Walaupun Ibu Bapanya Berubah Menjadi Khinzir, Pemuda Tersebut Tetap Berbakti Kepada Ibu Bapanya

 

Ini adalah sebuah kisah yang menarik dan penuh pengajaran. Pada suatu hari Nabi Musa A.S bertanya kepada Allah siapa jirannya apabila di syurga nanti. Allah menjawab dan memberitahu nama orang berkenaan, kampung serta tempat tinggalnya. Apabila mendapat jawapan, Nabi Musa pun turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan ke tempat yang diberitahu.

Baca lagi : Uwais Al-Qarni Terkenal Di Langit

Setelah beberapa hari perjalanan, akhirnya Nabi Musa sampai di tempat yang dituju. Nabi Musa mendapatkan pertolongan penduduk di kawasan berkenaan dan akhirnya berjaya bertemu dengan orang yang dicari.

Setelah memberi salam Nabi Musa dipersilakan masuk ke rumah. Orang itu kemudiannya terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Kemudian beliau keluar. Namun ada sekali seekor khinzir betina yang besar di dukung olehnya. Pada waktu itu, Nabi Musa berasa sangat terkejut. Khinzir itu kemudiannya diperlakukan dengan baik dan santun. Dimandikan, dibersihkan, dipeluk cium dan dihantar semula ke dalam bilik.

Kemudian, dia keluar sekali lagi. Kali ini membawa seekor khinzir jantan pula. Seperti tadi juga, khinzir jantan yang lebih besar saiznya itu dimandikan, dibersihkan, dilap kering dan dipeluk cium olehnya. Selepas siap semua, dia membawa kembali khinzir berkenaan masuk ke dalam bilik.

Apabila selesai semua kerjanya, dia seterusnya melayani Nabi Musa A.S. Nabi Musa bertanya apakah agamanya dan pemuda berkenaan menjawab agama tauhid iaitu agama Islam.

Mendengar jawapan berkenaan, Nabi Musa bertanya kenapa memelihara khinzir sedangkan dalam agama Islam tidak boleh berbuat sebegitu.

Pemuda tersebut kemudian menjelaskan situasi berkenaan. Sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah merupakan kedua ibu bapa kandungnya. Oleh sebab kedua-dua ibu bapanya ada melakukan dosa besar maka Allah SWT telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.

Pemuda tersebut memberitahu bahawa sebagai anak, beliau tetap melaksanakan kewajipannya sebagai anak. Tentang dosa ibu bapanya dengan Allah itu adalah urusan ibu bapanya dengan Allah.

Sebagai anak, beliau tetap melaksanakan tugasnya untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya walaupun rupa mereka telah bertukar. Malah beliau selalu memohon doa kepada Allah supaya menukarkan kembali wajah kedua ibu bapanya namun belum makbul.

Pada ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S.

” Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu, kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ”

“Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga”

Betapa berkatnya menjadi anak yang soleh/solehah. Doa anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya dapat menebus dosa ibu bapanya yang akan pindah dari negara ke syurga.

Baca lagi : Kisah Si Lebah

Marilah kita berusaha menjadi anak yang soleh/solehah kepada kedua ibu bapa kita. Berbaktilah kepada mereka sekiranya mereka masih ada di dunia ini. Sekiranya sudah tiada, doakan mereka selalu kerana salah satu perkara yang tidak terputus walaupun selepas seseorang itu meninggal dunia ialah doa dari anak yang soleh. InsyaAllah.

Rujukan : Blog Aku Islam

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!