champ Hat Yai

Credit image/sumber gambar : Chang Puak Camp

Gajah ibarat trademark bagi Thailand. Thailand dan gajah berpisah tiada. Kat Puak Camp ni anda dapat melihat gajah secara berdepan dan dapat merasai naik gajah dan menikmati pemandangan sekeliling.

Tapi kalau anda tak sampai hati naik gajah sebab rasa kasihan dengan haiwan tersebut, boleh lah setakat bergambar di sini sebagai tanda anda dah sampai. Boleh juga cuba aktiviti menarik lain seperti memanah, menembak. ATV iaitu aktiviti naik motor besar 4 roda tu pun ada tau. Best!

#6- KHU KHUT WATERFOWL PARK

Lokasi Menarik di Hatyai dan Songkhla- Khu Kut

Credit image/sumber gambar : sendyadhika

Khas untuk pencinta alam, tempat ni memang sangat sesuai untuk anda. Tenang dan damai je.

Ada banyak jenis burung di sini dan juga pelbagai flora dan fauna yang sungguh indah. Bertempat di Songkhla, taman ini berkeluasan sekitar 91000 ekar. Wow luas tu. Untuk info lebih lanjut tentang taman ini boleh klik di sini.

#7- MASJID PUSAT SONGKHLA

Lokasi Menarik di Hatyai dan Songkhla- Masjid Pusat Songkhla

Credit image: maykungth 

Masjid Pusat Songkhla merupakan masjid yang terbesar dan terkenal di sini. Masjid ini juga sebagai simbol kewujudan masyarakat Muslim di Thailand. Jadi kalau datang sini jangan lepaskan peluang menunaikan solat di sini ye.

#8- GREENWAY NIGHT MARKET

Lokasi Menarik di Hatyai dan Songkhla- Greenway Night Market

Lokasi Menarik di Hatyai dan Songkhla- Greenway Night Market

Satu perkara yang best datang Thailand ni, walaupun negara ini bukan negara Islam namun mudah untuk dapatkan makanan halal kat sini. Sebabnya ramai Muslim.

Salah satu tempat yang mudah untuk mendapatkan makanan yang halal ialah Greenway Night Market, Hatyai. Selain makanan, baju aksesori, kasut dan sebagainya juga ada di jual di sini. Malah ramai juga peniaga di sini yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Jadi ia ibarat bonus untuk pelancong dari negara kita, mudah nak berkomunikasi dan tawar menawar. So kalau datang Hatyai tu jangan lepaskan peluang datang sini untuk menikmati keseronokan membeli belah ok.

#9- CHABURA DIMSUM HALAL

Lokasi Menarik di Hatyai dan Songkhla- Dim Sum

Credit image/sumber gambar : Wan H via Twitter

Thailand memang best kalau  bercerita tentang makanannya. Tak cukup nak bercerita kat sini.

Mungkin kena buat artikel khas lain, namun apa-apa pun, nak bagitau kat sini yang ada satu restoran dim sum yang popular kat sini iaitu Chabura Dim Sum Halal.

Dim sum sini memang menyelerakan. Kalau ke Hatyai jangan lupa singgah ye. Memang yummy sangat!

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

Ini adalah antara tempat menarik yang terdapat di Hatyai dan Songkhla. Memang best melakukan percutian singkat di sini. Nak bawak keluarga pun tersangat lah sesuai.

Kalau nak pergi tapi tak tahu nak pergi dengan siapa, jom sertai kami, Jomlah Cuti. Trip untuk November dan Disember 2018 telah di buka. Sesuai sangat nak bawa anak-anak sebab musim cuti sekolah kan. Boleh klik di sini untuk pertanyaan dan tempahan, Trip Ke Hatyai 2018.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!