Ketahui 9 Taman Tema Menarik di Malaysia. Sesuai Untuk Seisi Keluarga.

Taman tema air juga merupakan salah satu jenis lokasi pelancongan di Malaysia yang diminati oleh sesetengah masyarakat negara kita. Sangat sesuai untuk percutian santai seisi keluarga. Bersuka ria di taman tema bersama anak-anak pasti memberikan seribu satu kenangan manis untuk kita. Selain tu, percutian taman tema ni jugak sesuai untuk dijadikan sebagai short vacation. Boleh bawa anak-anak semasa hujung minggu atau waktu cuti sekolah. Jom kita tengok senarai taman tema menarik yang ada kat Malaysia.

#1- SUNWAY LAGOON, PETALING JAYA

 

taman tema menarik di malaysia- sunway lagoon

Credit Image : Big Tree Tours

Sunway Lagoon merupakan antara taman tema air paling popular di Malaysia. Banyak permainan air yang mencabar kat sini. Terdapat lima slot taman tema utama yang menanti kehadiran pengunjung disini iaitu Extreme Park, Wildlife Park, Screame Park, Water Ride dan Amusement Park. 

Sunway Lagoon terletak dalam kawasan Sunway Pyramid Shopping Mall dan Sunway Resort Hotel. Kalau korang duduk kat area Lembah Klang, dah tak berapa jauh dah tu. Boleh lah bawa anak-anak datang sini semasa hujung minggu. Pasti dorang enjoy.

Baca lagi : 11 Lokasi Mudah Pergi Menarik di Shah Alam

#2- CARNIVALL WATERPARK SUNGAI PETANI, KEDAH

taman tema menarik di malaysia- carnivall water park

Credit Image : crispoflife.com

Carnivall Water Park terletak di Sungai Petani dan antara taman tema air yang popular jugak kat Utara. Jadi,bagi korang yang berada di utara tanah air, Carnivall Water Park di Sungai Petani ini adalah lokasi yang terdekat boleh korang kunjungi dengan famili atau kawan-kawan.

Carnivall Water Park ini juga merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort. Banyak permainan best-best ada kat sini. Datang ramai-ramai samada dengan famili atau kawan-kawan baru syok main kan. Meriah sikit gituuu.

#3- WET WORLD, SHAH ALAM

taman tema menarik di malaysia- wetworld shah alam

Sumber gambar : Google

Untuk warga Selangor atau sesiapa yangmelancong ke Negeri Selangor, taman tema air ini terletak di Seksyen 2 Shah Alam, iaitu tidak jauh dari pusat bandar Shah Alam. Ada ketinggian air yang tidak melebihi 1 meter, jadi kat sini adalah selamat untuk kanak-kanak. Macam kebanyakan taman tema air lain juga, ada sudut yang sesuai untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak.

Tarikan seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island pasti akan menggembirakan korang sekeluarga. Cuba lah datang sini bagi yang berpeluang ye. Penuhkan aktiviti hujung minggu korang dengan keluarga tercinta kat sini. Memang sesuai.

#4- LEGOLAND WATERPARK, JOHOR

taman tema menarik di malaysia- legoland water park

Sumber gambar : ICosmos

Legoland Water Park Johor merupakan antara taman tema yang terbesar di dunia. Terdapat lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif disini. Wow, puas hati main kalau macam ni. Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun. Berbaloi nak datang main sini. Boleh main sampai pening haha, maksudnya sampai puas lah hehehe. Terbaik.

#5- A FAMOSA WATERWORLD MELAKA

taman tema menarik di malaysia- a famosa water park

Sumber gambar : Google

Merupakan taman tema air yang terkenal di Melaka. Antara tarikan utama ialah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing.

Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anda seolah-olah mengembara di dunia koboi. Menarik dan pastinya korang sekeluarga akan terhibur sepanjang berada kat sini.

#6- LOST WORLD OF TAMBUN (LOST WORLD WATER PARK), PERAK

taman tema menarik di malaysia- lostworld of tambun

Sumber gambar : ICosmos

Sesuai dengan namanya, Lost World of Tambun menjanjikan satu seribu keseronokan seolah-olah anda berada di dunia yang telah hilang. Lost World Of Tambun terletak di Negeri Perak. Di kelilingi dengan hutan yang menghijau dan batu kapur, taman tema ini dapat membuatkan anda melupakan sebentar masalah kerja dan kesibukan kota.

Antara aktiviti menarik yang dapat dilakukan ialah membawa anak-anak menikmati keriangan di Kids Explorababy, melihat keindahan batu kapur dari pelampung di Adventure River aataupun berlumba di Cliff Racer. Yang pastinya apa pun rancangan aktiviti anda di sini, pasti tiada sedetik pun waktu untuk kebosanan menerpa.

#7- WATERWORLD I-CITY, SHAH ALAM

taman tema menarik di malaysia- waterworld i-city

Credit Image : Farhan Ghani /The Star

Merupakan antara salah satu tarikan yang terdapat di I-City, Shah Alam. Banyak yang best kat sini. Antaranya Ultimate Tornado Slide iaitu sejenis gelongsor yang berlingkar atau berpusar. Sesuai untuk sesiapa yang sukakan cabaran.

Pasti akan meledakkan hormon adrenalin pada tahap yang maksima. Mencabar, mungkin agak gayat bagi sesetengah orang tapi menarik. Dan seperti taman tema air yang lain, untuk bahagian yang sesuai dengan kanak-kanak pun ada. Pendek kata memang sesuai untuk seisi keluarga.

#8- BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

taman tema menarik di malaysia- bukit merah laketown

Credit Image : Tourism Perak

Satu lagi taman tema air yang popular iaitu Bukit Merah Laketown Resort terlelak di Semanggol, Perak, berhampiran dengan Taiping. Sebagai salah satu taman tema terawal di Malaysia, Bukit Merah Laketown Resort ini sentiasa menerima kunjungan yang tidak putus-putus saban tahun. Terdapat beberapa aktiviti yang disediakan di taman tema ini, yang utamanya ialah Water Park dan Eco Park.

Antara permainan yang ada di slot Water Park ialah Boomerang, Waterfall Bridge, Lazy River dan banyak lagi. Di Eco Park pula terdapat aktiviti Skycycle, Nature Trail, Tropical Trek,  Predator Park, Pets Park dan pelbagai lagi aktiviti lain yang sangat menarik untuk di cuba.

Jadi, kepada mereka yang sedang mencari-cari taman tema yang agak unik di sebelah utara tanah air, bolehlah datang ke Bukit Merah Laketown Resort ni. Korang pasti terhibur ketika menghabiskan masa hujung minggu dengan keluarga di sini.

#9- BUKIT GAMBANG LAKETOWN RESORT

taman tema menarik di malaysia- bukit gambang water park

Credit Image : Tourism Pahang

Baca lagi : Ini Antara Zoo Utama Yang Terdapat Di Malaysia

Satu lagi taman teman air yang terkenal di negara kita ini ialah Bukit Gambang Water Park terletak di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Ia merupakan taman tema yang tidak kurang menariknya. Antara kemudahan aktiviti yang diadakan disini ialah 6- Lane Racer, Aqua Play, Kids slides, Wave Pool, Cabana Coco Beach dan Glacier River.

Gambang Water Park juga merupakan antara taman tema air yang tidak menggunakan sistem tunai, maksudnya untuk menyewa pelampung, makan minum di dalamnya atau untuk sewa loker kita perlu menggunakan duit yang di top up dalam gelang tangan yang disediakan. Kalau tidak habis digunakan, jangan risau kerana kita boleh refund semula duit berkenaan. Menarik dan mudah bukan?

Ternyata Malaysia mempunyai taman tema air yang sangat menarik untuk dikunjungi dan sesuai dijadikan lokasi beriadah bersama keluarga. Diharapkan artikel ini dapat memberikan korang idea, nak bawa anak-anak dan isteri ke mana minggu ni.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!