Suasana yang begitu indah dengan hamparan tasik yang airnya biru memukau, ditambah dengan kehijauan di sekelilingnya, membuatkan kawasan ini sering menjadi lokasi terkenal dalam kalangan pelancong luar dan dalam negara. Danau Toba merupakan salah satu keajaiban alam yang menakjubkan. Danau Toba ini terletak di Pulau Sumatra dan merupakan sebuah tasik vulkanik (volcanic lake) yang terbesar di dunia. Danau Toba dipercayai telah terbentuk sekitar 73,000 ribu tahun yang lampau. Danau ini bukanlah sekadar sebuah tasik, tapi lebih daripada itu. Jom kita lihat tentang fakta menarik tentang Danau Toba atau di kenali juga sebagai Lake Toba ini.
#1- TERDAPAT PULAU DI TENGAH DANAU
Terdapat sebuah pulau yang bernama Pulau Samosir di tengah-tengah danau. Pulau Samosir merupakan sebuah pulau yang terbesar di Asia Tenggara dengan berukuran 100 kilometer panjang, 30 kilometer lebar dan mempunyai kedalaman kira-kira 505 meter.
Pulau ini didiami oleh masyarakat tempatan yang merupakan suku kaum Batak. Apa yang menariknya dalam pulau tersebut juga terdapat tasik yang dikenali sebagai Tasik Sidihoni. Bayangkan dalam tasik (Danau Toba) ada lagi tasik (Tasik Sidihoni), dan dalam tasik (Danau Toba) berkenaan wujud pula sebuah pulau (Pulau Samosir). Menakjubkan.
Baca lagi : Panduan Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara
#2- AIR TERJUN TERTINGGI DI INDONESIA ADA DI SINI
Sumber Gambar : TopMetro News
Di Danau Toba ini juga terdapat air terjun yang paling tinggi di Indonesia iaitu Air Terjun Sipiso-Piso. Ketinggiannya menjangkau 120 meter. Wow tinggi bukan.
Air terjun ini diibaratkan seperti pisau yang tajam dan terbentuk oleh Sungai Pajanabolon yang mengalir keluar antara tebing dan bertemu muara di Danau Toba. Suasana di sini sungguh cantik dan nyaman sekali dan sudah pasti memberikan satu kedamaian yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
#3- DANAU TOBA LEBIH BESAR DARIPADA SINGAPURA. WOW!
Satu lagi fakta yang menarik tentang Danau Toba ini ialah danau ini merupakan tasik vulkanik yang terbesar di dunia. Dengan keluasan 1140 kilometer dengan kedalaman sebanyak 505 meter ia membuatkan tasik ini kelihatan seperti sebuah laut yang luas.
Malah keluasannya lebih besar dari negara Singapura. Bayangkan betapa luasnya danau ini. Datang Indonesia anda wajib datang sini, lihat sendiri pasti memberi seribu satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
#4- SANGAT INSTA-WORTHY
Sumber Gambar : Says.com
Istilah zaman sekarang untuk merujuk kepada satu lokasi yang menawarkan keindahan pemandangan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam instagram. Suasana di sini sangat cantik dan banyak tempat-tempat menarik boleh diabadikan dalam gambar sebagai kenangan.
Antaranya ialah replika sarang burung besar yang terkenal yang terdapat di Namtanpukmas. Menariknya kita boleh bergambar dalam sarang burung berkenaan dan boleh melihat pemandangan sekitar melalui sarang berkenaan. Wah..! Best.
#5- BANYAK “HIKING TRAILS” DI SINI, BOLEH LIHAT PEMANDANGAN DARI SUDUT ATAS
Sumber Gambar : thetravelintern.com
Kat sini kalau anda nak tengok pemandangan tasik dari sudut atas, atau nak ambil gambar dari sudut berbeza, anda boleh mendaki secara perlahan-lahan di tebing-tebing bukit yang terdapat di situ.
Bila korang dah sampai kat atas, cuba tengok sekitar danau dengan hijau di sekelilingnya, dengan air membirunya, aduh cantik sangat. Jangan lepaskan peluang bergambar banyak-banyak kat sini ye.
Baca lagi : 10 Tempat Menarik di Uzbekistan
Ternyata Danau Toba mempunyai keunikan, dan keindahannya yang tersendiri. Bagi korang yang minat travel, diharapkan artikel tentang Danau Toba boleh memberi anda idea sebagai lokasi yang berikutnya untuk anda jelajah. Ada yang berkata, sebelum mengaku sebagai traveller pastikan Danau Toba dah dijejaki. Mungkin kerana keindahan dan keunikan Danau Toba itu menjadikan ia lokasi yang ‘wajib’ pergi untuk seorang traveller kan. Semoga artikel ini bermanfaat. Jangan lupa klik LIKE dan SHARE kat Facebook sekali ye.
Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.
SUKA DENGAN ARTIKEL INI?
Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA