Ketahui Lima Lokasi Percutian Tanah Tinggi Menarik Di Malaysia. Lihat 2 dan 4.

Malaysia sememangnya negara yang indah dan menawarkan pelbagai jenis lokasi percutian untuk para pelancong tempatan dan luar negara. Pelbagai jenis lokasi percutian wujud di negara kita, antaranya percutian pulau, percutian bandar, percutian bercirikan homestay dan juga percutian di tanah tinggi. Fokus artikel kali ini ialah percutian di tanah tinggi. Percutian di tanah tinggi memberikan sensasinya yang tersendiri. Untuk sebuah negara yang beriklim khatulistiwa, percutian tanah tinggi ibarat membawa kita berada di luar negara kerana cuacanya yang sejuk dingin.  Terdapat beberapa lokasi percutian tanah tinggi yang menarik di Malaysia. Antaranya ialah seperti berikut :

 

Percutian Tanah Tinggi-01

credit image : D Asia Travel

#1- CAMERON HIGHLAND

Antara lokasi tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Dari sejarahnya, Cameron Highland mendapat nama sempena nama seorang pegawai Inggeris yang menemuinya pada tahun 1885, iaitu William Cammeron. Terdapat pelbagai lokasi menarik di sini antaranya Boh Tea Centre, Ladang the Cameron Valley, Lavender Garden, Avant Chocolate dan pelbagai lagi.

Satu lagi yang penting,dah jadi trademark kat sini, tidak lengkap rasanya datang sini tanpa melawat ladang strawberi dan membeli strawberi kan? Jom ke Big Red Strawbery Farm. Macam-macam korang boleh dapat kat sini. Daripada waffle, sundae, muffin, tart, scone semuanya berasaskan strawberi.  Serunding strawberi pun ada tau. Menarik.

Kalau nak tengok bunga cantik-cantik pulak korang wajib pergi Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland. Boleh jadi excited menengoknya, sebab cantik sangat bunga-bunga kat situ hehe.

 

Baca Lagi : 5 Negara Musim Bunga Wajib Pergi.

Percutian Tanah Tinggi-02

Credit Image : Urang Sabah

#2-KUNDASANG

Terletak setinggi 2000m dari aras laut, Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di negeri bawah bayu ni. Tak lengkap bercuti kat Sabah kalau tak pergi Kundasang ni. Kundasang terletak berdekatan dengan gunung yang sangat terkenal di Sabah yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Antara lokasi yang terkenal di Kundasang ni ialah Desa Cattle Dairy Farm. Ada yang dah pernah pergi? Pasti korang bersetuju kan tempat ni macam New Zealand Malaysia. Rasa macam tengah bercuti kat oversea.  View di sekitar Kundasang juga sangat cantik.

Tentang penginapan korang jangan risau. Sesuai dengan lokasi yang menjadi tumpuan pelancong bab penginapan memang tak ada masalah. Banyak penginapan menarik di sekitarnya. Macamana, dah dapat idea bercuti kat mana hujung tahun ni?

 

Percutian Tanah Tinggi-03

#3-BUKIT FRASER

Seterusnya, Bukit Fraser. Bukit Fraser terletak di negeri Pahang dan kalau korang dari Kuala Lumpur, lebih kurang 2 jam perjalanan sahaja, plus minus. Bukit Fraser sesuai sebagai lokasi honeymoon atau percutian bersama keluarga. Banyak tempat-tempat menarik yang wujud di Fraser Hill ni.

Antaranya ialah Air Terjun Jeriau. Air Terjun ni sesuai untuk aktiviti dengan anak-anak isteri. Korang boleh bersantai kat sini sebab ada kemudahan tempat rehat berbangku, taman permainan untuk kanak-kanak dan tempat untuk berkelah. Tempat menarik lain ialah Menara Jam Bukit Fraser. Menara Jam ini ibarat trademark atau mercu tanda kat sini.

Tak lengkap korang datang Bukit Fraser tapi tak bergambar depan Menara Jam ni. Salah satu lokasi wajib bergambar apabila selamat tiba. Selain tu banyak lagi tempat menarik lain seperti Hemmant Trail Fraser Hill, Taman Reakrasi Bukit Fraser, Taman flora Bukit Fraser dan Allen’s Water.

 

Baca Lagi : 10 Tips Bulan Madu Paling Awesome

Percutian Tanah Tinggi-04

Credit Image : kebiruan.com

#4-BUKIT TINGGI

Bukit Tinggi merupakan antara satu lagi lokasi menarik bagi korang yang gemarkan percutian di tanah tinggi. Untuk memulakan pengembaraan di sini, apa kata korang melawat terlebih dahulu Colmar Tropicale French Village. Di buka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan ala Perancis ini diinpirasikan oleh Colmar Village Alsace iaitu sebuah perkampungan Perancis yang terkenal dengan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

Cuaca sejuk, bangunan menarik, jadi kalau ada kat sini pasti buatkan korang rasa seolah-olah berada di luar negara. Selain tu korang boleh jugak try melawat Japanese Village. Bayangkan tadi Perancis, sekarang kat Jepun pulak. Tak payah beli tiket flight, kat satu tempat je, boleh feeling dok kat dua negara dah. Best kan? Ok kalau kat Japanese Village ni pulak korang boleh tengok taman ikan koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik.

Ada jugak Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa dan macam-macam lagi.

Percutian Tanah Tinggi-05

#5-GUNUNG JERAI

Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi di Kedah. Ada beberapa cara nak naik kat atas. Nak drive pun boleh tapi kalau rasa tak nak drive boleh guna khidmat shuttle service The Regency Jerai Hill Resort. Untuk ke puncak, laluan pendakian ada disediakan.

Gunung Jerai  ni dahulunya dikatakan sebuah pulau yang bernama Pulau Serai. Tapi sebab penurunan aras laut, maka jadilah Gunung Jerai. Di kaki Gunung Jerai ni terdapat Candi Lembah Bujang yang semememangnya terkenal bagi penggemar sejarah lama. Ketinggian Gunung Jerai ialah 1175m dari aras laut.

Antara tarikan yang terdapat disini ialah Hutan Lipur Titi Hayun, Air Terjun Puteri Mandi, Muzium Perhutanan dan juga  tempat bersejarah seperti Telaga Tok Sheikh. Untuk penginapan pula, terdapat The Recency Jerai Hill Resort yang sangat selesa. Antara kemudahan yang terdapat di resort ini ialah spa, jogging trail, tapak perkhemahan, kolam renang, taman permainan dan paint ball. Jadi, kalau korang datang Kedah, jangan lupa singgah sini ok?

 

Itu antara 5 lokasi tanah tinggi yang ada di Malaysia. Ternyata Malaysia sangat kaya dengan lokasi percutian yang menarik. Selain pulau yang terkenal dalam kalangan pelancong, tanah tinggi di negara kita tidak kurang hebatnya. Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada korang yang tengah mencari lokasi tanah tinggi sebagai percutian korang yang seterusnya.

 

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!