Ini Adalah 5 Sebab Anda Perlu Switch Off Telefon dan Peranti Elektronik Sewaktu Menaiki Pesawat

sebab perlu switch off telefon atas kapal terbang

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pesawat dari Indonesia, Lion Air JT 610 terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat. Sememangnya ini adalah berita yang sangat menyedihkan. Salam takziah untuk semua ahli keluarga mangsa yang terkorban. Tragedi ini juga mengingatkan kembali kepada kisah MH307 dan MH 17 yang meninggalkan kesan mendalam terhadap rakyat Malaysia khususnya buat keluarga dan sahabat mereka yang terkorban dan hilang dalam tragedi berkenaan.

Penulis tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut tentang tragedi berkenaan kerana penulis percaya pasti pihak berwajib mengambil peranannya dalam mencari punca dan pasti mencari jalan untuk mengelakkan daripada tragedi ini berulang.

Baca lagi : Ini 7 Tips Elakkan Sakit Telinga Ketika Menaiki Kapal Terbang

Cuma dari sisi sebagai individu, penulis ingin mengajak pembaca untuk memberi peranan bersama dalam usaha menjaga keselamatan dalam penerbangan. Untuk artikel kali ni penulis ingin mengetengahkan isu mengutamakan keselamatan dalam penerbangan dengan fokus utamanya berkaitan peranti elektronik termasuk telefon pintar.

sebab perlu switch off telefon atas kapal terbang-01

Walaupun melalui statistik Aircrash Investigation tiada sebarang kemalangan yang membabitkan pesawat dengan telefon namun larangan ini tetap perlu kita patuhi. Jom lihat 5 sebab telefon dan alatan elektronik dilarang penggunaannya dalam pesawat terutamanya ketika pesawat sedang berlepas dan ketika sedang mendarat.

#1- MENYUSAHKAN JURUTERBANG

Apabila berada 10,000 kaki di udara, isyarat telefon bimbit akan melantun ke menara kawalan penerbangan berdekatan dan ini boleh menganggu radar untuk kapal terbang yang lain. Ini sudah tentu akan menyusahkan urusan juruterbang.

#2- ETIKA PENERBANGAN

Kedua, penggunaan telefon bimbit di atas penerbangan juga bertentangan dengan etika dan adab atas penerbangan. Cuba bayangkan penumpang lain ingin berehat tapi deringan telefon dan bunyi anda bermain game dalam telefon menganggu orang lain? Ini satu perbuatan yang tidak beretika. Lebih baik sekiranya anda matikan telefon dan nikmati waktu rehat atas penerbangan tersebut. Itu lebih baik kan.

#3- MENGANGGU SISTEM SESEBUAH PESAWAT

Selain itu, alatan elektronik juga boleh menganggu sistem sesebuah pesawat dan ini boleh menyebabkan banyak kerja yang perlu dilakukan oleh juruterbang. Walaupun sekadar masalah kecil oleh peranti elektronik tapi ia boleh mengalihkan perhatian juruterbang dan ini menganggu tahap keselamatan dalam penerbangan.

#4- UTAMAKAN KESELAMATAN

Yang ni point utama dan yang paling penting. Telefon yang aktif dan tidak dimatikan berisiko mengundang kebakaran dan letupan dalam tekanan udara yang tinggi. Bayangkan sekiranya telefon anda yang aktif menjadi penyebab kepada kemalangan di atas udara?

#5- MENGHORMATI PERATURAN

Jadilah individu yang menghormati peraturan yang telah ditetapkan. Percayalah ada sebab sesuatu peraturan itu dicipta jadi sebagai manusia yang membentuk masyarakat, kita perlulah menjadi seorang yang tahu hormat pada peraturan. Ini adalah satu nilai yang perlu ada pada diri. Jadi apabila ada peraturan yang mengatakan bahawa perlu matikan telefon bimbit atau menggunakan fligth mode, maka ikutilah peraturan berkenaan.

Baca lagi : Ini 9 Tips Keselamatan Ketika Travel.

Kesimpulannya, untuk memastikan keselamatan dalam pesawat dalam keadaan maksimum, adalah lebih baik kita switch off kesemua alatan elektronik termasuk telefon pintar. Jadilah insan yang peka terhadap isu keselamatan walau di masa kita berada.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!