Ini 7 Idea Lokasi Mengikut Kategori Poket Anda. Jom Hilangkan Stress Dengan Bercuti.

Pernah tak anda merasa sangat tertekan dengan kerja harian? Atau anda merasakan seolah-olah buntu dengan kerja yang tak habis-habis. Idea terasa seperti tersekat-sekat. Atau juga merasakan fizikal semakin tidak bermaya mengadap segala kerja rutin. Itu mungkin petanda anda stress dan memerlukan rehat. Fizikal dan mental anda perlukan rehat. Stress akan menjadi lebih serius sekiranya anda tidak mengambil langkah untuk mengatasinya.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi stress. Salah satunya ialah dengan bercuti. Hal ini demikian kerana bercuti boleh diibaratkan antara satu terapi yang berkesan untuk mengurangkan tekanan harian. Tapi bagaimana? Teruskan bacaan. Penulis nak berkongsi idea tempat yang sesuai untuk bercuti sebagai cara untuk mengurangkan tekanan harian anda. Boleh pilih kategori yang sesuai dengan anda dan juga poket anda.

#1- MENENANGKAN DIRI DI PULAU

hilangkan stress dengan bercuti-01

Bila merasakan fizikal dan mental sudah terlalu letih, apa kata rancang satu percutian untuk diri anda sendiri atau pergi saja bercuti bersama keluarga. Boleh pergi ke tempat yang anda sukai. Sebagai contoh, anda menyukai pulau. Nikmati percutian pulau dengan merasai kelembutan bayu disana, kejernihan air, dan lakukan semua aktiviti menarik yang terdapat di pulau berkenaan.

Lupakan sebentar hal kerja. Fokus terhadap keadaan sekeliling anda waktu tu. Percayalah, ia memberikan satu ketenangan untuk diri sebenarnya. Alam semulajadi merupakan antara terapi untuk ketenangan diri dan dapat membantu mengurangkan tekanan yang menyelimuti diri.

Baca lagi : 5 Aktiviti di Pulau Redang.

#2- MENCARI KEDAMAIAN DI HUTAN SEMULAJADI

hilangkan stress dengan bercuti-02

Serabut dengan kehidupan seharian sampai dah rasa macam nak terhantuk kepala kat dinding ke tu? Jap, nanti dulu. Jangan hantuk nanti sakit. Tarik nafas dan ambil masa dalam dua minit, fikirkan tentang hutan yang menghijau,suasananya tenang dan damai, di dalamnya pula terdapat penginapan yang selesa, ada aktiviti menaiki sampan lagi.

Ok lepas tu cepat-cepat mintak cuti dan packing baju untuk kesana. Antara tempat yang penulis nak cadangkan ialah Taman Negara Pahang. Memang terbaik. Seperti yang penulis katakan tadi, alam semulajadi merupakan antara terapi terbaik mengurangkan stress harian. Nikmati sebuah percutian dalam hutan yang mendamaikan. Alam memang rakan terbaik, tanpa perlu meluahkan apa-apa, alam memberikan kedamaian kepada kita melalui caranya yang tersendiri.

#3- MEREHATKAN BADAN DENGAN PERCUTIAN SPA

hilangkan stress dengan bercuti-03

Sumber gambar : Estetik Klasik Dayang-Dayang Spa

Salah satu penyebab stress ialah apabila kita terlalu letih bekerja menggunakan fizikal. Jadi apa kata rancang percutian ke hotel atau resort dan spa untuk merehatkan tubuh anda. Sesuai juga untuk yang ingin merehatkan badan dengan gaya esklusif.

Tak salah untuk manjakan diri sendiri. Berikan reward untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Kita bekerja untuk mendapatkan duit, jadi hargai diri sendiri dengan melaburkan kembali wang berkenaan untuk diri sendiri. Jadi apa kata kurangkan stress dengan percutian spa yang menyeronokkan. Bila badan segar, minda pun turut sama segar.

#4- KESERONOKAN PERCUTIAN TAMAN TEMA DENGAN KELUARGA

hilangkan stress dengan bercuti-04

Ada sesetengah individu suka percutian dengan famili kerana lebih meriah dan seronok berjalan dengan isteri dan anak-anak. Idea penulis, apa kata bawa bercuti di taman tema. Sebenarnya cara ini bagus. Keseronokan melihat gelagat anak-anak dan isteri ketika bercuti dapat mengurangkan tekanan tau.

Hubungan anda dan keluarga juga semakin bertambah erat. Cuba bayanglkan, alangkah seronoknya bermain air dengan anak-anak dan isteri di taman tema air. Banyak taman tema yang best kat Malaysia ni, yang ada pakej sekali penginapan pun ada. Contohnya Taman Tema Bukit Merah yang terletak di Taiping.

#5- CARI PENGALAMAN BARU DI LUAR NEGARA

hilangkan stress dengan bercuti-05

Salah satu loksai di Kashmir. Mungkin boleh beri kepada anda nak pergi mana. Credit Image : Basharat Alam Shah

Bagi yang berkemampuan, apa kata sesekali bercuti di luar negara. Selain sebagai cara mengatasi tekanan, bercuti diluar negara juga merupakan satu cara yang sangat baik untuk kita melihat sisi lain kehidupan. Ada yang boleh kita jadikan pengajaran, dan ada boleh membuatkan kita berasa insaf dan bersyukur dengan kehidupan kita di negara sendiri.

Pandang dengan mata hati, pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Bila balik nanti, pasti anda akan merasakan lebih segar dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang. Dan mungkin juga stress anda telah terbang jauh, sejauh tempat yang anda telah lawati.

#6- NIKMATI PERCUTIAN BANDAR

hilangkan stress dengan bercuti-05

Mungkin ada yang merasakan percutian bandar bukan percutian yang baik untuk mengurangkan tekanan. Namun tunggu sekejap. Ok, macam ni. Kalau rasa bandar kita sendiri ni dah tak seronok nak berjalan, sebab dah puas berjalan habis,  kita berjalan pula di bandar lain.

Sebagai contoh, negeri Melaka. Di bandarnya terdapat banyak sangat tempat menarik yang boleh kita explore sebenarnya. Tempat-tempat bersejarah, muzium yang menarik dan juga makanannya yang sedap-sedap. Bercutilah disana. Nikmati keseronokan yang tiada di bandar kita sekarang. Bila kita seronok, gembira bersama keluarga, tekanan tu ibarat dah lari jauh-jauh dah sebenarnya.

#7- PERCUTIAN RINGKAS DAN BAJET

hilangkan stress dengan percutian-07

Ini kat Rumah 4 Musim, Taman Botani Shah Alam. Murah je nak masuk, tak mahal. Sesuai untuk list dalam percutian bajet. Untuk info lanjut klik di sini.

Penulis memahami mereka yang ingin bercuti untuk melupakan sebentar tekanan harian, namun ekonomi di poket dan dompet tidak berapa baik. Tak apa, kita masih boleh bercuti mengikut cara sendiri sebenarnya. Bercuti tak memerlukan wang yang banyak andainya kita bijak mencari cara dan lokasi. Antara ideanya ialah, anda boleh menyewa di hotel bajet di bandar yang tidak begitu jauh dari anda.

Hotel bajet pun ada je yang selesa tau, ada aircond internet semua ada. Pandai-pandai lah pilih ye. Ok kita teruskan dengan cerita idea tadi. Sebagai contoh, anda dari Petaling Jaya. Apakata anda bercuti di Shah Alam. Tak jauh kan. Minyak dah jimat kat situ. Sewa hotel bajet yang selesa sekiranya bawak anak dan isteri, kemudian berjalan lah sekeliling bandar. Melawat tempat-tempat yang tidak memerlukan bayaran.

Contohnya Taman Tasik Shah Alam, muzium dan banyak lagi. Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh dan belanja banyak untuk gembirakan diri dan anak isteri, cukuplah kita keluar sehari dua dari tempat atau environmet biasa kita.

Ini adalah antara idea untuk percutian bagi anda yang berhasrat untuk reduce tekanan harian dengan cara bercuti. Bercuti sebenarnya baik untuk merehatkan mental dan fizikal. Kadang-kadang lepas kita balik bercuti, kita akan merasa seolah-olah tenaga kita di recharge semula.

Baca lagi : 5 Beg Yang Sesuai Untuk Travel

Kalau yang bekerja menggunakan fikiran, selepas balik bercuti adakalanya mencurah-curah idea datang. Kalau menggunakan fizikal pula, badan terasa lebih segar selepas berehat dengan bercuti. Pernah rasa macam tu? Penulis pernah rasa. Jadi yang tengah stress tu sampai pandang komputer kerja pun dah rupa macam puching bag, apa kata anda pergi bercuti sekejap.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!