Nak ke Singapura? Jom Ketahui Dulu 7 Perkara Yang Menjadi Larangan Di Singapura.

larangan di singapura-01

Sumber/Kredit Gambar : Lena Serditova/Shutterstock

Thailand dan Singapura merupakan antara dua negara yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Faktor geografi juga merupakan antara sebab dua negara ini selalu dikunjungi rakyat negara kita. Namun dalam keseronokan kita mengunjungi kedua-dua negara sempadan berkenaan, jangan dilupa bahawa kita perlu mengikuti larangan dan peraturan mereka.

Ok kalau sebelum ni artikel mengenai larangan dan perkara yang mesti dilakukan di Thailand, sekarang kita akan lihat pula perkara yang menjadi larangan di Singapura. Untuk Thailand, sila klik di sini, Ketahui 5 Larangan dan Perkara Mesti Buat Di Negara Gajah Putih Ini.

Larangan di Singapura.

#1- MEROKOK

Jangan sesekali merokok ditempat awam. Kalau di Malaysia kerajaan mengenakan syarat 3 meter dari kedai makan, tapi kat Singapura tidak sesekali boleh, samaada di kedai makan atau di tempat awam yang lain.

#2- DALAM KENDERAAN AWAM

Tidak dibenarkan makan dan minum dalam kenderaan awam. Kalau tertangkap akan didenda.

#3- JANGAN BAGI BURUNG MAKAN

Memberi makan kepada burung pun tak boleh tau kat sini. Jangan cuba-cuba buat ok.

#4. CHEWING GUM PUN TAK BOLEH

Chewing gum juga diharamkan di Singapura.

#5- JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA

Buang sampah kat tong sampah. Jangan membuang merata-rata. Tentang buang sampah ni, kat negara kita pun tolong jangan buang sampah merata-rata. Jangan berdisiplin kat negara orang je, tapi disiplin tu serap sekali semasa kat negara sendiri.

# 6- GUNA TANDAS, JANGAN LUPA FLUSH

Kalau gunakan tandas, pastikan jangan lupa pam. Ada spotcheck, kalau tertangkap tak flush, sila bayar denda.

#7-JANGAN LINTAS SESUKA HATI

Guna laluan zebra atau jejantas kalau nak lintas jalan. Jangan bawa budaya Malaysia, tahan kereta guna tangan tu kat sini. Tak boleh.

Ini adalah antara perkara yang tidak boleh dilakukan di Singapura. Kalau tertangkap, dendanya sangat tinggi. Jadi pastikan peka dengan peraturan di sana untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku dan percutian bertukar menjadi sesuatu yang tidak seronok untuk dikenang.

Apa-apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu membawa diri dengan adab dan tingkahlaku yang baik tidak kira di mana saja kita berada. Jadilah pengembara dan pelancong yang sentiasa menjaga nama baik negara kita Malaysia.

Baca lagi : 9 Lokasi Menarik Di Hatyai dan Songkhla

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!