Wahai Suami, Ini Adalah 5 Sebab Kenapa Bulan Madu Kedua Dengan Isteri Sangat Penting.

Kadangkala, dalam kesibukan menghadapi kehidupan yang semakin mencabar, terasa seakan-akan hubungan antara suami isteri menjadi semakin menjauh. Cara komunikasi pun mungkin sudah tidak seperti mula-mula berkahwin. Mungkin ini petanda anda dan isteri perlukan masa kualiti berdua. Apa kata hidupkan kembali detik indah suami isteri melalui bulan madu kali kedua.

Mungkin anda dan isteri sudah lama tidak dating secara berdua, atau tidak pernah berbulan madu ataupun bulan madu anda yang terakhir hanyalah lima tahun lepas iaitu hanya semasa awal perkahwinan.

Bulan madu-07

 

Pause sebentar segala kerja, dan ambillah sedikit masa untuk bercuti dengan pasangan masing-masing. Letak anak di bawah pengawasan individu yang dipercayai sepanjang tempoh bulan madu.

Jom kita lihat 5 sebab kenapa bulan madu kedua dengan pasangan ini sangat penting, walaupun anda dan pasangan sudah lama berkahwin.

#1- PENUHI TABUNG EMOSI

Kadang-kadang pada hari-hari biasa suami isteri sibuk dengan urusan kerja, anak-anak dan rumahtangga, sehinggakan tidak sedar emosi sendiri dan pasangan hampir tidak terjaga. Ini sangat berbahaya dalam hubungan rumahtangga kerana emosi suami isteri sebenarnya memainkan peranan penting dalam keutuhan rumahtangga.

Cuba bayangkan kepenatan bekerja dan menguruskan rumahtangga boleh menyebabkan suami isteri berasa terlalu penat, jadi kehidupan hanyalah semata-mata melunaskan tanggungjawab. Tiada lagi warna warni dalam kehidupan rumahtangga.

Kemesraan seolah-olah menjauh. Jadi pada percutian bulan madu kedua inilah masanya suami isteri boleh berehat disamping menyegarkan kembali emosi masing-masing. Kemesraan dapat terjalin kembali dengan lebih baik melalui aktiviti bercuti berdua.

Sumber gambar : Google

#2- JAUHKAN STRESS DAN DEPRESSI

Seterusnya, percutian bulan madu kedua juga dapat menjauhkan stress dan depressi seorang isteri. Cuba bayangkan situasi seorang isteri yang jarang dapat berjalan jauh, kehidupannya hanyalah berkisar tentang rumahtangga, tiada teman mengadu, tertekan dengan kerja rumah yang tidak pernah habis, terasa betapa penatnya menguruskan anak-anak yang masih kecil dan lasak. Dari buka mata pada waktu awal pagi sehinggalah lewat malam, kerja tidak pernah habis-habis.

Begitu juga dengan isteri yang bekerja. Adakalanya badan dan minda terasa penat bekerja untuk membantu suami mencari duit lebih. Semua itu tanpa kita sedar boleh mengundang deppression dan stress dalam kalangan isteri.

Bulan Madu-06

Ini sebenarnya bukan isu terpencil dan depression bukan isu main-main. Oleh itu, para suami kalau isteri anda kelihatan terlalu letih dan seolah-olah tidak terurus apa kata anda bawa isteri menikmati percutiaan di sesuatu tempat.

Berikan isteri anda rehat. Layani isteri dengan baik, ceriakan hatinya dan berterima kasih kepadanya semasa tempoh percutian bulan madu berkenaan.

Ia ibarat satu terapi untuk isteri anda, untuk lari sebentar dari rutin harian yang memenatkan. Isteri pasti akan menghargai anda dan percayalah apabila pulang dari bercuti, emosinya akan menjadi lebih baik, dan kualiti dirinya sebagai seorang isteri dan ibu juga akan bertambah baik. Percutian itu sebenarnya ibarat satu refresh diri untuk seorang isteri.

bulan madu-04

Sumber gambar : newzealand.com

#3- MENINGKATKAN KUALITI KEBAHAGIAAN

Pernah dengar tak isteri ni diibaratkan sebagai jantung keluarga? Kebahagian dan kualiti sesebuah kekeluarga banyak bergantung kepada emosi seorang isteri. Jadi percayalah apabila emosi seorang isteri adalah stabil, maka seluruh keluarga akan mendapat manfaatnya.

Isteri yang ceria, aktif, bahagia akan membentuk suasana yang harmoni dalam rumahtangga. Anak-anak gembira, suami gembira. Hubungan antara suami isteri akan berada pada tahap kualiti terbaik. Tapi cuba bayangkan pula seorang isteri yang terlalu penat, kemurungan, selalu marah-marah disebabkan kepenatan yang sukar diungkapkan, pasti suram saja kan rumahtangga tu.

Jadi salah satu perkara yang boleh dilakukan oleh suami dalam usaha meningkatkan kualiti hubungan ialah dengan membawa isteri bercuti berdua, menikmati keindahan bulan madu kali kedua dengan pasangan sah anda. Percayalah apabila isteri gembira, segala-galanya akan menjadi indah. Treat her like a queen and she’ll treat you like a king. 

bulan madu-04

#4- KEMBALIKAN KENANGAN DAN MOMEN INDAH SUAMI ISTERI

Ingat lagi momen indah pada awal perkahwinan dulu? Berjalan berdua berpegangan tangan, menonton filem di panggung wayang, bergurau senda. Terasa dunia hanya milik berdua, amboii. Hehe. Sebenarnya bulan madu kedua ni dapat mengingatkan kembali detik-detik indah seawal menjadi suami isteri dahulu. Manis kan.

Semasa bulan madu berdua, ada “we time” iaitu dengan suami atau isteri sahaja. Jadi pada waktu inilah segala keindahan dan kemesraan dalam hubungan suami isteri dapat dikembalikan. Pada waktu ini jugalah suami isteri dapat berbual-bual dengan tenang, meluahkan perasaan masing-masing dan juga bercerita tentang impian pada masa hadapan atau perancangan untuk anak-anak tersayang. Indah bukan?

bulan madu-04

Sumber gambar : hitchec.co

#5- MENGERATKAN KEMBALI HUBUNGAN

Ini adalah sebab yang paling penting. Apabila hubungan menjadi erat, bahagia makin bertambah. Rasa sayang antara suami semakin bertambah dan ini adalah sesuatu yang sangat baik dalam hubungan suami isteri. Bukanlah bermakna sebelum ni tidak erat atau tidak sayang, namun bulan madu kedua ni ibarat mengukuhkan lagi pasak kasih sayang dalam rumahtangga.

Ambil peluang untuk mengeratkan kembali hubungan suami isteri dalam tempoh bulan madu berkenaan. Imbas kembali detik-detik manis bersama dan kalau sudah lama tidak memegang tangan pasangan ketika berjalan, inilah waktunya untuk memulakan kembali saat-saat indah seperti awal perkahwinan dahulu.

bulan madu-05

Ini adalah lima sebab perlunya bulan madu kedua dalam hubungan suami isteri. Berbulan madu atau bercuti tidak semestinya jauh-jauh atau di tempat yang mahal, ianya boleh mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Baca lagi : 10 Tips Bulan Madu

Klik Di Sini Untuk Pertanyaan Tentang Pakej Bulan Madu Terbaik.

Yang penting objektifnya, iaitu dapat meluangkan masa berdua-duaan dengan isteri dalam usaha mengekalkan keserian rumahtangga dan menyegarkan kembali hubungan suami isteri. Nanti ada rezeki lebih, boleh bawa isteri berserta anak-anak pula berjalan-jalan.

Best kan. Manis hidup ni sebenarnya kalau kita ada usaha untuk melakukan yang terbaik untuk suami, isteri dan anak-anak. Akhir kata, selamat bercuti dan berbulan madu. Kalau ingin mengetahui pakej-pakej bulan madu terbaik boleh klik di sini.

Suka Dengan Artikel Ini? LIKE & SHARE Sekarang. Ingin dapatkan lebih banyak info menarik dan pakej-pakej percutian murah dalam dan luar negara? Daftar secara percuma dibawah. Hanya masukan NAMA & EMEL anda.

 

 

 

 

 

 

SUKA DENGAN ARTIKEL INI?

Mahu Dapatkan Lebih Banyak Info Tips & Destinasi Travel Menarik Serta Pakej Travel Murah? Daftar Sekarang. Hanya Masukan NAMA & EMAIL Secara PERCUMA

Leave a Reply

error: Content is protected !!