Ini 5 Lagu Patriotik Malar Segar. Semai Rasa Cinta Melalui Lagu.

Sama ada kita sedar atau tidak, bidang seni juga telah melahirkan banyak nasionalis yang meluahkan rasa cinta mereka terhadap negara melalui karya-karya indah. Senikata lagu yang sarat dengan jiwa perjuangan, menumbuhkan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, juga melahirkan rasa syukur dan penuh taat setia pada negara. Semua ini diluahkan dengan begitu indah sekali melalui lirik lagu dan juga melodi.

Baca lagi : Leftenan Adnan, Kisah Keberanian Wira Negara

Nama-nama seperti P. Ramlee (Perwiraku), Kassim Masdor(Bahtera Merdeka), Tanah Pusaka (Alfonso Suliano), Warisan (Syed Haron) dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama), merupakan antara nasionalis yang mempunyai kebolehan dalam muzik. Mereka melakarkan rasa cinta terhadap Malaysia dalam bentuk senikata dan melodi indah yang seterusnya menjadikan sesebuah lagu patriotik berkenaan menjadi malar segar.

Untuk artikel kali ini, kita akan menyentuh sedikit tentang muzik dan semangat patriotik. Lagu dan irama sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat aur dan tebing. Muzik sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai emosi. Emosi sedih, gembira, keliru, motivasi malah patriotik sekali pun boleh diluahkan melalui lagu dan muzik.

Pernah tak, anda dengar sesuatu lagu patriotik dan tiba-tiba rasa begitu semanagat dan perasaan sayangkan negara semakin menebal?

Itu adalah antara ‘kuasa’ lagu dan muzik. Banyak lagu patriotik malar segar sebenarnya namun untuk artikel kali ni, penulis memilih 5 lagu patriotik yang boleh menimbulkan memori, mungkin juga secara tiba-tiba anda akan teringatkan zaman kecil atau zaman persekolahan anda. Jom menyanyi sama-sama penulis, sambil menghayati seni katanya.

#1- TANGGAL 31

#2- SETIA

#3- JALUR GEMILANG

34- WARISAN

#5- DIGARHAYU TANAH AIRKU

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ada rasa cinta yang mendalam terhadap negara. Inilah tanah air kita, tanah tumpah darah kita.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!