Ketahui 7 Perkara Menarik Tentang Kota Xi’an, Kota Muslim Tertua Di China

Negara China merupakan salah satu destinasi yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Selain kaya dengan tempat-tempat pelancongan menarik, negara China juga merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sejarah-sejarah lama.

Seperti diketahui umum, China memang sebuah negara yang sangat luas. Banyak tempat menarik di sana. Antara tempat yang terkenal di China ialah Beijing. Namun untuk artikel ini kita tidak akan membicarakan tentang Beijing, sebaliknya tentang kota Xi’an.

Xi an merupakan antara salah satu tempat pelancongan yang menarik di China. Xi’an merupakan sebuah kota Muslim yang telah wujud sekian lama yang terletak di negeri Tiongkok. Ada beberapa fakta dan tarikan di kota bersejarah ni. Jom kita lihat 7 daripadanya.

Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan

#1- MAKANAN HALAL MUDAH DIDAPATI

Kota Xi'an China-01

Makanan di pasar malam Xi’an, Tiongkok yang dijual oleh masyarakat Muslim di sana. Kredit/sumber gambar : Kompas/Fira Abdurachman

Kita mulakan dengan makanan. sebagai Muslim ini adalah satu perkara yang sangat dititikberatkan. Kat Xi’an ni mudah untuk mendapatkan makanan yang halal dan sedap. Jadi ini tidak menjadi masalah buat kita pelancong Muslim. Anda boleh mendapatkan makanan halal di Muslim Street Xi’an yang menyajikan pelbagai makanan yang lazat-lazat dan yang penting, halal. Antara makanan unik yang boleh di cuba di sini ialah sate kambing yang di cucuk dengan kayu khas yang hidup di padang pasir.

#2- MASJID TERTUA CHINA ADA DI SINI

Kota Xi'an China-02

Kredit/sumber gambar : The Islamic Monthly

Di kota Xi’an ini juga terletaknya masjid paling tua yang terdapat di negara China iaitu masjid Agung Xi’an. Masjid ini di bina pada tahun 742 Masihi ketika zaman pemerintahan Kaisar Tia Bo dari Dinasti Tang. Ini adalah satu bukti bahawa Islam sudah bertapak lama di kota bersejarah ini. Masjid yang berusia ribuan tahun ini juga mempunyai senibina yang cantik dan unik serta dinding di dalam masjid di ukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

#3- BERMULANYA TAMADUN CHINA DI SINI

sejarah xian

Kredit gambar : laksmiandina.com

Xi’an juga merupakan satu tempat yang merupakan kelahiran awal Tamadun China. Ini menunjukkan kota ini sememangnya sudah begitu lama wujud dan sejarah Xi’an telah dicatat daripada awal tamadun sehinggalah kepada era maharaja seterusnya kepada zaman kemodenan. Satu sejarah yang cukup panjang dan lama. Kota Xi’an juga termasuk dalam Laluan Sutera.

#4- TERRACOTTA WARRIORS

Kota Xi'an, China-04

Sumber gambar : Wikipedia

Di Xi’an ini juga terdapat Terracotta Warriors yang merupakan kompleks kuburan pada Zaman Dinasti Qin dan tenteranya. Dikatakan terdapat dalam lingkungan antara 6000 hingga 7000 patung tentera yang diperbuat daripada tanah liat di sini.

Kuburan tentera patung tanah liat ini ini terletak sekitar 40 kilometer di bahagian timur Kota Xi’an dan merupakan kompleks kubur terbesar di dunia. Sebelum ditemui oleh ahli arkeologi, ia tersembunyi di bawah tanah selama 2000 tahun.

#5- CUACA DI XI’AN

cuaca di xi an

Kredit gambar : Qarami Hashim

Cuaca di Xi’an adalah agak sederhana dan tidak terlalu ekstrem. Apabila musim sejuk tidak terlalu sejuk, apabila musim panas tidak terlalu panas. Waktu paling sesuai untuk ke sini ialah pada musim luruh dan musim bunga kerana pada musim berkenaan suhu di Xi’an adalah sangat selesa, tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas.

#6- SEJARAH CHINA BERMULA DI XI’AN

kota xian

Kredit/sumber gambar : Fira Abdurachman/Kompas.com

Seperti yang dikatakan di atas, Xi’an merupakan permulaan kelahiran tamadun negara China. Oleh itu untuk memahami sejarah China, kita boleh bermula dengan mengkaji sejarah Xi’an dan mengetahui kenapa kota ini begitu penting buat sejarah negara China.

#7- KEUNIKAN TEMBOK KOTA

tembok kota xian

Sumber gambar : Limau Mandarin

Tembok ini telah dibina semasa zaman Dinasti Ming. Difahamkan tujuan tembok ini dibina pada waktu itu ialah kerana ingin melindungi bandar dari sebarang ancaman. Sekarang kita boleh berbasikal di sekitar tembok Kota ini. Sambil-sambil tu boleh merasai dan membayangkan situasi zaman-zaman dahulu di tembok berkenaan. Menarik jugak kan?

Baca lagi : 5 Syurga Dunia di Kashmir

Ternyata Kota Xi’an mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati lebih-lebih lagi buat pencinta sejarah atau untuk mereka yang sekadar ingin melawati tempat-tempat best di sini. Semoga artikel ini membantu anda sekiranya anda berhasrat untuk mencari lokasi menarik di negara China sebagai lokasi lawatan yang seterusnya. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Rujukan : LimauMandarin

: Rappler

: My Metro

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info  dan pakej-pakej menarik tentang percutian? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!