Hai Peminat Kopi. Ini Jenis-jenis Kopi Yang Perlu Anda Tahu.

 

jenis-jenis kopi- grafik

Sumber gambar : ecooe.com(Ecooe)

 

Kopi merupakan satu minuman yang menjadi kesukaan hampir seluruh dunia. Ibarat minuman international jugak sebab rata-rata kebanyakan orang tak mengira bangsa pasti suka kopi. Sama ada di sebuah kampung dalam negara Malaysia sampailah di sebuah bandar sibuk dan besar di London sana. Cuma bezanya nama, rupa dan rasa kopi tersebut. Pasti korang pun bersetuju kan. Cuba pergi ke satu warung di tepi jalan, order kopi mesti ada, pergi coffee house pun ada kopi, ye lah nama pun coffee house kan. Hehe. Pendek kata, mudah jumpa kopi di mana-mana sahaja. Setuju ke setuju?

Ok kita teruskan ke point utama iaitu, artikel kali ni akan membawakan tentang jenis-jenis kopi yang boleh dikatakan high class yang wujud dan boleh dijadikan panduan untuk korang kalau nak order kat mana-mana restoran. Bukan niat nak bezakan standard sesuatu kopi itu high class atau tak, namun sekadar untuk memberitahu korang tentang kopi-kopi yang wujud kalau korang ke restoran-restoran ternama tertentu atau mungkin masa korang melancong ke luar negara.

Mari kita lihat antara kopi-kopi yang wujud.

#1- CAFFE LATTE

 

jenis-jenis kopi-01

Sumber Gambar : Attibasi Coffee Company

Baca lagi : Lipat Baju Cara Jimat Ruang Beg Untuk Travel

Caffe latte ni adalah gabungan daripada kopi espresso dengan susu yang telah dikukus. Bahasa mudah pahamnya atau bahasa kita ialah kopi susu. Boleh di minum secara sejuk atau panas. Apa pulak yang dikatakan espresso yang dicampurkan sekali susu kukus tadi tu? Ok, nanti penulis akan terangkan di bawah. Teruskan bacaan.

#2- ESPRESSO

jenis-jenis kopi- espresso

Sumber Gambar : Cafe Royal

 

Ini cerita tentang espresso. Penting untuk baca tentang espresso ni, jangan skip sebab espresso ni ibarat watak utama untuk kebanyakan kopi. Senang cerita bahan asas utama untuk kebanyakan kopi. Penulis ada pengalaman sendiri tentang kopi espresso ni.

Ceritanya penulis baru masuk bekerja dalam satu restoran ni, ambil pesanan daripada seorang pelanggan. Main ambik je tak bagitahu apa kat pelanggan, maklumlah baru lagi, memang tak tahu espresso tu macamna. Bila datang saja pesanan, terbahak-bahak dia gelak. Mujur dia tak marah. Yelah kecik sangat cawannya. Macam cawan untuk baby minum. Haha.

Selepas tu, penulis memang bagitau siap-siap kat customer sebab sapa tak tahu minum, memang rugi order ni. Pekat dan pahit. Tak semua mampu telan. Untuk sesiapa yang suka dan pandai minum tak ada masalah. Espresso ni sebenarnya estrak kopi yang sangat pekat dan selalunya dijadikan bahan asas untuk kopi-kopi lain. Macam kopi hitam pekat melikat gitu. Kecik tapi power, sapa nak hilang mengantuk, haaaa memang sesuai.

#3- CAPPUCINO

jenis-jenis kopi- cappucino

Selalunya akan ada yang keliru beza antara caffe latte dengan cappucino ni. Sebenarnya sama saja penyediaanya iaitu estrak kopi iaitu espresso akan di campur dengan susu kukus tapi yang membezakan ialah cappucino akan ditambah buih susu di atasnya.  Pembuat air atau barista akan menggunakan mesin khas iaitu mesin tekanan air untuk mendapatkan buih susu yang banyak, halus dan cantik seperti dalam gambar di atas.

#4- AMERICANO

jenis-jenis kopi-americano

Americano merupakan kopi yang menggunakan espresso sebagai bahan asas, ditambah air panas untuk mengurangkan kepekatan espresso. Macam kopi o kita je rupanya. Boleh diminum panas atau sejuk. Aroma kopinya kuat namun kafeinnya rendah. Sesuai untuk yang nak cuba espresso tapi tak tahan pekat dan pahit, boleh cuba order Americano ni.

#5. MACCHIATO

jenis-jenis kopi- macchiato

 

Bila sebut nama Macchiato, penulis rasa macam comel je kan namanya. Hehe. Macchiato ni macam kopi susu tapi ada bezanya dengan caffe latte dan cappucino. Bezanya kali ni kopi pulak yang ditambah dalam susu tu. Bukan kopi yang ditambah susu. Tapi susu yang ditambah kopi. Haaa nampak tak, hehe.

Untuk mengelakkan pening dengan kenyataan di atas sebenarnya mudah je. Bayangkan susu dalam satu gelas, dan ditambah sedikit espresso didalamnya. Susu adalah lebih banyak daripada kopi. Maksudnya susu tu yang ditambah kopi, bukan kopi ditambah susu. Jadilah Macchiato. Gituuu. Macchiato ni boleh dipelbagaikan rasa. Ada letak karamel, vanila dan coklat.  Macam syok je kan. Boleh cuba nanti.

#6- AFFOGATO

jenis-jenis kopi- affogato

Sumber Gambar : DeLonghi

Pertama kali penulis tahu tentang kewujudan kopi jenis Affogato ni masa penulis kerja kat satu restoran ni masa zaman penulis muda remaja dulu. Affogato ni merupakan pencuci mulut berasaskan kopi bersama aiskrim yang berasal dari Itali.

Menggunakan espresso panas kemudian diletakkan aiskrim, selalunya aiskrim vanilla di dalamnya. Nak guna aiskrim jenis lain pun boleh. Bancuh espresso panas, letak aiskrim vanila di dalamnya maka jadilah Affogato. Akan ada satu sudu kecil dihidangkan dengan Affogato ni. Senang nak makan dan kacau aiskrim tu sekali.

Baca lagi : Lima Lokasi Percutian Tanah Tinggi Di Malaysia.

#7- MOCHA

jenis-jenis kopi- mocha

Sumber Gambar : Alaska From Scratch

Mocha merupakan minuman berasaskan kopi yang di campur dengan coklat. Espresso campur coklat, maka terjadilah Mocha. Minuman ini berasal daripada Amerika dan di inpirasikan dari kopi Itali yang dipanggil Bicerin. Mocha boleh diminum secara sejuk, panas atau dijadikan sebagai ais kisar (ice blended).

Untuk penyediaan ice blended Mocha atau sejuk sangat sedap sekiranya diminum dengan krim putar (whipped cream) yang dihias diatasnya. Rasa lebih lemak berkrim. Sedap. Nyumms. Ada jugak yang mempelbagaikan minuman Mocha ni mengikut kreativiti dan citarasa sendiri contohnya seperti Coconut Milk Ice Mocha seperti gambar di atas. Klik link di sini untuk resepi asal.

Ini adalah kopi-kopi yang wujud dan lazimnya ada dijual dikebanyakan restoran-restoran sama ada dalam atau luar negara. Sekiranya korang melancong kat luar pun terma kopi ni korang boleh guna pakai sebab selalunya kalau nama tu dah sama, so rasanya lebih kurang saja sama ada korang minum di coffee house di Malaysia atau mana-mana restoran kopi di luar negara.Cuma yang membezakannya mungkin ada perasa tambahan seperti Macchiato ditambah vanila, atau karamel atau mungkin juga coklat.

Semoga bermanfaat dan semoga artikel ni dapat membantu korang buat pilihan kopi yang betul apabila membuat pesanan di mana-mana restoran yang berkaitan, sama ada dalam negara atau ketika di luar negara.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!