Alami Percutian Bulan Madu Yang Indah Di Bukit Tinggi

menarik di bukit tinggi-01

Colma Tropicale resort yang menarik. Sumber gambar : TeamTravel Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk dijadikan lokasi bulan madu. Kita boleh pilih untuk berbulan madu di mana-mana lokasi yang kita inginkan. Pulau-pulau cantik, bulan madu di bandar atau bulan madu di resort-resort unik. Satu lagi tempat menarik di Malaysia yang juga boleh dijadikan lokasi bulan madu ialah di tanah-tanah tinggi. Suasana yang sejuk pasti membangkitkan suasana yang romantis dan tenang. Salah satu lokasi tanah tinggi yang terkenal di negara kita ialah Bukit Tinggi yang terletak di negeri Pahang. Antara resort yang terkenal di sini ialah Colmar Tropicale Resort.

Colmar Tropicale merupakan resort yang terkenal di Bukit Tinggi. Resort ini dibangunkan oleh Berjaya Hills dengan mengambil inpirasi daripada suasana perkampungan Perancis klasik pada kurun ke 16. Hotel serta deretan kedai dengan binaan klasik bercirikan senibina Eropah pasti memberikan satu detik percutian yang menarik dan indah untuk pasangan yang datang berbulan madu di sini.

Baca lagi : Golden Bridge, Tarikan Baru Di Vietnam

Colmar Tropicale berada pada ketinggian 2700 kaki pada aras laut. Suasana disini dingin dan nyaman. Sangat sesuai bagi pasangan suami isteri yang sukakan alam semulajadi. Pasti memberikan keseronokan dan ketenangan hati buat pasangan yang berbulan madu di Bukit Tinggi ini. Boleh menginap disini dengan suami atau isteri dan nikmati sekitar resort yang tenang dan cantik, seolah-olah anda sedang berada di luar negara. Selain resort menarik ini, jom kita lihat beberapa tempat menarik lain yang ada di sekitar Bukit Tinggi ini.

#1- JAPANESE VILLAGE

menarik di bukit tinggi-02

Japanese Village yang mendamaikan. Sumber gambar : Adventoro

Selain resort menarik berkenaan, terdapat pelbagai tempat menarik lain disini. Antaranya Perkampungan Jepun atau Japanese Village yang wujud di tengah-tengah kehijauan pohon-pohon merimbun. Landskap disini dibina dengan mengambil ilham dari perkampungan Jepun sebenar.

Japanese Village terletak pada ketinggian 1000 meter dari aras laut, bersamaan 3500 kaki. Ia dibina oleh arkitek terkenal dari Jepun iaitu Kaio Ariizumi dengan dibantu oleh 22 orang pakar ukiran. Tempat-tempat menarik di Japanese Village ini ialah Tatami Spa, Japanese Tea House, Umie Tatami Suite, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant. Menarik kan?

#2- BOTANICAL GARDEN

menarik di bukit tinggi-04

Terdapat juga nursery di Botanical garden. Sumber gambar : Berjaya Hills

Tempat menarik seterusnya ialah Botanical Garden. Terdapat lebih kurang 300 jenis spesies tumbuhan yang ditanam disini. Taman botani ini dibuka pada tahun 1998. Cuba bayangkan momen indah berpimpin tangan dengan suami atau isteri tercinta di kawasan yang penuh kehijauan macam ni, tenang rasa hati kan. Kicauan burung pula seolah-olah melodi terindah untuk didengari.

#3- ANIMAL PARK

menarik di bukit tinggi-05

Kredit gambar : jomronda.mozag02.blogspot

Okay, dah puas berjalan tiba-tiba rasa nak tengok haiwan, apakata anda dan pasangan ke Animal Park pula. Animal Park menempatkan 200 ekor arnab yang comel dan haiwan lain seperti burung merak, keldai dan rusa. Yang bestnya, boleh bagi makan tau. Kiranya macam taman yang interaktif juga Animal Park kat sini. Seolah-olah boleh berkomunikasi terus dengan binatang di dalamnya melalui suapan makanan. Bestnya.

#4- HORSE TRAILS

menarik di bukit tinggi-06

Kredit gambar : colmartropicale.com

Kalau anda dan pasangan teringin nak mencuba untuk menunggang kuda, jom ke Horse Trails. Horse Trails merupakan sebuah ladang kuda dan anda juga boleh memilih untuk pakej berikut iaitu, Jungle Ride, Picnic Ride, View Ride, Creek and River Ride dan Golf View Ride. Boleh pilih pakej yang mana satu dan setiap pakej, bayarannya adalah berbeza. Alang-alang dah datang sini jangan lepaskan peluang menunggang kuda ok?

Baca lagi : 5 Pulau Misteri dan Menyeramkan

Ini adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan dengan pasangan sekiranya anda memilih untuk berbulan madu di sini. Rancang percutian bulan madu anda sebaiknya dan mungkin dengan memilih percutian di Bukit Tinggi ini akan memberikan kenangan manis yang sukar untuk dilupakan oleh anda dan pasangan.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!