Nak ke Thailand? Ketahui Dahulu 5 Larangan dan Perkara Mesti Buat Di Negara Gajah Putih Ini

larangan di Thailand-01

Krabi merupakan antara lokasi di Thailand yang sering dikunjungi rakyat Malaysia. Sumber gambar : ByHotels.com

Thailand merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Mungkin disebabkan faktor geografinya, iaitu negara ini berada disempadan utara tanah air, jadi Thailand mudah di akses walaupun hanya menggunakan jalan darat. Namun dalam keseronokan kita bercuti ke negara Gajah Putih berkenaan, kita juga perlu peka terhadap peraturan yang telah ditetapkan. Elakkan melanggar peraturan di sana untuk menjauhkan sebarang masalah dan kesukaran ketika berada di sana. Jom kita lihat do’s dan don’ts ketika berada di Thailand.

larangan di Thailand-02

Sumber gambar : central-america

Baca lagi : Beza Buku Merah Dengan Buku Biru

#1- WALKIE TALKIE TAK DIBENARKAN

Kita mulakan dengan walkie talkie. Menggunakan walkie talkie merupakan kesalahan yang berat di Thailand. Larangan ini adalah disebabkan oleh faktor keselamatan. Jadi untuk mengelakkan diri ditahan di sana, jangan sesekali membawa alatan walkie talkie ke sini.

#2- HORMATI RAJA THAILAND

Warga Thailand sangat menghormati raja mereka. Jadi kita sebagai pelancong jangan berkata atau menulis bukan-bukan tentang raja mereka. Hormati raja mereka.

#3. HATI-HATI DENGAN DUIT THAILAND

Sebabnya di atas duit ada gambar raja mereka. Jadi jangan pijak atau rosakkan duit Thailand.

#4- JANGAN BUANG SAMPAH SEBARANGAN

Ini adalah peraturan yang bukan hanya kita perlu patuhi di Thailand tapi negara kita juga. Jadikan diri kita seorang berdisiplin. Mana-mana pun kita pergi buang sampah ditempat yang disediakan. Negara mana yang suka kita buang sampah merata-rata kan?

Oh ya, ada denda kalau tertangkap buang sampah merata-rata kat sini.

#5- KELUAR RUMAH WAJIB PAKAI PAKAIAN DALAM

Macam kelakar kan, tapi sebenarnya ini peraturan kat sini. Tak nak ulas panjang-panjang bab ni, rasanya semua dah faham sendiri.

Baca lagi : 9 Lokasi Menarik Di Hatyai dan Songkhla

Ini adalah antara 5 perkara yang tidak boleh dan perlu dibuat sepanjang berada di negara Thailand. Apa-apa pun, di mana sahaja kita berada, bawalah adab yang baik dan cuba untuk memahami peraturan, larangan dan budaya di tempat berkenaan untuk mengelakkan sebarang masalah timbul kemudian hari.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!