Kisah Benar Tentang Hachiko Anjing Setia Yang Sangat Menyentuh Perasaan

kisah anjing setia bernama Hachiko-01

Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah mendengar tentang cerita Hachiko, iaitu kisah seekor anjing yang sangat setia menunggu kepulangan tuannya tanpa ia mengetahui bahawa tuannya telah tiada lagi di dunia ini. Kisah Hachiko sangat popular bukan sahaja di Jepun malah di dunia. Terdapat sebuah filem yang diinspirasikan daripada cerita benar ini yang bertajuk Hachi yang dilakonkan oleh Richard Gere. Jom kita baca tentang kisah Hachiko yang boleh membuatkan emosi terusik melihat kesetiaan dan ketabahan seekor anjing dalam menanti kepulangan tuannya ini.

kisah anjing setia bernama Hachiko-05

Sumber Gambar : Google

Kita mulakan dengan pengenalan tentang Hachiko dan tuannya. Hachiko ialah sejenis anjing dari baka Akita Inu. Jenis baka ini mempunyai badan yang tegap dan kelihatan kemas. Kisah bermula apabila anjing tersebut telah dibawa pulang oleh seorang Profesor yang mengajar di Universiti of Tokyo ke rumahnya yang terletak di Shibuya. Nama Profesor berkenaan ialah Profesor Ueno. Profesor Ueno memberi nama Hachi, ada yang berkata Hachi maksudnya cahaya, ada pula versi yang berkata Hachi merujuk kepada angka lapan yang membawa erti keuntungan bagi masyarakat sana. Nama Ko pulak diletak di hujung nama Hachi-Ko yang bermaksud anak.

Baca lagi :  5 Negara Destinasi Bunga Asia

Profesor Ueno melayan Hachiko dengan sangat baik seperti keluarga dan rakan baiknya. Sepanjang Profesor Ueno menjaganya, beliau gemar memberi Hachiko sate ayam yang dipanggil Yakitori, dan sememangnya Hachiko sangat menggemarinya.

kisah anjing setia bernama Hachiko-04

Sumber Gambar : Google

Rutin harian Hachiko ialah menunggu Profesor Ueno pulang bekerja. Hampir satu tahun Hachiko akan menghantar dan menunggu Profesor Ueno di Stesen Keretapi Shibuya. Itu adalah tanda kasih sayang dan kesetiaan Hachiko terhadap tuannya.

Namun suatu hari, segala-galanya berubah. Prosefor mengalami strok dan disahkan meninggal dunia di universiti tempatnya mengajar sebelum sempat bertemu dengan Hachiko.

Hachiko kemudiannya dijaga oleh saudara Profesor Ueno. Rumah saudaranya tidak jauh dari stesen Shibuya, iaitu tempat biasa Hachiko menunggu kepulangan tuannya dari tempat kerja.

kisah anjing setia bernama Hachiko-02

Satu hari, mungkin Hachiko berasa rindu dan sepi, ia melarikan diri dari rumah penjaga barunya itu dan terus menuju ke Stesen Keretapi Shibuya. Harapannya adalah untuk bertemu dengan tuannya, tanpa menyedari bahawa semua itu tidak mungkin lagi akan berlaku.

Pada tahun 1928, Stesen Keretapi Shibuya telah dinaik taraf dan diubahsuai. Ketika stesen berkenaan rancak diubahsuai, itu tidak menghalang Hachiko untuk terus setia menunggu tuannya di situ.

Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno, bernama Kikuzaburo menyedari Hachiko sering menunggu tuannya di sebuah tempat yang masih baik keadaannya. Tukang kebun itu juga selalu memberi Yakitori untuk Hachiko, iaitu makanan kegemaran Hachiko yang sering diberi oleh tuannya dahulu.

Pada tahun 1928 juga, iaitu pada tahun yang sama, terdapat seorang pengkaji jenis anjing baka Akita Inu yang juga kebetulan merupakan salah seorang pelajar Profesor Ueno telah melihat Hachiko yang ketika itu masih dalam posisi menunggu tuannya pulang. Dia mengamati cara Hachiko menunggu kepulangan tuannya dan berusaha memperoleh pelbagai maklumat tentang Hachiko.

Kemudian beliau mula menulis tentang Hachiko dan artikelnya yang bertajuk ” Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years” tersebar meluas. Berita berkenaan dimasukkan dalam ruangan berita dalam Harian Asahi pada tahun 4 Oktober 1933.

Bermula daripada penyebaran artikel berkenaan, Hachiko mula terkenal.

Hachiko akhirnya meninggal dunia pada 8 Mac 1934. Apa yang menyedihkan, di saat-saat akhir kematiannya juga , Hachiko masih lagi setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya. Kini tempat berkenaan dinamakan sebagai Pintu Hachiko Shibuya sebagai memeperingati kesetiaan Hachiko menunggu tuannya di situ.

kisah anjing setia bernama Hachiko-03

Pada tahun 1934, Patung Hachiko didirikan berhadapan stesen keretapi berkenaan. Posisi patung Hachiko adalah sama seperti dirinya yang sedang menunggu…dan terus menunggu kepulangan tuannya yang sudah pasti tidak akan kunjung tiba lagi.

Kini terdapat 3 buah patung hachiko di Jepun. Satudi Shibuya, satu di Akita dan satu lagi di tempat kelahiran Hachiko iaitu Odate.

Baca lagi : Ketahui Beza Antara Pasport Merah dan “Pasport Biru”

Ternyata, kasih sayang bukan hanya diperlukan untuk sesama manusia tapi juga sesama makhluk Allah yang lain. Kisah Hachiko memberi simbol tentang kasih sayang dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dari seekor binatang peliharaan terhadap manusia yang begitu baik dengan dirinya selama ini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!